PILIHANRAYA

Kita akan mengundi tak lama lagi, akan ada pesta kempen dan melobi. Perang poster akan bermula tali poster pasti akan tingkah meningkah, poster akan saling bergayutan; yang ditampal tak kira tempat harta awam macam harta parti sendiri. Itulah cebisan wajah demokrasi. Pilihanraya kali ini sengit, bahang terasa di pihak parti kerajaan. Parti pembangkang macam biasa underdog memberi kelebihan. Dengar kata semua sudah bersedia, hanya menunggu hari. Dah lama bersiap nak ganyang habis-habisan, itu dari kem pembangkang.

 Berlaku adil saja, pilihanraya yang tak telus, ada unsur penipuan hanya membuang masa dan duit rakyat. Undi adalah satu hak. Haram ‘untuk kamu’ SPR lah tu. Kemenangan sepatutnya mestilah gentelmen. Tapi apa nak buat dalam politik semuanya mungkin. Itulah hakikat demokrasi yang kita pertahankan. Itulah realiti yang sukar untuk ditelan. Pembangkang bukanlah bodoh  sangat sampai tak reti nak mentadbir sebuah negeri atau negara, dalam masa yang sama kerajaan sedia ada bukanlah langsung tak ada jasa. Tapi kita mesti memilih  antara dua, dan undi adalah rahsia.

Kita sudah dicorak untuk berfikir secara linear. Itu silap orang kita, tak berani dalam hal yang benar takut tak kena tempat walaupun untuk kebaikan diri dan anak cucu. Ramai yang pilih jalan singkat, nak salah macam mana cara kita berfikir telah dicorakkan ramai yang menyalahkan tetapi tak ada ide dan keberanian untuk merubah. Cakap pandai buat tak tahu. Bila kita disuruh berubah hanya ketika pilihanraya, I tell you it is to late already. Untuk diri mungkin, tapi untuk ibubapa kita- yang nonton TV itulah, saudara yang panas sejuk marahkan harga barang dan minyak, jiran yang kerap sembang kosong tapi berisi, JKK kampung yang ada kepentingan di hati, kaum belia yang tunggu padang futsal dan limpahan lampu neon malam buat melepak sama geng sekaki; mereka bagaimana serupa macam kita, ada fikirkah mereka! Anak-anak kita kata M Nasir.

Balik pada pertandingan kalah-menang, Bila kalah parti pembangkang akan salahkan rakyat tak mahu berubah, bila parti pemerintah menang naik tocang dan jadi kacang lupakan kulit. Habis – back to square one. Tunggu 5 tahun lagi. Same old story. Apa nak jadi? Bila bergasak kalah Mat Ali (Muhammad Ali) gaya ada mulut celupar tapi menang belum tentu.

YB atau bakal YB kita perlu diorientasi tak kira parti mana (of course saya ada pilihan sendiri) jangan manis mulut tapi bontot busuk bau tahi. Bukan salah dia (kata nurani saya) sebab kita yang pilih, tak kan tak kenal hati budi. Sebab itu diberi masa kempen bukan nak jadi pak Kaduk sibuk dan meriah menang nak dijunjung. Pergi kenal sama itu bakal YB, ada suka X tak suka sendiri mahu ingat.

 Parti kerajaan pun congank bakal calon, mana yang tak perform dan banyak masalah akan digugur, maknanya mereka pun akur dengan kehendak dan suara hati pengundi. Cuma kita bakal pengundi yang lemah semangat pantang dihulur, pantang disogok, pantang dimomok, propaganda, segala macam dogma murahan dan basi pun diterima. Lalu pondok panas dipayung dan dikipas, cair bak aiskrim 10 sen. Lalu X calon tak berkualiti, esok bila hasrat tak tertunai nak salahkan sapa!

Biarlah parti yang bertanding gerun dengan pengundi, pengundi jangankan minta dipayung kipaskan lain kali gertak segala bakal YB, suruh sain MoU bikinan sendiri or else don’t call my name.

Advertisements