Selang beberapa hari selepas muzakarah terbuka (yang dipanggil debat) diantara DS Anwar dengan Datuk Shaberry dalam isu kenaikan harga minyak terdedah maklumat Pas mengadakan muzakarah tertutup (yang kemudiannya dipanggil muqabalah).
Muzakarah yang dibuat secara jujur dan senyap atas nama kesinambungan hayat (survival) Melayu-Islam didedah oleh geng UMNO yang bingai (political animal). Pertemuan yang tidak bermaksud mahu berkongsi kuasa ini disalaherti dan menjadi muka (punca) balah ahli kompenan PR dan BN juga.
Kini 3 teraju utama pertemuan itu khususnya Ustaz Nasharuddin diletak di dalam kandang orang salah. Dia dalam PAS sedang dikambing hitamkan (sehitam-hitamnya, sehingga Tuan Guru Nik Aziz memutihkannya kembali). Di dalam pakatan puak liberalis-demokratik mengkarikaturkan Tuan Guru Haji Hadi sebagai jerangkung mullah. kilik disini
Punca utama mengapa muzakarah senyap ini diadakan terus menjadi tanda tanya. Bermacam andaian dan teori dibuat baik secara husnu zan mahupun su’ul zan. Jika ada yang perasaan cerita pertemuan atau perbincangan ini telah ditimbulkan bulan lalu lagi, namun dinafikan oleh pimpinan tertinggi PAS. Hanya setelah pimpinan utama UMNO (Pak lah) mengiakannya maka ‘buyung’ ini pun pecah terburai. Dari sinilah nada marah ahli PAS bermula (senada dengan Mr. Karpal Singh). kita yang pandai komen tapi tak reti hadapi realiti politik pada hakikatnya setara dengan gaya orang rendah mental politiknya ala-ala kampungan, yang lurusnya bendul yang konar-nya mereng.
Sudah saya katakan dulu kita kena tengok dengan mata helang bukan dengan mata belalang. Bukan mahu menimbulkan prejudis cuma fikir-fikirkan. Jika anda diletak sebagai pemimpin dan dalam waktu yang sama prinsip perjuangan semakin terhakis ie kuat ditolak arus toleransi maka apa perkiraan anda ?? Prinsip atau Pakatan (sila gariskan mana yang betul).
Ketika DAP terus bungkam dan cemuh dengan agenda PAS mahu membina sebuah negara Islam dan menegakkan hukum shariah, dalam masa yang sama tanpa segan silu mereka terus berunding dengan musuh dalam selimut bagi jamaah PAS - IFC, Sisters In Islam, Human Rights, puak Liberal-demokratik, puak liberal dan bla-bla-bla. Menambah derita kerumitan, pimpinan ‘defacto’ Keadilan cenderung dengan musuh tradisi Islam sedunia ie neo-con (dibaca Yahudi-Zionis) yang menjadi master-mind disebalik Perang di Iraq dan pembinaan negara haram Israel. Sukar untuk saya dan anda tentunya untuk berhusnu’zan dengan puak-puak ini, sungguhpun anda dikenal dengan penuh karismatik, petah bicaranya, tangkas hujahnya dan punya skil rundingan yang luarbiasa (PR) tapi ingat “mind-you’ neo-con bukan baru dalam arena politik dunia sejarah mencatatkan mereka mempunyai susur galur yang jelas bertali dan bersanad menjatuhkan kerajaan Khalifah Uthmaniyyah. Malangnya sejarah ini dipadam dan dikelabukan, yang ditonjolkan hanya yang muluk-muluk saja.
Ingat pesan nabi berbaik sangka dan berkasih sayanglah sesama muslim; dan bersikap tegas dengan kaum kufar bukan the other way around. Rujuklah hadis nabi ini (bantu cari matannya) maksudnya tetap berbunyi begitu. Maka apa salah muzakarah UMNO-PAS. Terlepas soal betul salahnya strategi politik, PAS kena keluar dari kerangka politik buat sementara waktu dan pakai jubah gerakan Islam. Melihat dengan mata Helang tidak dengan mata belalang.
Ramai yang tidak ambil peduli berapa sering pimpinan DAP mengadakan muzakarah dengan tim IFC dan grup Sisters in Islam serta jaringan Human Rights antarabangsa yang didalangi oleh Yahudi dengan segala rencana sulitnya, tanpa sedikitpun merasa ia akan menyinggug perasaan pimpinan PAS. DAP lebih bertegas dengan PAS yang menjadi rakan politiknya dari puak IFC. DAP langsung tidak mempedulikan tema ’rahmatan lil a’lamin’ yang dibawa PAS. Ketika pimpinan PAS bertanya initi perbincangan dan berapa kerap perbincangan DAP-IFC-SIS berlangsung, jawapan DAP adalah ‘it is not PAS matter’ tetapi bagi PAS ‘it does matter’. Ketika itulah keluar perkataan ‘…ingat PAS parti orang bodoh’ (lebih kurang macam itulah bunyinya).
Dalam masa yang sama DS Anwar terus dilihat cenderung dengan geng neo-con (dibaca lebih khusus sebagai Zionis). Walaupun ia berlaku setahun dua yang lalu (setelah beberapa jawatan penting dalam entah apa-apa pertubuhan ciptaan Wolfwitz dilepaskan) perhubungan ini masih berjalan. Kalau ditanya apa inti perbincangan jawapannya ‘nothing serious’. Hati mana yang tidak terguris ketika melihat nama DS Anwar menjadi antara penyokong Annapolis Summit yang jelas menekan negara Palestin dan menyebelahi Israel. Terlepas dari soal politik strategi, anda selaku gerakan Islam ala Hamas apakah masih mahu kelihatan diam. maka keluar perkataan ‘… ingat PAS parti orang bodoh’ (lebih kurang macam itulah bunyinya).
klik disini, disini juga, Niat Hati Wolfwitz
Hanya mereka yang cetek telahan politiknya akan melihat ini perkara biasa. Di dalam kem politik Pakatan, PAS dilihat parti yang boleh dimain-mainkan. Cuba fikir dan renungkan, bagi PAS yang banyak musuhnya (yang sudah tentu UMNO juga) apakah tidak melihat Amerika+Yahudi+neo-con itu bukan musuh, hanya gerakan Islam yang naif sahaja berkawan dengan neo-con yang punya rancangan lebih jahat dari UMNO. Walaupun saya juga dulunya duduk dalam geng reformis dan terus melabel Tun M sebagai zalim dan UMNO itu parti yang korup, tapi tidaklah sampai membutakan mata saya seluruhnya. Musuh tetap musuh, sekali dan selamanya. Apakah tidak cukup sejarah mengajar kita bagaimana mereka ini yang pura-pura baik yang mahu membantu mendirikan kerajaan yang lebih adil dan bebas dari pengaruh sultan yang menindas (dibaca Kerajaan Othmaniyyah) diganti dengan kerajaan keluarga Saud.
Bukankah sejarah telah mengajar kita bahawa mereka ada kepentingan hina, kerana itu mereka mahu membantu kita umat Islam. Belum pernah musuh Islam sejujur ini, mahu membantu mendirikan kerajaan adil dan saksama untuk orang Islam. Di Iraq katanya mahu membebaskan dari kerajaan Saddam yang zalim tapi hingga kehari ini tidak ada keadilan dan keamanan untuk rakyat Iraq. Bahkan habis minyak di bumi Iraq dikautnya. Apakah kita masih buta mata atau buta hatinya sekali. Tidakkah kita melihat cara kerja Paul Wolfwitz itu persis kerja ‘Lawrance of Arabia’ yang membantu keluarga Saud menumpaskan wakil kerajaan Uthmaniyyah. Dari situ pupusnya sejarah kekhalifahan.
Disudut kanan ini gambar King Faisal dari keluarga Saud dengan komendar tentera British dan segala spy-nya selepas berjaya melancarakan gerakan pemberontakan terhadap wakil kerajaan Islam Uthmaniyyah dan merebut tanah jazirah Arab yang langsung diberi nama keluarga mereka The Kingdom of Saudi Arabia.
Mungkin ada yang kata mustahil pemimpin defacto sebodoh itu untuk ditipu, ‘mind you’ Mr. defacto sudah pernah ditipu oleh kelicikan politik UMNO alias Dr. M pada satu ketika dahulu atas nama agenda Penerapan Nilai-nilai Islam, maka kali ini round ke-2 dengan plot yang berbeza tetapi dengan tawaran yang hampir sama. Apakah mungkin kita melepasi episod baru yang penuh duri berbisa?
Apa kira bicara kita? Selaku pendakwah a.k.a ahli gerakan Islam dengan berhusnus zan dengan ’defacto’ ya sudah tentunya, tapi dengan rakan se-muzakarahnya ie neo-con sudah pastinya tidak. Jika ‘defacto’ masih mengharap simpati maka kita selaku ahli gerakan wajib BERMUBALAH – berdoa semoga Allah tunjukkan siapa dipihak yang benar, dan moga Allah selamatkan perjuangan Islam.
Istilah Mubahalah ini saya jumpa dalam buku tulisan Sdr. Zabidi Mohammad (mantan ahli Arqam) dengan judul: Tersungkur Di Pintu Syurga. Bermubahalah adalah tindakan akhir iaitu berdoa kepada Allah agar Allah tunjukkan mana yang betul dan mana yang salah. Dan mohon Allah runtuh serta punahkan segala kebatilan dan sekutunya. Ameen. Mubhalah ertinya..
Untuk mereka yang membaca artikel ini baru tadi diumumkan Datin Seri Wan Azizah menyerahkan surat perletakkan jawatan selaku ahli Parlimen, so ready you all fight-men for another battle !



