MENULIS BUKU DAJJAL

MEMBONGKAR MISTERI DAJJALx 250

Pada penghujung April siaplah karya Misteri Dajjal yang saya tulis dan bermulalah kembara saya mencari penerbit yang sudi dan sesuai. Tidak mudah seperti yang dijangka, kerana manuskirp awal tidak seindah buku yang anda lihat sekarang; dengan tema Dajjal, misteri dan ada kandungan berunsur mitos pasti akan ada penerbit yang skeptik. Itulah dugaan dalam mencari penerbit yang sudi dan bersedia mencetak buku saya.

Pada masa itu saya nobody, tidak ada nama (sekarang pun bukannya popular). Turun naiklah saya mencari penerbit dari satu syarikat ke satu syarikat penerbitan- menghantarnya dan menunggu dengan penuh debar, menunggu jawapan yang tak pasti. Itu adalah mehnah baru setelah 5 tahun bergelut dengan dunia penulisan yang tak menentu. Rendah diri dan malu pun ada, dalam hati sanubari ini sering tergetus, “Ada ke orang nak terbit buku aku nih?”. Maka, sebab itu membawa manuskirp dari satu penerbit ke satu penerbit seumpama pengalaman si penganggur memohon kerja. Menunggu reaksi penerbit dan setia menunggu, “Halo, amcam tuan ada perkembangan baru ke?”. “Ok, saya dah tengok, tapi…”. “Aah, kantoi-lah jawabnya..” kata naluri ku cuma bersedia untuk next move.

Walaupun ‘senak’ menempuh saat sukar ini saya tetap optimis. Memang ada syarikat penerbitan yang bagus bertaraf 5 bintang bersedia menimbang manuskrip saya tapi masa adalah segala-galanya. Saya tidak boleh menunggu. Nak dijadikan cerita saya hadir pada saat yang kurang tepat, ketika ekonomi dunia dikatakan gawat (ketika dunia dilanda masalah ekonomi berpunca di Amerika dengan masalah sub-primanya), makanya manuskirp saya sering diperap dan di ‘Q’-kan. Namun jauh di sudut hati ada suara yang mengatakan ‘buku engkau ini boleh hit punya’, berbekalkan rasa itu saya tidak berhenti.

Cuma dengan Hijjaz Records Publishing (HRP) barangkali nak jodoh saya. Ketika puas merisik segala penerbit terpandang buku terbitan HRP dengan cover menarik serta promosi sering keluar dalam Harakah – “boleh tahan” kata saya. Maka saya make a phone call, “Halo, dengan siapa saya boleh cerita pasal penerbitan buku”. “Kena bercakap dengan Abai”. “Siapa pulak Abai nih”. Ketika melangkah masuk office Hijjaz yang front-look-nya lebih pada studio rakaman dari penerbitan saya musykil. “Betul ke nih, aku nak tulis buku bukan nak buat lagu..” “Boleh jumpa Abai?”. Rupanya Faizal salah seorang penasyid Hijjaz. Sebaya, segak dan bijak.

Salam saya disambut, senyum dia bak artis pastinya. Bila dia meneliti manuskrip ‘Membongkar Rahsia Dajjal’ (tajuk asal) reaksi pertama, “BUKU INILAH KITA CARI!!!”. Aku terkejut dan dia terkejut yang aku terkejut. Sama-sama terkejut. “Baca bagi habis dulu tuan Abai “. “Eh, sheikh ana lama nak cari penulis tentang Dajjal nih..”. “Oo macam tu, langkah kananlah saya”. “Kira jadik..” kata dia selamba. Dia menghulurkan salam persetujuan dan saya sambut tanda terima.

Selepas 6 bulan pertemuan dengan Mr. Abai aka Faizal, buku ‘Membongkar Misteri Dajjal’ habis dijual 3,000 naskah semuanya (tinggal nak collect payment jer). Kini sudah masuk cetakan ke-2. Harapan untuk cetakan ke-3 dan keseterusnya tetap ada, sebab promosi belum all out HRP masih baru dalam persada penerbitan tak sampai 3 tahun. Namun HRP sudah ada jenama, ketika Pesta Buku di PWTC buku Mardihah laku macam goreng pisang panas sekaligus melonjakkan nama HRP dalam dunia buku.

Setelah bergelar penulis. Ramai yang bertanya buku saya seterusnya : 2012. Saya tak mahu bercerita di sini saya sedang menghimupun ‘surprise’ untuk dimuatkan dalam entri saya akan datang.Tunggu…

Published by kalamnurani

I am nobody, but not an ordinary man. Origin, far from beyond - from the Kingdom of Realm name after the purifying heart. Deep and crystal clean. Still hoping that the kingdom that I belong will be illuminated by His light that is the - an Nur. Sharing is my interest, subjects and topics that is remote from daily discussion yet significance. The more you give the more you will receive. The Age of Fitan is my central subject - the comings, the dangers, the prophecies, will be discussed openly without fear or favor. Only Allah is my best protection. I am strongly believed that the end of our journey is the beginning of our life. So seek the truth before it is too late. I always keep in my mind that the more you look the more you will see, the more you see the more we will understand. From that point I suggest, open your mind and crystal your heart, be prepared to listen to your NURANI. [Saya percaya terdapat beberapa kesalahan penggunaan istilah dan tatabahasa kerana saya masih mencuba mengguna bahasa kedua ini. Saya mengalu-alukan segala usaha pembetulan dengan nasihat ini; Sila semak Bahasa Melayu anda, sebelum sempat membetulkan Bahasa Inggeris saya. Bahasa Jiwa Bangsa. Terima kasih.]

6 thoughts on “MENULIS BUKU DAJJAL

  1. lepas ni bolehlah belajar menulis dengan enta nih..kawan pun sedang menyiapkan novel ni…entah bila nak siap pun tak tau asyik tertangguh2.ilham selalu datang tapi nak mula menyambung kerja opis bertimbun….

  2. Saya dulu mula menulis pasal galak berkawan dengan penulis, namanya Hj Mohtktar Stork. Penulis buku Hadeeth 40 versi Inggeris terbitan Cardevish. Dia seorang Inggeris Muslim. Ketika membaca manuskirp saya dia memberi komen ringkas yang mengujakan; “Your book can sell…” Sejak dari itu saya tidak menoleh ke belakang lagi. Dorongan dan pujian kawan penting. Ia menjadikan kita berani mencuba. Selain buku 2012 saya juga dalam rangka menulis novel adventurous ala Da Vincci Code dgn tema Islami. Boleh saja kita compare-note mana tahu novel anta meletup!

  3. Alhamdulillah akhirnya saya berjaya memiliki senaskhah buku ini…

    Ternyata apa yg saya baca dan ketahui sangat padan dgn fakta2 dlm buku ini..Tahniah kepada penulis!!

    Buku2 yg saya baca mengenai watak2 makhluk misteri dlm buku Andrew Tomas, Raymond Drake, Erich Daniken tersangat padan lah dengan Dajjal Laknatullah…Oanness,Quetzacoatl,Virachoca semuanya fit dgn watak Dajjal ini..

    Orng2 Mesir Purba ada mnyebut mengenai ‘Land Of The Dead’ di belah Barat Mesir…Virochoca Amerika Selatan pula berasal dari belah Timur..kedua2nya fit dgn lokasi Segitiga Bermuda, office Dajjal?

    Teruskan usaha penulis dgn buku baru 2012!! Jazakallah

    1. Terima kasih, atas sokongan. Saya di Utara ketika membaca komen saudara. Baru boleh fokus dengan site. Demikianlah saya diawal pencarian mencari makna disebalik semua ini. Insha Allah berkat doa semua 2012 on the way…

  4. persoalan piramid menarik untuk diperbincangkan..seluruh pelusuk bumi mesti ada piramid: Mesir,Mexico,Jepun,China,Mississippi dan Illinois,Peru, Sudan,Jawa….

    adakah ini bermakna Dajjal telah mengembara seluruh dunia dan mengajar ilmu membina piramid? ada yg mngatakan piramid Giza itu ialah power plant…wallahualam

    bagaimana pula dengan kota misteri Shambhala di Tibet?… mungkinkah Dajjal pernah berkunjung ke sana?

    topik 2012 pula..
    Nabi menyebut hari kiamat akan jatuh pd hari Jumaat..

    tarikh 21 Disember 2012 seperti yg diramal kalendar Mayan jatuh pada hari Jumaat..nmpk mcm coincidence plak…

    tapi yg penting Allah menyebut kiamat akan muncul secara tiba2…ramal mcm mana pun tetap kiamat akan tetiba muncul…wallahualam..

    sy ingin nak tau apa topik encik yg dibincngkan dlm buku 2012 tu ek..teringin sngt nak tau…

    -peminat tegar misteri2 dunia-

    1. Dalam Hadis nabi menyebut Dajjal akan mengembara setiap inci bumi kecuali Makkah & Madinah. Ada pendapat mengatakan Dajjal mengembara bumi setelah dia muncul ke dunia. Saya titip pendapat Muhd Isa Dawud -Dajjal telah lama mengembara kerana dia dipanjangkan usianya. Bumi mana yang tidak dipijak Dajjal – Prof Hapggod pernah mengatakan dulu pernah ada seorang individu yang belayar disetiap benua dunia dia digelar Ancient Sea Kings.

      Dlm tulisan saya menemukakan teori dimana jika ada ciri yang sama pada peniggalan site misteri purba maka logiknya pasti ada ind yg sama. Kuat pada saya teori ini benar. Ketika saya melawat pulau Samaosa & Amborasa di Lake Toba, turut ada ciri yang sama. Inskripsi aneh tetapi intinya sama.

      Saya berusaha mencari ciri lain, tetapi kesuntukan masa. Rasanya kena ada kompilasi lain. Robert Lomas pernah memperincikan ciri-ciri site misteri purba di Pulau Ester. Maurice Cotterell pun rasa benda yang sama, buku dia yg baru mengandungi fakta ini.

      21 Dis 2012 bukan tarikh kiamat. Petaka yg digambarkan hanya satu pendapat sahaja. Sebenarnya pada tarikh itu berlaku jajaran galakatik yg terjadi setiap 26,000 tahun. Impak fenomena ini tidak diketahui, andaian mengatakan akan berlaku ketidakseimabgan magnetik filed & gelombang solar. itu jangkaan paling tepat.

      Buku 2012 adalah perincian fakta ini – Mayan, Hoppi, I Ching & Nostradamus. Hadis kedatangan Imam Mahdi, siapa Imam Mahdi & fakta Lain tg Imam Mahdi. Lain – fakta Amargeddon & WWIII. Barangkali ada surpirse lain, tunggu saja.

Tinggalkan Jawapan kepada Syed Asriq Batal balasan