Bila Babi Bersin…

Indonesia Swine FluDunia panik, bungkam dan haru biru. Persidangan dunia berlangsung tanpa henti sejak dari semalam. Mereka mencari sesuatu yang mereka tidak tahu. Siaran berita TV terus menayangkan cerita sama secara berulang-ulang memenuhi slot berita perdana. Parti liar dine n swine dibatal serta merta. Semua kena kekal dirumah. Roti dan mee segera dihimpun di ruang dapur semua tak pasti berapa lama mereka harus hidup macam ini. Dunia sudah memasuki tahap 5. Bangunan Aztec yang agam dan piramid Mayan sepi misteri. Mexico negara pertama diserang selsema babi. Manusia mula bertopeng, udara segar dan nyaman semakin kurang memasuki paru-paru. Kerana babi barangkali kita kena hidup berlindung dengan topeng-topeng. Manusia terus marah tanpa sebab dan kini sasaran mereka seterusnya adalah babi. Hanya satu saja kesalahan babi kerana babi bersin! Sejenis virus renek yang diberi nama H1N1 masih menjadi tanda tanya apakah ia benar-benar milik babi.

Bobot berlari mendapatkan Fifi yang sibuk merenung pipinya yang merah. Kaki Bobot basah menempuh lecak yang banyak. Bobot belari-lari lagi dalam lecak tadi semacam menari, dia suka melakukan begitu, sudah menjadi tabiat barangkali. Dia perlu lama dalam lumpur dan lecak. Bobot lelah, nafasnya berdengus menyemburkan titik-titik air lendir. “Engkau pengotorlah Bobot” marah Fifi. “Cubalah baiki perangai haiwanmu itu”. Bobot diam tidak membantah. Sejak khinzir betina itu tiba dari Pusat Jagaan Pemulihan Haiwan keadaan kandang babi berubah. Fifi punya pengaruh yang besar. Fifi cuba mempengaruhi semua babi di kandang itu, agar berkelakuakn baik seperi khinzir tidak seperti babi. Fifi memang muda tetapi kerana baru keluar sebagai graduan Pusat Pemulihan Haiwan dia diberi satus bintang dan diva. Dia merupakan spesis babi klon yang kini digelar khinzir a.k.a babi hibrid. Fifi banyak membawa isu baru yang bukan dalam linkungan babi untuk memikirknya, seperti penukaran nama babi kepada khinzir, status halal dan non-halal, khinzir perlu lebih hygeine dari biasa dan pelbagai isu aneh yang tak digemari golongan babi orthodoks. Mereka semua memulaukan Fifi kecuali Bobot. Kata Fifi jika mereka tidak mahu mendengar kata dan nasihatnya bencana besar akan menimpa spesis babi seluruhnya.

Bobot yang telah lama berdiri terpaku memerhatikan pipi Fifi yang merah, bibir Fifi yang diulit seakan gincu. Rambutnya menjurai ke bawah. Sesuatu yang jarang ada pada babi kelas sepertinya. Betullah dia diva, getus hati Bobot. Dia cuba melafazkan nya dengan penuh ikhlas tapi tidak berdaya. Dia cuma mampu berkelip, hidungnya yang tebal tetap tinggi. Fifi tadi aku nampak lori besar memasuki pintu utama kandang kita”. “Jadi, apa yang engaku ribut Bobot”. “Mesti kita akan dipindahkan atau mesti akan ada pemilihan baru masuk ke Pusat Pemulihan Haiwan”. “Tak mungkin, aku adalah calon terakhirla Bobot”.  “Habis kenapa tiga, empat lori masuk ke kandang kita”. “Mana aku tahu, engkau tanyalah uncle Joni”. Bobot keliru tapi masih teruja, dia berbunyi babi “onk -onk” cuba menarik perhatian Fifi namun Fifi tidak mengendahkan. Bobot kecewa.

Sejak dua tiga hari ada perkara pelik yang berlaku, tidak seperti biasa mereka dipaksa mandi hampir 3 kali sehari. Mereka semua tidak selesa, ada yang demam-demam. Petang kelmarin manusia bertopeng masuk menyembur ubat kelat yang menyakitkan mata. Sudahlah hidung babi berair kini mata mereka merah-merah berair. Bobot fikir ini mseti ada konspirasi. Tahun dulu dia sudah mengkhabarkan pada uncle Joni dek kerana nyamuk mereka di kuarantin makanan dicatu tidak diberi sebanyak dulu. Kata mereka penyakit ciku-nyonya dari mereka setelah dibuat bantahan maka jelas penyakit cikungkungya itu dari nyamuk. Semuanya mahu di bebankan pada babi. Macam lah kami ini spesis hina. Ini semua satu konspirasi. Pak cik Bobot dan jirannya sudah dibawa pergi, ketika mereka nyenyak tidur di rimbunan pelepah kelapa kering. Bobot saja yang percaya ramalan Fifi bahawa sidikit masa lagi spesis babi akan dilanda musibah. Tapi dia hanya mampu memendam rasa bimbang Uncle Joni marah – katanya aku mudah terpengaruh dengan Fifi si diva.

Uncle Joni mengumpulkan seluruh babi orthodoks, dia merupakan babi yang paling lama hidup di situ. Dia masih ragu kenapa manusia bertopeng dan berbaju putih plastik mundar mandir sejak dari aewal pagi. Dia cuba mendapatkan tauke Lim, dia biasa berdiri di kaki tauke Lim dan tauke Lim akan menepuk-nepuk punggungnya yang busuk tanda bertenang. Tapi tauke Lim sudah tidak kelihatan sebab semua sudah bertopeng. Sudah ramai berkumpul di perkarangan ruang legar tempat teduh uncle Joni. Masing-masing berbunyi – bising dan bingit. Berhimpit-himpit. Tanpa sedar semakin banyak babi berhimpun di situ, semua babi dari segala seksyen diarak masuk ke ruang legar itu. Uncle Joni cuba mengawal suasana, di arak ke kiri dan ke kanan terhangguk hangguk sehingga menjijih air liurnya. Kelihatan Bobot menyondol punggung babi tua, Fifi juga kelihatan pipinya yang merah sudah kusam bibirnya pucat lesi.

Tiba-tiba lampu terang menyuluh, jelas kelihatan manusia bertopeng masuk dengan shot gun. Dua tiga orang mengacu ke arah kepala babi tua dan muda. Fifi terkejut dan sudah menjangka massacrae ini akan terjadi, mata uncle Joni buntang seolah-olah menyesal tidak mengendahkan amaran Fifi yang lebih terpelajar darinya dia hanya mampu berkata – inilah penghapusan etnik babi dan akhirnya tepat jangkaan Bobot – holocoust babi sudah bermula.

Non-fiksyen

Teringat kisah filem Mission Impossible 3, agent khas Ethan Hunt bergelut dengan penjenayah kelas 1 antarabangsa yang mahu memperdagangkan virus berbahaya. Pernah dulu ada kisah filem ‘ebola’ juga seputar karya ini satu agensi rahsia yang mencipta mutasi dan evolusi virus bertujuan melumpuhkan dunia. Apakah ia benar-benar realiti?

klik sini: http://www.indonesiamatters.com/4991/h1n1-swine-flu/

klik sini http://www.cuttingedge.org/news/n1481.cfm  [sebuah pendedahan cuma jangan di ambil nasihat akhir kaum gereja ini ambil faktanya saja – tolong celik iman sikit]

In loving Memory Fifi In living memory Fifi. Shot dead before this story manage to be published.

Nama dan watak dalam cerpen ini tidak ada bersangkutan dengan yang hidup mahupun yang sudah mati. Nama Fifi, Bobot dan Joni hanyalah rekaan cereka dan nama itu bukanlah nama baik bagi seorang muslim – sebaik-baik nama adalah nama dari ambilan nama-nama Allah, para Rasul dan sahabat.

Cerpen yang dibikin ini sedang dibaikpulih untuk dihantar ke suratkhabar nyamuk atau berita bacaan manusia di luar sana.

Peringatan: Ambilan cuplikan dengan niat plagiat boleh menjadi satu kesalahan dan akan diminta pertanggungjawaban. Ambilan dengan izin lebih berkah – ilmu itu lebih memberi manfaat dan kesan di hati. e-mel : nuranimaarif@gmail.com kita boleh menjadi rakan bicara dalam memperbaiki diri. KalamNurani.