REST IN PEACE : al Fatihah…

Malaysia Obit Yasmin

 

Sudah saya katakan hidup ini hanya sementara. Tidak kekal lama, sampai waktu pergi jua. Hidup adalah satu perjalanan sampai masa kita akan berhenti menjadi manusia.

” Maha Suci (Allah) yang ditanganNya segala kerajaan. dan Dia terhadap sesuatu adalah al Qadir (Berkuasa). Yang menciptakan mati dan hidup, agar menguji kamu siapa diantara kamu yang baik amalannya…” [al Mulk: 1-2]. Kita punya misi dalam hidup, iaitu berbuat yang TERBAIK diantara dua sempadan hidup-mati. Pasti yang diantara itu akan diperhitungkan.

51 tahun itulah angka umur Allahyarham Yasmin Ahmad. Satu tempoh yang sudah diperkirakan. Kita semua ada baki umur sendiri- modal kehidupan. Tidak ada yang bisa menangguh dan mempercepatkan walau sesaat melainkan Dia empunya umur manusia. Ada yang kata terlalu awal bagi arwah untuk Yasmin pergi, terasa kehilangan; ada yang kata dia belum sedia untuk mati namun itu kata kita. Moment sebenar hidup dan mati adalah urusanNya. Lama atau sekejap relatif sifatnya, jika banyak jasa, amal dan bakti yang ditabur maka pasti akan dikenang. Dia pasti akan terus hidup di hati sanubari. Akan disebut kebaikannya, akan harum sentiasa. Arwah Yasmin punya kelas tersendiri, dia tetap dihitung sebagai orang yang baik budi.

Namanya sudah selebriti, pasti tidak akan sunyi dari kata mahupun nista. Sama ada dibalik cuping atau di khalayak dia tetap akan diperkata. Itulah harga yang perlu dibayar oleh seorang selebriti. Ia sudah menjadi rahsia umum. Semua ada sisi gelap sama ada yang menulis artikel ini mahupun yang membaca, hanya Dia, kamu dan segala makhluk yang ditugas untuk mencatat dan memerhati – maka sisi gelap kita akan diperhitungkan. Disatu hari dimana keadilan itu akan ditegak, dan kaki itu tidak akan berganjak. Justeru, semua bicara nista perlu dihentikan. Jangan kita menambah dosa. Menabur hina. Segala curiga wajar dikebumikan bersama jasad arwah Yasmin.  Ia bukan untuk dijaja, dibongkar mahupun dititip orang, ia adalah kenangan silam yang kelam. Akan terhapus dengan taubat, sesal dan tangisan. Berhenti disatu noktah yang bertepi.

Sudah ramai bintang yang datang dan seramai itu jugalah yang pergi; dan ada bintang yang terbit pagi, belum sempat ia bersinar terang gemerlapannya hilang.  Bak bintang kejora, yang hadirnya hanya sementara. Allahyarham adalah diantara bintang yang hilang dalam persada dunia seni. Jika anda berada di posisi ini- dialam seni maka anda akan merasainya. Dunia kita dan mereka tidak pernah sama. Tidak akan bertemu dan tidak akan difahami. Umpama alam ikan dan burung. Berkelip bintang seni, dari apa  kau jadi, jauh tinggi di awan, tak tercapai jangkauan tangan. Kata seorang insan tua yang sering menyanyikan lagu P Ramlee, barangkali boleh nama Yasmin ini ditekan dalam simen batu  ‘walk of fame’ Malaywood. 

Saya melihat kerja Yasmin dalam Rabun persis karya Terrance Malick dalam New World. Hening dan sunyi, namun tetap ada makna. Arwah Yasmin sering mahukan  kelainan. Mesej yang tegar dan segar. Menongkah arus. Menjadi pertikaian akademik dan ilmuan shariah. Bicara, debat, marah  dan kecewa itulah nada semua yang prihatin dengan agama – ironisnya arwah Yasmin juga katanya membela agama. Ketika orang menghambur kata keras dia tetap dia disitu tidak mahu mengubah malah menambah. Identitinya menjadi bicara namun biarlah berahsia, biarkan dia pergi di alam sana kekal mencari damai yang dicari – rest in peace…

p/s: Tulisan ini juga diabadikan untuk teman seperjuangan, kakak dan mother Theresa in the making – aktivis ABIM- Kakak Bibi Hafila kembali ke rahmatulLah pada 30 Julai 2009. 2.45 am. al Fatihah…

SEHANGAT LILIN

BlogLilin dan aksi angguk-angguk, jadi bahan kecam orang politik. Isu orang hidup sama hangatnya macam isu orang mati. Yang mati tetap pergi, yang hidup berbalah tak henti-henti.

Inilah padah bila agamawan jadi politikus dan politikus jadi agamawan. Percayalah, rakyat jadi pecah dua keliru dan haru-biru. Boleh ke tak boleh? Adat ke upacara agama? di mana kita harus berdiri? Isu toleransi atau isu asasi? Ada rukhsah ke? Atau memang tak apa? Macam mana gaduh pun masyarakat perlukan jawapan tuntas, baik muslim atau non-muslim. Islam agama yang paling jelas tidak ada keraguan padanya.

Cakap-cakap lilin dan angguk ini dah masuk kedai kopitiam. Orang yang memang ‘Merah’ sifatnya pertikai Tok Guru, “…nak konar-konar pulak. Nak bela Islam ke nak bela parti”. “Mana sama lilin orang mati dengan lilin hari jadi”. Kedai kopitiam memang sunyi tak serupa macam kedai mamak. Maka cakap mamat selimpang keris tadi sampai ke meja hujung saya curi dengar.

211260oyj7maiacwHari tu, masa makan pisang sebelum solat Jumaat dua tiga orang kopiah cap hijau cakap perkara sama tapi isi berbeza. “Perkara kecil ini diperbesaqkan, hukum Islam konon; depa tu hukum haq yang besaq tak cara pun…”. ” Nuh! Hukum Allah pi langga’ tak rasa berdosa…”. Saya ambil pisang sebiji lagi, sambil angguk tanda sedap.

Lepas baca berita kembar Mawi ada gambar bogel vesi super-impose, saya baca berita sebelah menyebelah Tok Guru dipadan lawankan dengan Mufti Datuk Harsusani. Berita diadun dengan penuh sensasi, ini lawan pasti ‘haveywhieight’  punya. Rasanya tak patut ditembungkan kedua tokoh jernih ini, main api nanti terbakar nanti.

 

 

 Saya perhati gambar YB Nizar pegang lilin. Lilin yang dipegang tak menerangkan ruang pun pasal ia dinyala di siang hari, cuma simbol barangkali akan terus hidup. Dia berdiri depan meja bukan depan keranda ‘ma’. Terlihat gambar YB Anwar mampir dekat dengan mayat mendiang, tanda hormat dan simpati. Angguk! super impose kot?

nizargila1

 

Api lilin atas kek di home-parti harijadi anak ahli korporat urban metropolitan dihembus 17 batang kesemuanya, bersembur air liur atas kek ising coklat bertulis ‘sweet seventeen’; sambil disulam tepuk tangan dan lagu ‘Happy birthday to you’. Siap-siap kamu semua aksi tiup lilin akan difatwakan sedikit masa lagi.

 No matter what, isu lilin dan aksi angguk perlu diselesaikan segera sebelum ustaz despatch, mat Rempit , minah opis bincang dengan lebih detail lagi isu ini dalam forum terbuka disudut pantri, menambah keruh dan keliru. Hentikan cakap-cakap agama yang menimbulkan kekeliruan, tak kira dari sisi mana. Pelihara agama seperti pelihara maruah diri. Jangan aibkan jangan keruhkan perkara yang jernih, yang rugi kita umat Islam. Demi agama, put a full stop…[.]