MENJADI SEORANG PENULIS PROLIFIK: SAYA SUDAH SIAP

Tanpa menoleh ke belakang, saya maju. Ketika orang lain berhenti mempersoalkan benda yang tak pasti. Aku terus melangkah. Angin terasa menampar ke muka. Aku bagai menongkah angin deras. Namun aku tetap maju. Bermula Januari 2009 aku tekad dan sudah berserah bulat, dengan imijinasi – bagai Leo Tolstoy yang menulis ‘tales’ War and Peace atau seperti Thomas Hardy dengan kisah klasik misteri. Charles Dickens pernah menulis Tale of Two Cities aku berangan lagi, dan aku masih mencari penulis Islam seperti Iqbal yang menulis dengan bahasa tinggi atau seperti Ali Shariati yang mengubah histori alam pemikiran kontemporari. Dalam gambaran imej wajah mereka yang berbalam-balam aku membuat pengisytiharan aku sudah siap menjadi seorang penulis. Dan kini saya sudah berada tanggal 3 January 2009. Bermakna saya sudah bermula – kelmarin.

Disipiln menulis, belum ada. Lazimnya aku tidak tetap menaip atau mengarang cerita. Aku akan mencatat ‘pabila’ ilham datang. Dan menaipnya sejurus berada di depan lap-top. Aku senang begitu buat masa ini. Mungkin siang ilham itu datang, mungkin kesiangan tanpa ilham; barangkali malam ilham tiba dan malam itulah segalanya.

Pada asasnya aku menulis bukan menaip, memindahkan ilham-ilham itu ke dalam buku kecil yang termuat di kocek atas kaus kerjaku. Aku sangka ia lebih menepati citarasa seorang penulis daripada duduk mengadap lap top menanti ilham yang tak kunjung tiba. Menaip hanya bila berada di depan lap-top. Jika segera ilham tiba ketika aku berada di depan lap-top maka itu sudah lumayan.

Aku tidak boleh menunggu lagi. Masanya amat suntuk. Khalayak sedang menuggu-nunggu. Walau mereka tidak bersuara namun nurani ini tetap mendengarnya. Suara itu amat halus dan ada ketikanya mendayu. Suara hati yang bertanya bagaimana? di mana? Kenapa? apakah mungkin? Semua itu perlu dijawab segera. Seumpama menyedia hidangan di restoran kopitiam – tak boleh bertangguh nanti pelanggan marah-marah. Penulis ada ketikanya perlu menjadi pelayan yang santun; dengan tulisan ini moga dahaga itu hilang, selera penuh kembali, tubuh menjadi segar – kepuasan adalah segala-galanya. Barangkali itulah tanda kesempurnaan.

Hayat kita tidak lama, kita perlu mencari jawapan pada setiap persoalan. Atau barangkali kita perlu memberi jawapan pada sesetengah persoalan. Maka aku di sini dan anda di balik sana, aku menulis dan anda membacanya. Tidak kira apa tajuknya atau laras cerita, asal orang boleh dan akan baca; dan pastinya mesti akan ada orang baca. Aku menulis bukan ‘kerna’ nama. Aku menulis kerana obligasi menyampai walau sepotong ayat. Menghurai makna dan maksud. Maka jelajah ini sudah bermula.  Selamat membaca.

BERITA DARI SEBERANG

danau-tobaMedan, 1 -11-2009. Saya di sini kelmarin, semalam, dan hari ini akan berlepas pulang ke Malaysia. Tujuan, menelurusi jejak Melayu di nusantara. Melayu Deli . Serasa berada balik di zaman Melayu Lama ketika naik ke istana Maimoon di kota Medan. Rekabentuknya persis istana Melayu Johor. Di Medan bangsa yang sering disebut dan dominan adalah Melayu dan Batak karo, selain bangsa Jawa dan yang lainnya. Melayu tetap sentral di sini, tidak boleh dipisah dan dihapuskan sepertimana tersergamnya istana Maimoon di tengah-tengah kota Medan.

Di tengah-tengah kota Medan yang lazim seperti bandar Jakarta dan Bandung – sesak dengan speda angkut dan kenderaan yang bersimpang siur. Kota Medan sesak dengan orang. Membeli baju dan kain telekung di Pasar Ikan, amat meletihkan. Hanya di Danau Toba, letih itu hilang, bersama dinginnya angin tasik yang katanya paling besar di Asia. Di kamar hotel Parapat kita tidak saja akan menghirup udara segar bahkan anginnya ‘dingin sekali’. Tubuh kita ibarat di caj kembali. Berada di tasik Toba dan singgah di pualu Samosir – Ambrosa adalah agenda wisata yang tidak bisa dilepaskan.

Istana-Maimun-penghuni-medan-874129_500_301Kata pemandu pelancong kami, di sini sebenarnya tanah dimana ramainya bangsa Melayu tapi orang Batak lebih dahulu deras mengambil peluang. Orang Batak yang dikatakan garang dan makan orang itu hanya mitos dan legenda pahlawan mereka, tidak lebih dari itu. Orang Batak kini lebih pandai ‘makan duit’ dari makan orang. Maka-nya, Melayu di tanah Medan hanya kekal di lingkungan istana Maimoon, yang lainnya tidak kelihatan. Pergi ke Medan bermakna untuk libur dan santai, orang Malaysia kerap ke sana katanya mencari dan melepas ‘angin’ dan ‘lelah’ mereka. Saya musykil. Ketika di Polonia airport kelihatan jejaka dan abang Malaysia yang ditemani cewek Medan – saya cemuh. Barangkali ini antara punca Melayu hilang di tanah Sumatera.

Membaca novel Andrea Hirata – Maryamah Karpov kerapkali saya menemukan kisah orang Melayu di Indonesia. Saya tertanya-tanya Melayu mana yang dimaksudkan oleh Andrea. Maka jawapan itu saya temui dalam wisata saya di kota Medan – di sini Melayu pernah ada; dan masih ada. Indonesia dan Malaysia itu ada bahagiannya – Melayu. Ada rumpun-rumpun yang sudah menjadi serumpun. Perbalahan yang baru ini adalah perbalahan adik beradik sebenarnya.

Syukur Malaysia maju, dan doa kita moga saudara kita Indonesia juga maju semacam Malaysia. Era SBY adalah era kemajuan hendaknya.

Isu panas Indonesia – Malaysia tidak sepanas isu Manohara, tarian Pendet dan Ambalat. Tapi, sejak berita Mantik Hani yang menjadi korban sang majikan India Malayisa isu itu kembali hangat. Berita jenazah Mantik kembali ke Jawa Timur, Indosesia mendapat liputan dan menjadi berita muka depan di koran-koran besar mereka- tanpa foto. Membaca halaman berita Muntik saya sedikit cemas, bimbang ada para yang membangkitkan rasa ketidakpuashatian dikalangan warga Indonesia. Cerita buluh runcing dan demo anti Malaysia masih menghantui tidur saya.

Di hotel lavish Garuda sempat saya melihat TV nasional Indonesia. Media Indonesia memang berada pada kelas yang tersendiri – cara pengolahan, sentiasa ‘up to date’, variasinya hebat, kreativitnya tinggi – mereka memang ke hadapan meninggalkan kita media Malaysia yang masih terkial-kial menayang iklan ala-ala Mat Sentol. Drama mereka usah dicerita, kisah Ultraman pun boleh dibikin barangkali. Tidak hairan drama-drama mereka sampai ke sini – Malaysia (cuma cerita kartun Upin-Ipin mendapat tempat di TV Indonesia). Saya tabik dengan industri ‘musik’ mereka yang sentiasa baru dan segar. Lirik dan melodi mereka menghiburkan. Kumpulan baru tumbuh dan langsung hit. Kita masih mencari bakat dalam siri tele-hiburan kita.

Indonesia seperti mahu menerima lagu-lagu dari Malaysia. Dalam satu siri temu bual hiburan ada tetamu Malaysia dijemput Pak Ngah, nampaknya lagu Siti Nurhaliza amat diminati di Indonesia ( ketika saya singgah sembahyang di Masjid Raya, Tok siak yang menyapu tangga menyebut nama “Shiti Nurhalijah” bila disapa ). Pak Ngah menampilkan penyanyi Indonesia menyanyikan lagu-lagu Siti Nurhaliza – Trio Bidadari. Namun ada yang tak baik disebut tentang indusrti muzik kita apabila kumpulan yang sedang meningkat naik D Wali mengatakan lagu mereka di ‘bajak’  ( ditiru barangkali) oleh penyanyi Malaysia. Isu semacam ini mengundang panas antara sesama.

IMG_2330Kita akan terus bergelut dengan isu kerana hubungan kita terlalu dekat – ibarat adik beradik. Namun saya percaya air dicincang tidak akan putus. Kita serumpn. Isu dan krisis akan tetap ada. Cuma saya percaya ada pihak ke-3 yang entah siapa yang mencari silap agar Malaysia-Indonesia tidak aman. Semacam ada orang ini, menanti isu untuk diperbesarkan. Semoga kita bijak menangani segala kemelut dan perbalahan – lebih memandang ke hadapan dengan bijak dan rasional bukan dengan emosi.           

rujuk Melayu Deli               http://melayuonline.com/ind/history/dig/367 

http://melayuonline.com/ind/news/read/2559/presiden-sby-ke-medan-bersilaturahmi-dengan-pembesar-kesultanan-dan-5000-masyarakat-melayu

MUSIM PARTI BERBALAH

tok_guru_nik_aziz

Kalau boleh saya tidak mahu lagi menulis hal-hal politik. Saya kena fokus dengan tema tulisan saya. Namun didesak kawan yang asyik duduk berbincang benda yang sama berulang-ulang. Ubah topik pun ‘landing’ ke topik yang sama – Tuan Guru Nik Aziz (TG) & EGM-nya.

Antara buah kata yang lazim ketika membahas isu ini, “Tak patut TG Nik Aziz keluar statetment macam tu – tambah pecah ada – Dah mula orang hilang respect dengan TG – Dah sampai masa TG Nik Aziz berundur – Ada orang cucuk TG – TG Nik Aziz menyebelahi geng liberal – PAS yang kuat dan jadi lemah” dan seterusnya. Saya faham kenapa begitu sekali concern orang kita dengan PAS, PAS parti Melayu ke-2 terbesar dan barang diingat PAS adalah parti Islam TERBESAR di Malaysia. Itu pasti. Maka, pecah 2 bukan solusi terbaik. Moga tidak jadi sperti PLO – pecah dua jadi HAMAS dan Fatah.

Malas rasanya nak buat ulasan, nak memandai-mandai (tapi dah terlajak borak). Ini musim parti besar berbalah – itu aje komen saya bila ditanya. UMNO pun pecah juga ribut-ribut cuma sekarang dah reda – esok lusa belum tentu, MIC sampai sekarang tak reda-reda, MCA macam dah ok tapi masih ada kata nista di belakang. Cuma MCA menunjukkan kematangan dalam politik. PKR baru tadi nampak pecah bermula di Sabah. Bottom line, krisis memang ada dalam politik semua disebabkan kuasa ( cuma dalam UMNO ada satu lagi faktor fulus yang banyak ).

Bagi yang matang menilai ini perkara biasa dan boleh jadi luarbiasa, bergantung sisi mana yang kita lihat – ia amat bergantung pada persepsi. Ini adalah cabaran. Cabaran menerajui parti Melayu-Islam. Rencam dan renyah. Ia menguji kredibiliti kepimpinan bagaimana mereka harus tangani. Barangkali benar ini satu proses pemutihan atau pembersihan, atau proses muhasabah prinsip perjuangan. Mana yang perlu didahulukan parti, kawan atau prinsip perjuangan. PAS tetap saya sokong kerana tanpa ragu tetap teguh pegang perjuangkan al Quran dan Sunnah, mengangkat martabat ulama ‘at par’  dengan  umara’ bahkan lebih tinggi. Jika itu dikesampingkan atau jatuh no.2 maka, jangankan saya orang lain akan turut cemuh dan tawar hati. Kekuatan PAS pada prinsip perjuangan – menjunjung tinggi Islam.

Taktikal dan strategi jatuh no. 2 dan 3. Sebab kemenangan adalah milik Allah. Ia hanya ‘asbab’ bagi sebuah kemenangan. Allah boleh bagi kemenangan dengan pelbagai cara – tidak semestinya pandai strategi, kawan dengan orang hi-profile, kawan dengan orang banyak duit. ‘Politik jaga hati’ adalah politik murahan yang berbahaya. Politik hanyalah front page sebuah perjuangan inner page adalah prinsip. Front page boleh berubah boleh datang dan pergi. Jangan takut hilang kawan dalam perjuangan, jangan takut hilang jawatan – bukankah nabi pernah menghadapi krisis demi krisis, dalaman dan luaran antaranya; bila ditawarkan semua habuan dan jawapan nabi jika matahari diletakkan di sebelah kanan ku dan bulan diletakkan di sebelah kiri ku, nabi tidak akan mengubah prinsip perjuangan – tidak ada kompromi dengan prinsip. 

Barangkali analogi itu tidak menyangkut soal isu perbalahan ini.

Siapa musuh, siapa kawan. Inilah isu di balik tribulasi Pakatan. PAS berada dalam dilemma ini. TG Nik Aziz melihat UMNO adalah musuh, maka tim yang dikatakan pro Perpaduan melihat lebih jauh dari itu. Maka hadis orang mukmin tidak akan dipatuk ular dalam lubang yang sama diguna untuk UMNO sementara tim yang satu lagi guna untuk musuh yang lebih besar – barangkali, itulah telahan saya. Musuh Islam banyak yang jelas disebut dalam al Quran Yahudi dan Nasrani, kerana mereka tidak akan duduk diam sehingga kita menurut jejak langkah mereka. UMNO masuk kategori mana? Yang harus diperangi UMNO bukan ‘batang tubuh’ UMNO tetapi fahamannya. Budaya UMNO menyebabkan ia menganut faham material melampau. Obses dengan politik wang dan kuasa. Tetapi bagi entiti yang dibayangi Yahudi dan Nasrani yang sukar dicerakinkan DNA-nya, sukar nak ditelah bahayanya – maka lebih baik berwaspada dari menyerah segala. Golongan ulama, pendakwah dan pejuang kena faham. Melihat isu ini dari semua sisi. Ini bukan soal memerintah sebuah negara dan negeri tetapi melangsungkan kesinambungan sebuah perjuangan, wallahu’alam [full stop]

2012 ‘IS COMING’… SUDAHKAH ANDA BERSEDIA? (versi terkini)

2012-movie-poster

BAGAIMANA AGAKNYA KERAJAAN DUNIA MENYIAPKAN 6 BILLION PENDUDUK BUMI MENGHADAPI KEHANCURAHN DUNIA…?

MEREKA TIDAK MELAKUKAN APA-APA…!

JIKA ANDA MENCARI JAWAPANNYA,

TEMUI DALAM KARYA = 2012: DI AMBANG AMARGEDDON

arahan

M Nurani Maarif  [ penulis & ‘pengarah’ genre underground yang prolifik ]

2012 bukan sekadar angka tetapi dipercaya sebagai tahun petaka bagi sesetengah komuniti Barat. Igauan ini mahu dikongsi bersama dengan penduduk dunia. Tidak kecuali kita umat Islam. Dunia tanpa sempadan ini telah membenarkan idea pelik semacam ini menerjah masuk tanpa dipelawa. Kita yang sekolah tinggi, universiti, empat thanawi atau paling tidak kenal ‘alif ‘, ‘ba’, ‘ta’ ‘A’, ‘B’, ‘C”- pun termanggu bila dikemukakan hujah sains dan fakta asing , apabila disuakan dengan rajah kosmik dan astronomi yang menjelas fenomena jajaran galaktik. Inikan pula anak kita yang masih hijau, generasi muda yang sibuk dengan ‘pacaran’, pasti mereka terkinja melihat sedutan wayang dan youtube 2012 yang mengujakan. Hentaman meteor, balikan tsunami mega, super storm – it’s cool kata mereka. But wait that is not the issue, it is your believe your son. Pada siapa akan engaku pertaruhkan harapan ….

Barangkali generasi anak remaja kita belum cukup bersedia dengan propaganda Holywood bersama hidden agenda-nya. Disebalik mengaut keuntungan dari ‘marketing ploy’  tanpa locus standi ini, mereka meracuni pemikiran dengan idea aneh dan pelik. Menyuntik elemen seram dan panik. Berselindung di balik fakta misteri. Mahu tidak mahu fenomena ini sedang menjengah masuk dalam lingkungan kita. Menghalang bukan solusi dan tidak akan jadi penyelesaian terbaik. Nah, justeru SIAPKAN BENTENG AQIDAH untuk anda dan keluarga anda. Itlah saranan dibalik penulisan 2012: Di Ambang Amargeddon. Tambahkan ilmu dan kefahaman, perkuatkan iman dan tingkatkan amalan. Kita sedang berada di Ambang Amargeddon – fitnah terbesar akhir zaman. Itu telahaan saya. Anda bebas untuk tidak mempercayainya. It is free world anyway, your choice is your destiny!

Di sana, di Barat sudah ada wacana dan diskusi melibatkan para sarjana, tokoh ilmuan dan doktor Phd, membincangkan fenomena 2012 secara serius. Apakah ia benar-benar nyata – hakikat atau igauan semata-mata? Apakah ada fakta dan hujah sains yang mendokong fenomena ini? Bagaimana pula dengan hujah agama bersumber dari al Quran dan Sunnah? Jika diberi pilihan antara hujah sains dan agama anak remaja kita akan memilih yang mana agaknya? Maka itu ‘concern’ saya – kerana itu saya teruja untuk menulis, menimbal balik hujah-hujah yang kelihatan decent.

Apakah sikap kita selaku muslim-mukmin. Apakah kita akan percaya dalam senyap seperti mempercayai mitos dan khurafat yang lain (jenglot dan keliwon). Belum cukupkah segala kepercayaan khurafat dan tahyul masyarakat Melayu ini, apakah kita mahu mengimport kerpercayaan versi baru. Bersediakah kita dan keluarga serta seluruh ahli masyarakat menahan mehnah baru yang menggetirkan? Jika benar kerajaan dan kuasa dunia tidak melakukan apa-apa (seperti yang diungkap dalam tag-line trailer) maka apa harapan kita?

Bagaimana seharusnya kita menagani isu dan fenomena 2012?

Jika ia benar bagaimana?

Apa yang mereka ramalkan? ->>> hentaman Meteor sehingga mencetus ledakan nuklear+++ kemunculan planet X-Nibiru sehingga mengubah atmosfera bumi+++ tsunamiMega sehingga menjungkar balik sebahagian daratan +++ super storm melanda dan memusnah+++jajaran galaktik=Amargeddon…

SIAPA THE SHINING ONE…???

klik di sini >>> http://www.diagnosis2012.co.uk/1.htm  info hampir lengkap tentang 2012  jangan tunggu just klik ..kembara anda bermula

  Nantikan KARYA BLOKBUSTER 2012 : DI AMBANG AMARGEDDON ARAHAN & IDEA Muhammad Nurani Maarif.. akan datang – somewhere in Disember before 2012.

 2012-b

 

MENULIS BUKU DAJJAL

MEMBONGKAR MISTERI DAJJALx 250

Pada penghujung April siaplah karya Misteri Dajjal yang saya tulis dan bermulalah kembara saya mencari penerbit yang sudi dan sesuai. Tidak mudah seperti yang dijangka, kerana manuskirp awal tidak seindah buku yang anda lihat sekarang; dengan tema Dajjal, misteri dan ada kandungan berunsur mitos pasti akan ada penerbit yang skeptik. Itulah dugaan dalam mencari penerbit yang sudi dan bersedia mencetak buku saya.

Pada masa itu saya nobody, tidak ada nama (sekarang pun bukannya popular). Turun naiklah saya mencari penerbit dari satu syarikat ke satu syarikat penerbitan- menghantarnya dan menunggu dengan penuh debar, menunggu jawapan yang tak pasti. Itu adalah mehnah baru setelah 5 tahun bergelut dengan dunia penulisan yang tak menentu. Rendah diri dan malu pun ada, dalam hati sanubari ini sering tergetus, “Ada ke orang nak terbit buku aku nih?”. Maka, sebab itu membawa manuskirp dari satu penerbit ke satu penerbit seumpama pengalaman si penganggur memohon kerja. Menunggu reaksi penerbit dan setia menunggu, “Halo, amcam tuan ada perkembangan baru ke?”. “Ok, saya dah tengok, tapi…”. “Aah, kantoi-lah jawabnya..” kata naluri ku cuma bersedia untuk next move.

Walaupun ‘senak’ menempuh saat sukar ini saya tetap optimis. Memang ada syarikat penerbitan yang bagus bertaraf 5 bintang bersedia menimbang manuskrip saya tapi masa adalah segala-galanya. Saya tidak boleh menunggu. Nak dijadikan cerita saya hadir pada saat yang kurang tepat, ketika ekonomi dunia dikatakan gawat (ketika dunia dilanda masalah ekonomi berpunca di Amerika dengan masalah sub-primanya), makanya manuskirp saya sering diperap dan di ‘Q’-kan. Namun jauh di sudut hati ada suara yang mengatakan ‘buku engkau ini boleh hit punya’, berbekalkan rasa itu saya tidak berhenti.

Cuma dengan Hijjaz Records Publishing (HRP) barangkali nak jodoh saya. Ketika puas merisik segala penerbit terpandang buku terbitan HRP dengan cover menarik serta promosi sering keluar dalam Harakah – “boleh tahan” kata saya. Maka saya make a phone call, “Halo, dengan siapa saya boleh cerita pasal penerbitan buku”. “Kena bercakap dengan Abai”. “Siapa pulak Abai nih”. Ketika melangkah masuk office Hijjaz yang front-look-nya lebih pada studio rakaman dari penerbitan saya musykil. “Betul ke nih, aku nak tulis buku bukan nak buat lagu..” “Boleh jumpa Abai?”. Rupanya Faizal salah seorang penasyid Hijjaz. Sebaya, segak dan bijak.

Salam saya disambut, senyum dia bak artis pastinya. Bila dia meneliti manuskrip ‘Membongkar Rahsia Dajjal’ (tajuk asal) reaksi pertama, “BUKU INILAH KITA CARI!!!”. Aku terkejut dan dia terkejut yang aku terkejut. Sama-sama terkejut. “Baca bagi habis dulu tuan Abai “. “Eh, sheikh ana lama nak cari penulis tentang Dajjal nih..”. “Oo macam tu, langkah kananlah saya”. “Kira jadik..” kata dia selamba. Dia menghulurkan salam persetujuan dan saya sambut tanda terima.

Selepas 6 bulan pertemuan dengan Mr. Abai aka Faizal, buku ‘Membongkar Misteri Dajjal’ habis dijual 3,000 naskah semuanya (tinggal nak collect payment jer). Kini sudah masuk cetakan ke-2. Harapan untuk cetakan ke-3 dan keseterusnya tetap ada, sebab promosi belum all out HRP masih baru dalam persada penerbitan tak sampai 3 tahun. Namun HRP sudah ada jenama, ketika Pesta Buku di PWTC buku Mardihah laku macam goreng pisang panas sekaligus melonjakkan nama HRP dalam dunia buku.

Setelah bergelar penulis. Ramai yang bertanya buku saya seterusnya : 2012. Saya tak mahu bercerita di sini saya sedang menghimupun ‘surprise’ untuk dimuatkan dalam entri saya akan datang.Tunggu…

BIDAAH DIHARI RAYA BALA DI JALAN RAYA

mautSedih bila membaca berita kemalangan menjelang hari raya. Takut pun ada. Setiap tahun pasti akan ada kemalangan ngeri yang meragut banyak nyawa – bukan seorang dua, bukan berbelas bahkan berpuluh yang menjadi mayat di Hari Raya (34 orang sehingga 23/9).  Semalam (ketika artikel ini mula ditulis) yang meninggal, mati dalam keadaan ngeri mayat 4 beranak rentung dimamah api-ketika saat ajal tiba mereka sempat melambai meminta tolong. Di lokasi lain mangsa mati tanpa kepala. Beginilah kita merayakan Eidulfitri kena ada kempen jalan raya ‘ops sikap’ yang dah bertukar menjadi ‘Flops Sikap’.

Apa lagi yang harus dilakukan, kempen sudah, henti minum kopi free dah buat, speed trap dah tak trap lagi, kajian demi kajian dibuat strategi baru dirangka strategi dulu dah buntu-yang mati tetap juga mati. Sedih dan pilu di Hari Raya – mana taknya menjadi piatu sekelip mata. Maka Hari Raya disambut sepi tanpa ibu & ayah, anak yang tersayang hilang tak pulang sukar untuk dibayangkan. Baju raya dah beli tapi empunya baju dah tiada. Tulisan ini seakan mahu menjawab persoalan dimana silapnya semua ini.

Pernah dalam satu siri kuliah Ramadhan di radio IKIM seorang ustaz mengutarakan isu ini; dan dihujung perbincangannya beliau membuat kesimpulan menarik. Hari Raya yang disambut oleh masyarakat Melayu sebenarnya sudah tersasar jauh – ia tidak lagi menurut landasan agama. Maka Allah hadirkan peringatan dalam bentuk bala’ kemalangan. Benarkah kemalangan di Hari Raya BALA’ dari Allah –  ayuh mari kita perhalusi.

Ketika itulah nurani saya terdetik dan ada dorongan kuat mengatakan khulasah Ustaz itu tepat. Memang sukar orang kita nak percaya hal takdir-bala’ sebagai penyebab. Orang kita selesa dengan hujah  logic dan rasional. Ya, itu perlu tidak dinafikan tetapi mengapa harus diketepikan saranan lain seperti ingatan dan hukuman dari Allah aka BALA’. Apakah hujah agama ini tidak ada asas, kolot dan diluar konteks. Kita orang beriman perlu melihat dari kacamata itu, harus sensitif dengan Allah.

 Bala’ adalah hukuman dari Allah dan juga bertindak sebagai peringatan buat mereka yang lupa. Dalam sejarah nubuat bala’ memang ada, dalam al Quran Allah menyebut yang maksudnya, “…berjalanlah kamu dimuka bumi dan perhatikan akibat orang yang mendustakan Allah..” Itulah dalilnya. Bala’ memang benar-benar ada. Ia bukan satu kebetulan ia dalam perkiraan Allah. Sifirnya begini ketika kita langgar hukum Allah, mengubah hukum Allah, mengabaikan perintah Allah, maka Allah selaku pemilik dan penjadi sesuatu berhak mencampuri urusanNya. Justeru dihadirkan peringatan buat yang lupa dalam masa yang sama hukuman buat mereka yang ingkar. Bala’ adalah bencana yang sukar dihindar, petaka yang diluar jangka.

Saya selongkar punca bala’ boleh diturunkan, menyingkap ibadah Ramadhan orang Melayu kita. Syariat agama yang sudah bertukar menjadi budaya. Puasa tapi tak solat. Puasa tapi tak tutup aurat. Berbuka ikut nafsu bukan ikut nabi berlebih-lebih dan membazir. Di hotel kita makan sekehendak perut awalny saj aikut sunnah nabi seterusnya ikut sunnah Yahudi lepas kuih bubur, lepas bubur pasembur, lepas pasembur sup, lepas sup satay, lepas satay nasi dengan lauk penuh pinggan air 3 jenis tak termasuk cendol semuanya tak habis. Maghrib entah kemana hotel yang kaya, hotel tak ambil peduli soal solat mereka yang berbuka. Anak Yatim dihimpun dan diarak dihibur dengan lagu dan joget artis yang katanya sopan tapi jadi teladan kurang sopan. Budak yang jernih hati jadi kelabu asap dengan lagu dan maksiat. Majlis berbuka tidak lagi jadi ibadah tapi sudah penuh dengan pesta nafsu yang melalaikan. Semakin jauh kita dari Allah.

Dipertengahan Ramadhan surau masjid dah mula lengang. Solat tarawikh dah tak dihirau sedang di zaman nabi sahabat mula mengejar pahala menambah rakaat, tekun dalam ibadat dari 8 menjadi 20. Semakin penghujung Ramadhan semakin malas beribadah seolah kita bergembira berakhirnya Ramadhan. Makin 10 akhir makin galak orang membeli belah tambah kuih dan baju raya. Jalan Tunku Abd Rahman penuh sesak bukan orang Cina bukan orang India tapi orang kita, anak-anak diheret sama tak mengenal lagi kehebatan 10 malam akhir. Hari Raya lebih utama dari lailatul Qadar yang istimewa. Puasa tak sehebat mana Hari Raya confirm masuk syurga.

Eidulfitri adalah urusan agama perintah dan anjuran dari Allah. Sepatunya dirai hanya sehari bukan sebulan (berdasarkan takbir Raya yang tamat setelah solat hari Raya). Hari Raya disebut nabi sebagai hari kemenangan dalam mujahadah nafsu bukan hari membesarkan nafsu. Lihat saja bidaah di Hari Raya nyanyian, joget, baju anak gadis remaja yang berkebaya ketat dan kadang-kadang polos, dengan gelak dan ketawa sedang mereka ini ada yang tak berpuasa-aurat jangan cerita tubuh mereka menjadi santapan lelaki jalang yang bermata keranjang. Bersalam-salam dengan bukan muhrim selamba tanpa rasa berdosa. Memang nabi ada membenarkan ziarahdan hiburan tapi sekadar sahaja itupun nyanyian budak suruhan yang membesarkan agama bukan lagu joget dan pop. Kita menambah dosa di Hari Raya. Kita melupakan Allah di Hari Raya.

Siaran TV langsung tidak membesarkan jiwa agama-pesta lagu Raya diulang-ulang sampai naik kematu telinga mendengarnya. Raya sakan Raya ‘giler’- dah lah lagu raya mula disiar dipertengahan puasa. Sungguh tak beradab dan mencemar hati orang yang tawaduk dengan Allah, orang kubur menangis Ramadhan pergi orang dunia bergembira Ramadhan berlalu. Tidak ada siapa yang peduli tentang puasa yang menepati hakikat agama tidak ada yang peduli Raya yang menepati hakikat agama-sejalan dengan kehendak Allah. Sungguh Hari Raya kita tidak diredhai Allah. Lebih banyak maksiat dari ibadat. Bidaah agama di Hari Raya maka Allah datang Bala’ di jalan Raya. Fikir-fikirkan…

PINTU MAGHFIRAH

life-changing01-sufi-masterTersimpuh aku

pasrah berserah

di atas hamparan ini

sajadah kehambaan

tikar penyesalan

rintihan dan tangisan

 

aku hamba-Mu

datang bersimpuh

di pintu maghfirah

mengetuk bertalu-talu

 

dalam sukar

dalam kepayahan

dalam ni’mat

dalam deras linangan

air mata penyesalan

 

aku masih di sini

duduk menanti

barangkali bila

pintu ini akan dibuka

 

bertumpuk lagi dosa semalam

menggunung tinggi dosa silam

namun aku di sini yakin dan percaya

mengharap kasih dan maghfirah

Rahmat dan belas kasihan-Mu

Tidak bertepi

asal saja aku setia menanti

 

aku tekad di sini

tetap menanti

selagi pintu ini tidak dibuka

aku tidak akan pergi.