UMNO KENA DI ICU-KAN

Itulah kata Opah saya selepas keluar dari bilik scan. Kata adik ipar saya dia melatah dan meracau tapi bunyinya macam serius. Dia kena virus kata doktor, pasal dah lama tak makan ulam barangkali. Dia memang ada kencing manis, darah tinggi dan beberapa penyakit tua ‘orang nusantara’. Opah memang orang UMNO – Wanita UMNO- sejati lagi (masa itu tak ada Putri tapi masih dara dan santun); antara yang gigih berjuang ketika menuntut kemerdekaan. Kain tenun songket merah masih ada emak simpan. Kata emak Opah pakai masa Hari Pengisytiharan Merdeka. Opah tak lagi meracau macam semalam, kata adik Opah marah-marah UMNO dah nazak kalau tak di ICU-kan takut matinya ‘suulkhotimah’. Aku macam tak percaya, macam orang masuk hantu kata adik.

Aku membelek surat khabar lama (semalam) namun ceritanya masih hangat: Perhimpunan UMNO. Tajuk 1); Mesyuarat Bahagian Kecoh terpaksa panggil FRU. Tajuk 2); Ramai yang kena beli, politik wang berleluasa. Tajuk3); Ugutan SMS cara baru pilih calon. Aku cepat-cepat membalikkan suratkhabar berjenama itu, bimbang Opah nampak takut darahnya naik lagi. Mata dia cepat, otaknya dapat menangkap walau sekilas kata, itu yang aku hairan dah tua-tua begini pun masih minat politik semasa. Dalam pada dunia mengalami krisis kewangan negara kita masih mewah menabur wang di korum santai di ‘coffee house’. Wang berbau dan berhantu. Yang ambil akan senak sampai ke anak cucu yang beri akan muntah darah tujuh keturunan. Itu doa Nujum Lamunan ketika bersumpah dalam marahnya. Jadi tak jadi aku tak sempat menuruti. Kalau sumpah ini diketahui nescaya akan ramai yang porak peranda. Tapi mujur ia tetap kekal disimpan oleh keturunan Panglima Itam. Maka yang makan tadi terus kenyang.

Opah minta air, aku hanya memerhati Mak Teh yang jaga dia dengan santun meyudu ke mulut Opah dengan penuh hormat. Opah diam dan sesekali menutup mata. Dia semacam tidak mahu memerhati sesiapa. Hairan! begitu sekali teruja anak muda mahu menjadi pemimpin. Sanggup bergolok gadai, sanggup bersumpah setia dan sedia berdebat berhujah mahu membukti… apa sebenarnya? Jawatan dan amanah? Apa persepsi anda kata pengaraca malam Astro AWANI yang sudah tidak ditonton lagi, sudah jam 3 pagi. Disana menunggu calon munafik yang pandai berjanji dan berkata tapi bohong belaka. Indah khabar dari rupa. Justeru apa yang diperjuangkan nasib bangsa. Aku curiga. Aku menyelak surat khabar Cina dengan harapan ada kisah dan gambar menarik. Wah! Datuk Michelle Yeoh merasmikan jambatan kudung….tentu sehari dua lagi Datuk Shah Rukh Khan akan merasmi tugu kepala ular naga pula…aku diam. Opah batuk-batuk.

Adik aku berkerut seribu, katanya dia hairan kenapa begitu ribut untuk berebut jawatan. Tanda akhir zaman jawab ku ringkas. Masalah tak juga selesai katanya cuba memancaing perbualan. Aku agak malas melayan fikiran budak-budak, yang perangainya kerap bergaduh pasal hal yang entah apa-apa. Wah! Jadi memang benar politikus kita sedang menjadi perhatian (dan kerap juga jadi momokan) artis sudah jauh ketinggalan. Atau artis mengikut sama menunggu habuan… sang tari pesta bunian. Kita sedang memerhati perangai jelek dan hodoh lakonan dan sandiwara kisah Tanta dan Mahabrata ala-ala Sivaji-Rajdikanh. Kata adik Opah pun tahu cerita mereka. Aku tetap musykil…

Aduh Saliha! letih orang sekeliling para ‘reporter’ ulang-ulang cerita sensasi yang akan basi. Yang kenyang tetap kenyang, yang lain ‘wal hasil balik asal’. Tolak abuk. Berjuang! Berjuang! Berjuang! Demi Bangsa sic [Harta dan Takhta]. Aku tutup suratkhabar Cina itu. Beralih balik ke suratkhabar Melayu. Tak mengerti tulisan mereka, katanya suratkhabar Cina esok sudah ada sedia diedar malam-malam begini, maka pasti mereka kedepan dari kita tahu segala cerita. Orang Melayu masih ditakuk lama. Opah ada setitik dua darah Jawa. Darah majapahit barangkali. Berita semalam tak mengubah apa-apa.  Tetap jadi cerita. Cerita serupa di takuk lama. Gaduh, Riuh sebuah parti Gergasi. Opah kata kena di ICU-kan dia bersungguh dalam kata-katanya. Adik membawa masuk suratkhbar merah-hijau. Katanya hanya dengan ini Melayu akan pulih. Setelah parti Gergasi diberi rehat yang sempurna dengan sedikit O2 (oksigen-lah). Beberapa ‘drip’ air Yasin. Korupsi, Tindas menindas, kena dihentikan. Cari pengganti yang sakit kena dirawat. Kalau tak…kalau tak apa aku tanya dengan membentak…Melayu akan hilang di dunia….!!!

karya ini dicuplik dari alam Dimensi Tiga. Sila cari dalam laman sawang yang jauh diperbatasan: Far From Beyond…

Advertisements

SESUDAH RAYA

Aduh sudah lepas Hari Raya rupanya! Aku masih dimalam Lailatul Qadar, amat indah malam-malam Ramadan, tapi sayang semuanya sudah berlalu. Terlalu pantas masa berlalu sepantas merempit. Baru semalam aku bertarawih tak sangka pula sedang mengadap lemang dan rendang. Rupanya tak sama ni’matnya menguyah dengan mengalun zikir salawat yang satu berisi tapi kosong, dan yang satu lagi kosong tapi berisi. Raya memang seronok tapi sekejap jer, memang itulah hakikatnya yang seronok hanya dipangkal je. Ketika kuih raya singgah dilidah aduh ni’matnya tapi ketika masuk ke kerongkong hilang segala rasa.

Paling haru Raya di jalan Raya. Tak sempat kuncup tangan ibu ayah, sanak saudara, sahabat dan taulan, ada yang lebih rela mengejar maut dari hidup. Entah kenapa orang kita asal raya je ada yang rela langsung ke alam barzakh. Tak menyempat-nyempat nak ke sana, macam lah dah nampak taman-taman syurga. Kalau mati syahid tu okay la juga… boleh beri syafaat pada sanak saudara, maka mati mereka amat berbaloi dan berharga. Kalau mati mengejar lemang dan rendang aduh amat malang…

Senario selepas Raya tidak lagi serupa, kemeriahan ibadah sudah pun kurang. Lemau dan basi semacam kuih, ketupat dan lemang yang tak dijamah. Ibadah Akbar selepas ini tentunya ibadah Haji. Itulah fokus seorang muslim mukmin, Ramadan bukanlah satu titik henti ia hanyalah satu stesen yang merupakan satu persinggahan. ‘Next’ stesen adalah ibadah seterusnya…

Yang langsung melihat Puasa dan Raya sebagai adat akan kembali ke habitat asal. Yang merokok hanya malam telah kembali merokok selepas subuh ke subuh. Yang dulu tak berbau judi kini kembali menjadi taik judi, yang kaki terima dan beri rasuah sudah kembali mengira-gira ia sebagai punca pendapatan yang tak akan dikenakan tax. Orang macam ini yang digelar tak kembali ke RahmatulLah. Silapnya disitu bila Puasa hanya adat bukan ibadat. Pesan Tuan Guru saya orang inilah yang akan kecewa bila badai bencana dan derita menimpa. ‘Mind you’ tsunami ekonomi sedang berarak mara sedang kemelut politik tak pernah kendur Malaysia bagai diambang suram. Pada akhir 2007 heboh diperkatakan di Indonesia bahawa seorang peramal bernama Mama Laurent meramalkan Politik Malaysia akan runtuh pada 2008. Saya tidak mempercayainya bahkan anda juga jangan, tapi sayang tangan-tangan kotor dan jelek para politikus sedang membikin mimpi ngeri ini menjadi nyata. Berdoa dan berusaha mengubah nasib kita, Allah dan Rasul-Nya sedang memerhati….Belum terlambat mengucap Salam Maaf zahir batin.