Ketika kemuncak pilihanraya baru lalu kita dilaungkan dengan slogan ‘Masa Untuk Berubah’. Janji ‘perubahan’ yang dilaungkan sungguh mempesonakan. Persoalannya apakah kita terperangkap dengan mentaliti perubahan yang ‘grand desgin‘ sifatnya hanya disaat Pilihanraya sahaja? Apakah kita sedar bahawa perubahan semacam itu berlaku lima tahun sekali? Dan tidakkah kita perasaan bahawa penentuan perubahan itu terletak ditangan kita – suara majoriti rakyat? Mari kita berubah. Seorang muslim mukmin harus berubah disetiap saat pada ketika dia bermuhasabah dan bertaubat. Itulah moment perubahan yang benar. Nah! jika kaedah ini digunakan pakai untuk muslim seluruhnya maka kita tidak perlu menunggu untuk lima tahun lagi-kita berubah sekarang.
Krisis memberi tanda sebetulnya bahawa ada yang tidak kena. Selaku muslim mukmin yang diberi mata hati wajar ‘membaca’ apa yang tidak kena. Ada 2 tanda yang jelas; Pertama, inilah bahana sistem kapitalis yang kita dokong. Sistem kapitalis bukan dari Islam, justeru terasa selasa dengannya juga satu tanda ‘fasik’. Hari ini kita immune dengan kesan berganda sistem kapitals bahkan tak mengerti susur galur sistem ekonomi yang kita dokong (kerana sibuk tumpu politk Islam – jahil ekonomi Islam pun perlu diperjuangkan massa). Islam tidak hanya memerangi riba, judi, maisir dan gharar ; bahkan yang utama adalah ketidakadilan. Nah, inilah yang berlaku dengan jelas keuntungan dikaut semaksima mungkin oleh kaum pemodal. Sudahlah dalam senang mereka sedia kaya dalam saat kesusahan inipun keuntungan tetap memihak kepada mereka. Sikap mereka yang menekan langsung tidak diambil peduli. Kerajaan terus membuntut gerak mereka. Kalau beras disorok merayulah kita, kalau stok tepung disimpan putih matalah kita. Betapa biadapnya mereka kaum pemodal yang tak berhati perut ini. Kenapa? kerana sistem ini membenarkan, inilah ‘rule of the game’ - nya. Kerajaan Hadhari patut bangkit membenteras dari sudut gerakerja ekonomi, bukan sekadar bina masjid atau buat pesta kampungan sahaja. Ada agenda lebih besar iaitu mengubah lanskap ekonomi negara ke arah yang lebih Islamik.
Tanda kedua, ekonomi negara tidak dikuasai oleh muslim mukmin. Umum mengetahui sektor ekonomi dikuasai oleh bukan Melayu, statsistiknya ada – boleh dicari. Ketika saatul usra (saat kesukaran) terasa sangat perlunya para ekonomis seperti Uthman bin Affan dan Abdul Rahman bin Auf. Tidak ada yang terpanggil mahu menjadi jaguh jutawan muslim seperti mereka, yang mahu tampil membetulkan keadaan. Bukan setakat berteori dan berseminar. Kita perlukan jaguh yang bersedia menginfaqkan hartanya ke jalan Allah dengan melabur pada kaum tertindas yang miskin dan tertekan dengan kenaikan harga barang. Jika mereka ada disaat ini sudah pasti mereka lebih rindukan pahala yang dijanjikan Allah dari menyimpan di ‘index’ selamat atau di ‘fixed deposit’ di seberang laut.
Sistem ekonomi Islam tidaklah serumit yang kita jangka, teori dan kertas kerja ini hanya untuk landsan ilmu. Asasnya terletak bagaimana kita menguruskan harta baitulmal, wang zakat dan yang akhir bagaimana mengoiptimumkan gerak kerja jihad ekonomi dari kalangan jutawan muslim. Teringatlah kita bagaimana Saidina Umar ketika menjadi Khalifah, diadakan rondaan sendiri untuk mencari penerima harta baitulmal ketika saat orang lain sudah tidur. Juga kisah bagaimana saidina Abdul Rahman bin Auf mengambil alih dominasi kaum pemodal yahudi ketika tiba di pasar Madinah.

