ERA POLITK DAMAI: PAS FACTOR = PAS + UMNO atau PAS + KEADILAN

haji20hadiDamai politik, tak mungkin dah cuba dah; kata TG Nik Aziz. Senyap tapi bergelora. PAS dan UMNO bersatu. Versi baru, kata TG Hj. Hadi, belum cuba belum tau.

Aneh lagi pelik. Siapa sangka TG Hj. Hadi, jaguh yang melontar kalam kafir dan thaghut era 80an khusus dicipta untuk UMNO. Tapi kini apa-apa pun boleh terjadi. Sekali lagi, isu damai politik kembali. Hari itu dah habis dah, mubalahah, mubahalah, muhasabah (tak pasti mana yang betul). Ini pasti baru hangat di pasaran. Bisa bergolak parti Islam perdana di Malaysia. Soalnya kenapa, apa yang mendorong Tuan Presiden mahu kembali ke meja rundingan. UMNO parti teras Melayu, PAS parti teras Islam, kalau dicampur sekali PAS + UMNO (barangkali jadi) = Islam + Melayu.

Boleh pakai ke formula ini, apa macam dengan Keadilan. Ada kata Keadilan parti liberal lagi pragmatic, kuat toleransi dan boleh kompromi. ex UMNO boleh masuk dan ex UMNO boleh pergi. Parti serpihan UMNO yang diubahsuaikan. Saya tak suka guna contoh ini, tapi kata bloger anti Anwar itu contoh terdekat. Saya cuma baca balik. Maka kalau PAS + Keadilan (barangkali jadi) = Islam + Liberal.

Barangkali, semua boleh jadi. Apa nak jadi akan terjadi, hujan pasti berhenti; kata sifu M Nasir. Tamparan untuk DS Anwar, tak apa dia dah pernah kena belasah dalam lokap, mesti boleh lawan balik punya. Ini mesti ada cerita dalam cerita. Ada kata DS Anwar kecewa, tertekan; tapi biasalah orang politik kena gagah dipalu. Mana taknya, Karpal dah isytihar tolak Anwar, TG Hj. Hadi macam ada rasa terkilan selepas insiden kejatuhan kerajaan Pakatan di Perak. Masing-masing undur setapak, ini cara paling halus TG Hj. Hadi mohon permisi, berbanding Mr. Karpal pakai peluru tabur tembak semua termasuk Sultan Perak. Tapi biasalah Karpal tak mengaku. “Saya tak ada salah punya, saya cabar awak orang masuk court…jangan cabar saya.” Kata dia Mr. Karpal guna bahasa Melayu + Inggeris ala-ala ‘urban’.

Ini cerita keruh sebenarnya, sebuah lagi episode gerhana politik Malaysia. Kita lama dah jadi orang non-partisan (orang da’wah – ABIM), baca macam inilah. Kata orang atas pagar, memang atas pagar, pasal itu boleh lihat semua. Siapa tak tahu DS Anwar mencuba segala posisi untuk menyakinkan bahawa sebuah kerajaan adil lagi demo-kratik. Ia bukan mimpi semalam dan kelmarin. Ia adalah usaha habis-habisan DS Anwar.

Cuma definisi demokrasi tulen ini masih dalam pertikaian. Pakistan pun hari ini bergelut mahu mencapai apa yang dikata real democracy. Selepas Mushraff dipaksa berundur, selepas Benazir B**** mati dibom, kini menjadi perarakan massa di jalanan, (awak tak ada rasa pelik ke melihat secario Pakistan atau sudah mati rasa) persis di Malaysia – boleh jadi haru biru. Kalau ini bentuk rupa demokrasi dan harga yang perlu dibayar – sah ia ditaja Amerika. Kata insider, ada agenda asing di bumi Islam, dan kata- kata itu masih ternigang di telinga saya. Negara dunia ke-3 dan negara Islam membangun perlu berada dalam stage ini-chaos (dibaca huru-hara). Selepas Iraq hancur bersama janji demokrasi kosong dan selepas tumbangnya kerajaan Sadddam diikuti dengan kemusnahan Afgahnistan kemudian menanti adalah giliran Pakistan dan Sudan. Jika tidak berhati-hati maka tidak mustahil Malaysia to be next – chaos in the making. Atas siapa haru s dipertanggungjawaban ini diletakkan ? pada DAP, MCA atau MIC: tentunya PAS, UMNO dan Keadilan. Jadi siapa yang benar-benar untung dalam percaturan politik gila ini? Siapa pemain? siapa kena main?

Conform Mr Karpal tolak hudud, PAS+Keadilan+DAP non equal to Islamic State (kena guna Bahasa Inggeris sebelum ia dimansuhkan, khusus untuk Matematik saja). UMNO+PAS somebody will melepas. Apa yang awak merepek ni, bukan merepek ini memang cakap-cakap orang politik. Orang UMNO dah biasa dengan politik sampul aka politik wang equal to rasuah. Hidup senang tak dapat resah, dengan tender, projek segera dan selesa diarak bak artis program realiti. Argh! kalau PAS kongsi kuasa tak terbayang kita, semua kena diputar menjadi 360 darjah. Ada yang kena tutup mata (PAS) dan ada yang kena tutup kepala (UMNO).

Apa dalam pemikiran TG Hj. Hadi menjadi tanda tanya. Gaya semutar TG Nik Aziz tak jauh beza dengan sorban TG Hj. Hadi, tapi dalam bab ini memang mereka tak berlaga angin. Sebelum sempat TG Hj. Hadi duduk semeja dengan geng UMNO, TG Hj. Hadi kena duduk sekopi dulu selesaikan dengan TG Nik Aziz. Satu kerja la pulak. Apa yang sebenarnya TG Hadi nampak yang pemimpin lain tak nampak, pemimpin kena tengok dengan mata helang bukan dengan mata belalang. Di penghujung tulisan ini saya sertakan satu carian laman yang perlu direnung dan fikirkan. Dalam saat sukar dan tika berada dalam tempur siapa yang perlu dipilih menjadi kawan…

ps: nurani saya sering berkata kita sedang berada di ambang perang…

  

 

http://www.threeworldwars.com/world-war-3/ww3.htm – siapa agaknya pemimpin yg berpandangan jauh kehadapan. (yg melihat dgn matahati bukan emosi) Lihat juga laman ini…

http://www.awaitedmahdi.com/economics.html – krisis ekonomi sudah dijangka, malapetaka awal sebelum tiba malapetaka besar. Tanda bagi umat Islam !!!

 

Ambilan entri ini perlu pertanggungjawaban. Bila kaki tangan berkata-kata