AYAT-AYAT CINTA

Dock

Kalau boleh aku khabarkan, betapa indahnya damai yang bersumber dari as Salam. Jika engkau boleh rasa betapa kasih-sayang Tuhan itu terluah dan terlimpah mengalir dari bait kata ar Rahim, engkau pasti akan terkasima. Terpaku melihat ini semua tersusun dengan bahasa lagu yang tak terungkap. Ketika engkau menatap langit, ketika engkau mendengar merdu deru angin, semuanya berbahasa. Bahawa Dia di balik sana, pengatur setiap sesuatu. Betapa tenang melihat kawanan burung terbang pulang di waktu senja, dihujung langit biru. Betapa syahdu itu terpamit di balik langit, ketika bintang-bintang jauh┬áberkelip seni. Hanya hati yang ada rasa bahawa itu semua tanda – ayat- ayat cita dari Maha Pencipta.

Sungguh kita sudah hilang rasa, tidak peka. Dia menjadikan semua sebagai tanda – ayatulLah. Ayat-ayat cinta dari Dia. Bagi mereka para perindu bagi mereka para pencita; yang menanti penuh sabar. Moga terlimpah dan terpenuh qalbu dengan mabuk cinta dan rindu. Nanti engkau akan tahu bahawa cinta kita yang pernah kita curahkan untuk wanita, harta, pangkat dan takhta hanyalah candu bikinan iblis bertanduk pendek. Aku turut mereka bagai sibuta yang meraba dalam kelam dan gelap. Sungguhpun disana ada cahaya engkau masih mahu berpaling. Wahai diri cukuplah sampai di sini, engkau terus menagih simpati cinta palsu. Ayuh! Mari kita terbang menuju Dia, tenggelam dalam┬árindu dan cinta sesudah engaku pasti di sana adalah ayat-ayat cinta …

Percayalah setiap ayat-ayat cinta yang kita lafazkan akan mengirim getaran tanpa kita sedar. Bayangkan jika getaran itu dituju untuk memenuhi nafsu serakah yang rendah. Jauh bezanya jika getaran itu dituju pada si Dia – Allah yang menunggu kerana Dia mahu membalas kata cinta dan getaran itu dengan balasan cinta yang lebih hebat…

Advertisements