BIDAAH DIHARI RAYA BALA DI JALAN RAYA

mautSedih bila membaca berita kemalangan menjelang hari raya. Takut pun ada. Setiap tahun pasti akan ada kemalangan ngeri yang meragut banyak nyawa – bukan seorang dua, bukan berbelas bahkan berpuluh yang menjadi mayat di Hari Raya (34 orang sehingga 23/9).  Semalam (ketika artikel ini mula ditulis) yang meninggal, mati dalam keadaan ngeri mayat 4 beranak rentung dimamah api-ketika saat ajal tiba mereka sempat melambai meminta tolong. Di lokasi lain mangsa mati tanpa kepala. Beginilah kita merayakan Eidulfitri kena ada kempen jalan raya ‘ops sikap’ yang dah bertukar menjadi ‘Flops Sikap’.

Apa lagi yang harus dilakukan, kempen sudah, henti minum kopi free dah buat, speed trap dah tak trap lagi, kajian demi kajian dibuat strategi baru dirangka strategi dulu dah buntu-yang mati tetap juga mati. Sedih dan pilu di Hari Raya – mana taknya menjadi piatu sekelip mata. Maka Hari Raya disambut sepi tanpa ibu & ayah, anak yang tersayang hilang tak pulang sukar untuk dibayangkan. Baju raya dah beli tapi empunya baju dah tiada. Tulisan ini seakan mahu menjawab persoalan dimana silapnya semua ini.

Pernah dalam satu siri kuliah Ramadhan di radio IKIM seorang ustaz mengutarakan isu ini; dan dihujung perbincangannya beliau membuat kesimpulan menarik. Hari Raya yang disambut oleh masyarakat Melayu sebenarnya sudah tersasar jauh – ia tidak lagi menurut landasan agama. Maka Allah hadirkan peringatan dalam bentuk bala’ kemalangan. Benarkah kemalangan di Hari Raya BALA’ dari Allah –  ayuh mari kita perhalusi.

Ketika itulah nurani saya terdetik dan ada dorongan kuat mengatakan khulasah Ustaz itu tepat. Memang sukar orang kita nak percaya hal takdir-bala’ sebagai penyebab. Orang kita selesa dengan hujah  logic dan rasional. Ya, itu perlu tidak dinafikan tetapi mengapa harus diketepikan saranan lain seperti ingatan dan hukuman dari Allah aka BALA’. Apakah hujah agama ini tidak ada asas, kolot dan diluar konteks. Kita orang beriman perlu melihat dari kacamata itu, harus sensitif dengan Allah.

 Bala’ adalah hukuman dari Allah dan juga bertindak sebagai peringatan buat mereka yang lupa. Dalam sejarah nubuat bala’ memang ada, dalam al Quran Allah menyebut yang maksudnya, “…berjalanlah kamu dimuka bumi dan perhatikan akibat orang yang mendustakan Allah..” Itulah dalilnya. Bala’ memang benar-benar ada. Ia bukan satu kebetulan ia dalam perkiraan Allah. Sifirnya begini ketika kita langgar hukum Allah, mengubah hukum Allah, mengabaikan perintah Allah, maka Allah selaku pemilik dan penjadi sesuatu berhak mencampuri urusanNya. Justeru dihadirkan peringatan buat yang lupa dalam masa yang sama hukuman buat mereka yang ingkar. Bala’ adalah bencana yang sukar dihindar, petaka yang diluar jangka.

Saya selongkar punca bala’ boleh diturunkan, menyingkap ibadah Ramadhan orang Melayu kita. Syariat agama yang sudah bertukar menjadi budaya. Puasa tapi tak solat. Puasa tapi tak tutup aurat. Berbuka ikut nafsu bukan ikut nabi berlebih-lebih dan membazir. Di hotel kita makan sekehendak perut awalny saj aikut sunnah nabi seterusnya ikut sunnah Yahudi lepas kuih bubur, lepas bubur pasembur, lepas pasembur sup, lepas sup satay, lepas satay nasi dengan lauk penuh pinggan air 3 jenis tak termasuk cendol semuanya tak habis. Maghrib entah kemana hotel yang kaya, hotel tak ambil peduli soal solat mereka yang berbuka. Anak Yatim dihimpun dan diarak dihibur dengan lagu dan joget artis yang katanya sopan tapi jadi teladan kurang sopan. Budak yang jernih hati jadi kelabu asap dengan lagu dan maksiat. Majlis berbuka tidak lagi jadi ibadah tapi sudah penuh dengan pesta nafsu yang melalaikan. Semakin jauh kita dari Allah.

Dipertengahan Ramadhan surau masjid dah mula lengang. Solat tarawikh dah tak dihirau sedang di zaman nabi sahabat mula mengejar pahala menambah rakaat, tekun dalam ibadat dari 8 menjadi 20. Semakin penghujung Ramadhan semakin malas beribadah seolah kita bergembira berakhirnya Ramadhan. Makin 10 akhir makin galak orang membeli belah tambah kuih dan baju raya. Jalan Tunku Abd Rahman penuh sesak bukan orang Cina bukan orang India tapi orang kita, anak-anak diheret sama tak mengenal lagi kehebatan 10 malam akhir. Hari Raya lebih utama dari lailatul Qadar yang istimewa. Puasa tak sehebat mana Hari Raya confirm masuk syurga.

Eidulfitri adalah urusan agama perintah dan anjuran dari Allah. Sepatunya dirai hanya sehari bukan sebulan (berdasarkan takbir Raya yang tamat setelah solat hari Raya). Hari Raya disebut nabi sebagai hari kemenangan dalam mujahadah nafsu bukan hari membesarkan nafsu. Lihat saja bidaah di Hari Raya nyanyian, joget, baju anak gadis remaja yang berkebaya ketat dan kadang-kadang polos, dengan gelak dan ketawa sedang mereka ini ada yang tak berpuasa-aurat jangan cerita tubuh mereka menjadi santapan lelaki jalang yang bermata keranjang. Bersalam-salam dengan bukan muhrim selamba tanpa rasa berdosa. Memang nabi ada membenarkan ziarahdan hiburan tapi sekadar sahaja itupun nyanyian budak suruhan yang membesarkan agama bukan lagu joget dan pop. Kita menambah dosa di Hari Raya. Kita melupakan Allah di Hari Raya.

Siaran TV langsung tidak membesarkan jiwa agama-pesta lagu Raya diulang-ulang sampai naik kematu telinga mendengarnya. Raya sakan Raya ‘giler’- dah lah lagu raya mula disiar dipertengahan puasa. Sungguh tak beradab dan mencemar hati orang yang tawaduk dengan Allah, orang kubur menangis Ramadhan pergi orang dunia bergembira Ramadhan berlalu. Tidak ada siapa yang peduli tentang puasa yang menepati hakikat agama tidak ada yang peduli Raya yang menepati hakikat agama-sejalan dengan kehendak Allah. Sungguh Hari Raya kita tidak diredhai Allah. Lebih banyak maksiat dari ibadat. Bidaah agama di Hari Raya maka Allah datang Bala’ di jalan Raya. Fikir-fikirkan…

Advertisements
This entry was posted in Artikel.

2 comments on “BIDAAH DIHARI RAYA BALA DI JALAN RAYA

  1. Bibi berkata:

    Assalamualaikum Tuan Khalid,

    Memang tepat mengapa berlakunya kemalangan sejak akhir-akhir ini terutamanya ketika Aidilfitri umat Islam, tidak dinafikan ianya ‘BALA’ untuk umat yang lupa pada Yang Maha Esa. Allah Maha Besar!

    *Tahniah sudah berjaya bergelar penulis. Mohon pautan ke blog Inspirasi Insan.

    • kalamnurani berkata:

      Terima kasih atas respon. Dengan izin dan besar hati. Penulis – masih menanti sesuatu yang luarbiasa dari diri seperti menulis novel cinta-Islami & misteri…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s