Arkib untuk Kategori Uncategorized

LAMAN INI SUDAH BERPINDAH TEMUI SAYA DI SINI : www.kalamnurani.com

Posted in Uncategorized dengan label , , , on 26/11/2009 by kalamnurani

Menjadi Seorang Penulis: Saya Sudah Siap

Tanpa menoleh ke belakang, saya maju. Ketika orang lain berhenti mempersoalkan benda yang tak pasti. Aku terus melangkah. Angin terasa menampar ke muka. Aku bagai menongkah angin deras. Namun aku tetap maju. Bermula Januari 2009  aku tekad dan sudah berserah bulat, dengan imijinasi – bagai Leo Tolstoy yang menulis ‘tales’ War and Peace atau seperti Thomas Hardy dengan kisah klasik misteri. Charles Dickens pernah menulis Tale of Two Cities aku berangan lagi, dan aku masih mencari penulis Islam seperti Iqbal yang menulis dengan bahasa tinggi atau seperti Ali Shariati yang mengubah histori alam pemikiran kontemporari. Dalam gambaran imej wajah mereka yang berbalam-balam aku membuat pengisytiharan aku sudah siap menjadi seorang penulis. Dan kini saya sudah berada tanggal 3 January 2009. Bermakna saya sudah bermula – kelmarin.

 Disipiln menulis, belum ada. Lazimnya aku tidak tetap menaip atau mengarang cerita. Aku akan mencatat ‘pabila’ ilham datang. Dan menaipnya sejurus berada di depan lap-top. Aku senang begitu buat masa ini. Mungkin siang ilham itu datang, mungkin kesiangan tanpa ilham; barangkali malam ilham tiba dan malam itulah segalanya.

Pada asasnya aku menulis bukan menaip, memindahkan ilham-ilham itu ke dalam buku kecil yang termuat di kocek atas kaus kerjaku. Aku sangka ia lebih menepati citarasa seorang penulis daripada duduk mengadap lap top menanti ilham yang tak kunjung tiba. Menaip hanya bila berada di depan lap-top. Jika segera ilham tiba ketika aku berada di depan lap-top maka itu sudah lumayan.

 

Aku tidak boleh menunggu lagi. Masanya amat suntuk. Khalayak sedang menuggu-nunggu. Walau mereka tidak bersuara namun nurani ini tetap mendengarnya. Suara itu amat halus dan ada ketikanya mendayu. Suara hati yang bertanya bagaimana? di mana? Kenapa? apakah mungkin? Semua itu perlu dijawab segera. Seumpama menyedia hidangan di restoran kopitiam – tak boleh bertangguh nanti pelanggan marah-marah. Penulis ada ketikanya perlu menjadi pelayan yang santun; dengan tulisan ini moga dahaga itu hilang, selera penuh kembali, tubuh menjadi segar – kepuasan adalah segala-galanya. Barangkali itulah tanda kesempurnaan.

Hayat kita tidak lama, kita perlu mencari jawapan pada setiap persoalan. Atau barangkali kita perlu memberi jawapan pada sesetengah persoalan. Maka aku di sini dan anda di balik sana, aku menulis dan anda membacanya. Tidak kira apa tajuknya atau laras cerita, asal orang boleh dan akan baca; dan pastinya mesti akan ada orang baca. Aku menulis bukan ‘kerna’ nama. Aku menulis kerana obligasi menyampai walau sepotong ayat. Menghurai makna dan maksud. Maka jelajah ini sudah bermula. Anda boleh ikuti bicara dan perkembangan dunia penulisan saya di http://www.kalamnurani.com . Selamat membaca.

BERITA DARI SEBERANG

Posted in Uncategorized dengan label , on 02/11/2009 by kalamnurani

danau-tobaMedan, 1 -11-2009. Saya di sini kelmarin, semalam, dan hari ini akan berlepas pulang ke Malaysia. Tujuan, menelurusi jejak Melayu di nusantara. Melayu Deli . Serasa berada balik di zaman Melayu Lama ketika naik ke istana Maimoon di kota Medan. Rekabentuknya persis istana Melayu Johor. Di Medan bangsa yang sering disebut dan dominan adalah Melayu dan Batak karo, selain bangsa Jawa dan yang lainnya. Melayu tetap sentral di sini, tidak boleh dipisah dan dihapuskan sepertimana tersergamnya istana Maimoon di tengah-tengah kota Medan.

Di tengah-tengah kota Medan yang lazim seperti bandar Jakarta dan Bandung – sesak dengan speda angkut dan kenderaan yang bersimpang siur. Kota Medan sesak dengan orang. Membeli baju dan kain telekung di Pasar Ikan, amat meletihkan. Hanya di Danau Toba, letih itu hilang, bersama dinginnya angin tasik yang katanya paling besar di Asia. Di kamar hotel Parapat kita tidak saja akan menghirup udara segar bahkan anginnya ‘dingin sekali’. Tubuh kita ibarat di caj kembali. Berada di tasik Toba dan singgah di pualu Samosir – Ambrosa adalah agenda wisata yang tidak bisa dilepaskan.

Istana-Maimun-penghuni-medan-874129_500_301Kata pemandu pelancong kami, di sini sebenarnya tanah dimana ramainya bangsa Melayu tapi orang Batak lebih dahulu deras mengambil peluang. Orang Batak yang dikatakan garang dan makan orang itu hanya mitos dan legenda pahlawan mereka, tidak lebih dari itu. Orang Batak kini lebih pandai ‘makan duit’ dari makan orang. Maka-nya, Melayu di tanah Medan hanya kekal di lingkungan istana Maimoon, yang lainnya tidak kelihatan. Pergi ke Medan bermakna untuk libur dan santai, orang Malaysia kerap ke sana katanya mencari dan melepas ‘angin’ dan ‘lelah’ mereka. Saya musykil. Ketika di Polonia airport kelihatan jejaka dan abang Malaysia yang ditemani cewek Medan – saya cemuh. Barangkali ini antara punca Melayu hilang di tanah Sumatera.

Membaca novel Andrea Hirata – Maryamah Karpov kerapkali saya menemukan kisah orang Melayu di Indonesia. Saya tertanya-tanya Melayu mana yang dimaksudkan oleh Andrea. Maka jawapan itu saya temui dalam wisata saya di kota Medan – di sini Melayu pernah ada; dan masih ada. Indonesia dan Malaysia itu ada bahagiannya – Melayu. Ada rumpun-rumpun yang sudah menjadi serumpun. Perbalahan yang baru ini adalah perbalahan adik beradik sebenarnya.

Syukur Malaysia maju, dan doa kita moga saudara kita Indonesia juga maju semacam Malaysia. Era SBY adalah era kemajuan hendaknya.

Isu panas Indonesia – Malaysia tidak sepanas isu Manohara, tarian Pendet dan Ambalat. Tapi, sejak berita Mantik Hani yang menjadi korban sang majikan India Malayisa isu itu kembali hangat. Berita jenazah Mantik kembali ke Jawa Timur, Indosesia mendapat liputan dan menjadi berita muka depan di koran-koran besar mereka- tanpa foto. Membaca halaman berita Muntik saya sedikit cemas, bimbang ada para yang membangkitkan rasa ketidakpuashatian dikalangan warga Indonesia. Cerita buluh runcing dan demo anti Malaysia masih menghantui tidur saya.

Di hotel lavish Garuda sempat saya melihat TV nasional Indonesia. Media Indonesia memang berada pada kelas yang tersendiri - cara pengolahan, sentiasa ‘up to date’, variasinya hebat, kreativitnya tinggi – mereka memang ke hadapan meninggalkan kita media Malaysia yang masih terkial-kial menayang iklan ala-ala Mat Sentol. Drama mereka usah dicerita, kisah Ultraman pun boleh dibikin barangkali. Tidak hairan drama-drama mereka sampai ke sini – Malaysia (cuma cerita kartun Upin-Ipin mendapat tempat di TV Indonesia). Saya tabik dengan industri ‘musik’ mereka yang sentiasa baru dan segar. Lirik dan melodi mereka menghiburkan. Kumpulan baru tumbuh dan langsung hit. Kita masih mencari bakat dalam siri tele-hiburan kita.

Indonesia seperti mahu menerima lagu-lagu dari Malaysia. Dalam satu siri temu bual hiburan ada tetamu Malaysia dijemput Pak Ngah, nampaknya lagu Siti Nurhaliza amat diminati di Indonesia ( ketika saya singgah sembahyang di Masjid Raya, Tok siak yang menyapu tangga menyebut nama “Shiti Nurhalijah” bila disapa ). Pak Ngah menampilkan penyanyi Indonesia menyanyikan lagu-lagu Siti Nurhaliza – Trio Bidadari. Namun ada yang tak baik disebut tentang indusrti muzik kita apabila kumpulan yang sedang meningkat naik D Wali mengatakan lagu mereka di ‘bajak’  ( ditiru barangkali) oleh penyanyi Malaysia. Isu semacam ini mengundang panas antara sesama.

IMG_2330Kita akan terus bergelut dengan isu kerana hubungan kita terlalu dekat – ibarat adik beradik. Namun saya percaya air dicincang tidak akan putus. Kita serumpn. Isu dan krisis akan tetap ada. Cuma saya percaya ada pihak ke-3 yang entah siapa yang mencari silap agar Malaysia-Indonesia tidak aman. Semacam ada orang ini, menanti isu untuk diperbesarkan. Semoga kita bijak menangani segala kemelut dan perbalahan – lebih memandang ke hadapan dengan bijak dan rasional bukan dengan emosi.           

rujuk Melayu Deli               http://melayuonline.com/ind/history/dig/367 

http://melayuonline.com/ind/news/read/2559/presiden-sby-ke-medan-bersilaturahmi-dengan-pembesar-kesultanan-dan-5000-masyarakat-melayu

MUSIM PARTI BERBALAH

Posted in Uncategorized dengan label , , on 28/10/2009 by kalamnurani

tok_guru_nik_aziz

Kalau boleh saya tidak mahu lagi menulis hal-hal politik. Saya kena fokus dengan tema tulisan saya. Namun didesak kawan yang asyik duduk berbincang benda yang sama berulang-ulang. Ubah topik pun ‘landing’ ke topik yang sama – Tuan Guru Nik Aziz (TG) & EGM-nya.

Antara buah kata yang lazim ketika membahas isu ini, “Tak patut TG Nik Aziz keluar statetment macam tu – tambah pecah ada – Dah mula orang hilang respect dengan TG – Dah sampai masa TG Nik Aziz berundur – Ada orang cucuk TG – TG Nik Aziz menyebelahi geng liberal – PAS yang kuat dan jadi lemah” dan seterusnya. Saya faham kenapa begitu sekali concern orang kita dengan PAS, PAS parti Melayu ke-2 terbesar dan barang diingat PAS adalah parti Islam TERBESAR di Malaysia. Itu pasti. Maka, pecah 2 bukan solusi terbaik. Moga tidak jadi sperti PLO – pecah dua jadi HAMAS dan Fatah.

Malas rasanya nak buat ulasan, nak memandai-mandai (tapi dah terlajak borak). Ini musim parti besar berbalah – itu aje komen saya bila ditanya. UMNO pun pecah juga ribut-ribut cuma sekarang dah reda – esok lusa belum tentu, MIC sampai sekarang tak reda-reda, MCA macam dah ok tapi masih ada kata nista di belakang. Cuma MCA menunjukkan kematangan dalam politik. PKR baru tadi nampak pecah bermula di Sabah. Bottom line, krisis memang ada dalam politik semua disebabkan kuasa ( cuma dalam UMNO ada satu lagi faktor fulus yang banyak ).

Bagi yang matang menilai ini perkara biasa dan boleh jadi luarbiasa, bergantung sisi mana yang kita lihat – ia amat bergantung pada persepsi. Ini adalah cabaran. Cabaran menerajui parti Melayu-Islam. Rencam dan renyah. Ia menguji kredibiliti kepimpinan bagaimana mereka harus tangani. Barangkali benar ini satu proses pemutihan atau pembersihan, atau proses muhasabah prinsip perjuangan. Mana yang perlu didahulukan parti, kawan atau prinsip perjuangan. PAS tetap saya sokong kerana tanpa ragu tetap teguh pegang perjuangkan al Quran dan Sunnah, mengangkat martabat ulama ‘at par’  dengan  umara’ bahkan lebih tinggi. Jika itu dikesampingkan atau jatuh no.2 maka, jangankan saya orang lain akan turut cemuh dan tawar hati. Kekuatan PAS pada prinsip perjuangan – menjunjung tinggi Islam.

Taktikal dan strategi jatuh no. 2 dan 3. Sebab kemenangan adalah milik Allah. Ia hanya ‘asbab’ bagi sebuah kemenangan. Allah boleh bagi kemenangan dengan pelbagai cara – tidak semestinya pandai strategi, kawan dengan orang hi-profile, kawan dengan orang banyak duit. ‘Politik jaga hati’ adalah politik murahan yang berbahaya. Politik hanyalah front page sebuah perjuangan inner page adalah prinsip. Front page boleh berubah boleh datang dan pergi. Jangan takut hilang kawan dalam perjuangan, jangan takut hilang jawatan – bukankah nabi pernah menghadapi krisis demi krisis, dalaman dan luaran antaranya; bila ditawarkan semua habuan dan jawapan nabi jika matahari diletakkan di sebelah kanan ku dan bulan diletakkan di sebelah kiri ku, nabi tidak akan mengubah prinsip perjuangan – tidak ada kompromi dengan prinsip. 

Barangkali analogi itu tidak menyangkut soal isu perbalahan ini.

Siapa musuh, siapa kawan. Inilah isu di balik tribulasi Pakatan. PAS berada dalam dilemma ini. TG Nik Aziz melihat UMNO adalah musuh, maka tim yang dikatakan pro Perpaduan melihat lebih jauh dari itu. Maka hadis orang mukmin tidak akan dipatuk ular dalam lubang yang sama diguna untuk UMNO sementara tim yang satu lagi guna untuk musuh yang lebih besar – barangkali, itulah telahan saya. Musuh Islam banyak yang jelas disebut dalam al Quran Yahudi dan Nasrani, kerana mereka tidak akan duduk diam sehingga kita menurut jejak langkah mereka. UMNO masuk kategori mana? Yang harus diperangi UMNO bukan ‘batang tubuh’ UMNO tetapi fahamannya. Budaya UMNO menyebabkan ia menganut faham material melampau. Obses dengan politik wang dan kuasa. Tetapi bagi entiti yang dibayangi Yahudi dan Nasrani yang sukar dicerakinkan DNA-nya, sukar nak ditelah bahayanya – maka lebih baik berwaspada dari menyerah segala. Golongan ulama, pendakwah dan pejuang kena faham. Melihat isu ini dari semua sisi. Ini bukan soal memerintah sebuah negara dan negeri tetapi melangsungkan kesinambungan sebuah perjuangan, wallahu’alam [full stop]