
Pada penghujung April siaplah karya Misteri Dajjal yang saya tulis dan bermulalah kembara saya mencari penerbit yang sudi dan sesuai. Tidak mudah seperti yang dijangka, kerana manuskirp awal tidak seindah buku yang anda lihat sekarang; dengan tema Dajjal, misteri dan ada kandungan berunsur mitos pasti akan ada penerbit yang skeptik. Itulah dugaan dalam mencari penerbit yang sudi dan bersedia mencetak buku saya.
Pada masa itu saya nobody, tidak ada nama (sekarang pun bukannya popular). Turun naiklah saya mencari penerbit dari satu syarikat ke satu syarikat penerbitan- menghantarnya dan menunggu dengan penuh debar, menunggu jawapan yang tak pasti. Itu adalah mehnah baru setelah 5 tahun bergelut dengan dunia penulisan yang tak menentu. Rendah diri dan malu pun ada, dalam hati sanubari ini sering tergetus, “Ada ke orang nak terbit buku aku nih?”. Maka, sebab itu membawa manuskirp dari satu penerbit ke satu penerbit seumpama pengalaman si penganggur memohon kerja. Menunggu reaksi penerbit dan setia menunggu, “Halo, amcam tuan ada perkembangan baru ke?”. “Ok, saya dah tengok, tapi…”. “Aah, kantoi-lah jawabnya..” kata naluri ku cuma bersedia untuk next move.
Walaupun ’senak’ menempuh saat sukar ini saya tetap optimis. Memang ada syarikat penerbitan yang bagus bertaraf 5 bintang bersedia menimbang manuskrip saya tapi masa adalah segala-galanya. Saya tidak boleh menunggu. Nak dijadikan cerita saya hadir pada saat yang kurang tepat, ketika ekonomi dunia dikatakan gawat (ketika dunia dilanda masalah ekonomi berpunca di Amerika dengan masalah sub-primanya), makanya manuskirp saya sering diperap dan di ‘Q’-kan. Namun jauh di sudut hati ada suara yang mengatakan ‘buku engkau ini boleh hit punya’, berbekalkan rasa itu saya tidak berhenti.
Cuma dengan Hijjaz Records Publishing (HRP) barangkali nak jodoh saya. Ketika puas merisik segala penerbit terpandang buku terbitan HRP dengan cover menarik serta promosi sering keluar dalam Harakah – “boleh tahan” kata saya. Maka saya make a phone call, “Halo, dengan siapa saya boleh cerita pasal penerbitan buku”. “Kena bercakap dengan Abai”. “Siapa pulak Abai nih”. Ketika melangkah masuk office Hijjaz yang front-look-nya lebih pada studio rakaman dari penerbitan saya musykil. ”Betul ke nih, aku nak tulis buku bukan nak buat lagu..” “Boleh jumpa Abai?”. Rupanya Faizal salah seorang penasyid Hijjaz. Sebaya, segak dan bijak.
Salam saya disambut, senyum dia bak artis pastinya. Bila dia meneliti manuskrip ‘Membongkar Rahsia Dajjal’ (tajuk asal) reaksi pertama, “BUKU INILAH KITA CARI!!!”. Aku terkejut dan dia terkejut yang aku terkejut. Sama-sama terkejut. “Baca bagi habis dulu tuan Abai “. “Eh, sheikh ana lama nak cari penulis tentang Dajjal nih..”. ”Oo macam tu, langkah kananlah saya”. ”Kira jadik..” kata dia selamba. Dia menghulurkan salam persetujuan dan saya sambut tanda terima.
Selepas 6 bulan pertemuan dengan Mr. Abai aka Faizal, buku ‘Membongkar Misteri Dajjal’ habis dijual 3,000 naskah semuanya (tinggal nak collect payment jer). Kini sudah masuk cetakan ke-2. Harapan untuk cetakan ke-3 dan keseterusnya tetap ada, sebab promosi belum all out HRP masih baru dalam persada penerbitan tak sampai 3 tahun. Namun HRP sudah ada jenama, ketika Pesta Buku di PWTC buku Mardihah laku macam goreng pisang panas sekaligus melonjakkan nama HRP dalam dunia buku.
Setelah bergelar penulis. Ramai yang bertanya buku saya seterusnya : 2012. Saya tak mahu bercerita di sini saya sedang menghimupun ’surprise’ untuk dimuatkan dalam entri saya akan datang.Tunggu…
Sedih bila membaca berita kemalangan menjelang hari raya. Takut pun ada. Setiap tahun pasti akan ada kemalangan ngeri yang meragut banyak nyawa – bukan seorang dua, bukan berbelas bahkan berpuluh yang menjadi mayat di Hari Raya (34 orang sehingga 23/9). Semalam (ketika artikel ini mula ditulis) yang meninggal, mati dalam keadaan ngeri mayat 4 beranak rentung dimamah api-ketika saat ajal tiba mereka sempat melambai meminta tolong. Di lokasi lain mangsa mati tanpa kepala. Beginilah kita merayakan Eidulfitri kena ada kempen jalan raya ‘ops sikap’ yang dah bertukar menjadi ‘Flops Sikap’.
Tersimpuh aku