MUSIM PARTI BERBALAH

tok_guru_nik_aziz

Kalau boleh saya tidak mahu lagi menulis hal-hal politik. Saya kena fokus dengan tema tulisan saya. Namun didesak kawan yang asyik duduk berbincang benda yang sama berulang-ulang. Ubah topik pun ‘landing’ ke topik yang sama – Tuan Guru Nik Aziz (TG) & EGM-nya.

Antara buah kata yang lazim ketika membahas isu ini, “Tak patut TG Nik Aziz keluar statetment macam tu – tambah pecah ada – Dah mula orang hilang respect dengan TG – Dah sampai masa TG Nik Aziz berundur – Ada orang cucuk TG – TG Nik Aziz menyebelahi geng liberal – PAS yang kuat dan jadi lemah” dan seterusnya. Saya faham kenapa begitu sekali concern orang kita dengan PAS, PAS parti Melayu ke-2 terbesar dan barang diingat PAS adalah parti Islam TERBESAR di Malaysia. Itu pasti. Maka, pecah 2 bukan solusi terbaik. Moga tidak jadi sperti PLO – pecah dua jadi HAMAS dan Fatah.

Malas rasanya nak buat ulasan, nak memandai-mandai (tapi dah terlajak borak). Ini musim parti besar berbalah – itu aje komen saya bila ditanya. UMNO pun pecah juga ribut-ribut cuma sekarang dah reda – esok lusa belum tentu, MIC sampai sekarang tak reda-reda, MCA macam dah ok tapi masih ada kata nista di belakang. Cuma MCA menunjukkan kematangan dalam politik. PKR baru tadi nampak pecah bermula di Sabah. Bottom line, krisis memang ada dalam politik semua disebabkan kuasa ( cuma dalam UMNO ada satu lagi faktor fulus yang banyak ).

Bagi yang matang menilai ini perkara biasa dan boleh jadi luarbiasa, bergantung sisi mana yang kita lihat – ia amat bergantung pada persepsi. Ini adalah cabaran. Cabaran menerajui parti Melayu-Islam. Rencam dan renyah. Ia menguji kredibiliti kepimpinan bagaimana mereka harus tangani. Barangkali benar ini satu proses pemutihan atau pembersihan, atau proses muhasabah prinsip perjuangan. Mana yang perlu didahulukan parti, kawan atau prinsip perjuangan. PAS tetap saya sokong kerana tanpa ragu tetap teguh pegang perjuangkan al Quran dan Sunnah, mengangkat martabat ulama ‘at par’  dengan  umara’ bahkan lebih tinggi. Jika itu dikesampingkan atau jatuh no.2 maka, jangankan saya orang lain akan turut cemuh dan tawar hati. Kekuatan PAS pada prinsip perjuangan – menjunjung tinggi Islam.

Taktikal dan strategi jatuh no. 2 dan 3. Sebab kemenangan adalah milik Allah. Ia hanya ‘asbab’ bagi sebuah kemenangan. Allah boleh bagi kemenangan dengan pelbagai cara – tidak semestinya pandai strategi, kawan dengan orang hi-profile, kawan dengan orang banyak duit. ‘Politik jaga hati’ adalah politik murahan yang berbahaya. Politik hanyalah front page sebuah perjuangan inner page adalah prinsip. Front page boleh berubah boleh datang dan pergi. Jangan takut hilang kawan dalam perjuangan, jangan takut hilang jawatan – bukankah nabi pernah menghadapi krisis demi krisis, dalaman dan luaran antaranya; bila ditawarkan semua habuan dan jawapan nabi jika matahari diletakkan di sebelah kanan ku dan bulan diletakkan di sebelah kiri ku, nabi tidak akan mengubah prinsip perjuangan – tidak ada kompromi dengan prinsip. 

Barangkali analogi itu tidak menyangkut soal isu perbalahan ini.

Siapa musuh, siapa kawan. Inilah isu di balik tribulasi Pakatan. PAS berada dalam dilemma ini. TG Nik Aziz melihat UMNO adalah musuh, maka tim yang dikatakan pro Perpaduan melihat lebih jauh dari itu. Maka hadis orang mukmin tidak akan dipatuk ular dalam lubang yang sama diguna untuk UMNO sementara tim yang satu lagi guna untuk musuh yang lebih besar – barangkali, itulah telahan saya. Musuh Islam banyak yang jelas disebut dalam al Quran Yahudi dan Nasrani, kerana mereka tidak akan duduk diam sehingga kita menurut jejak langkah mereka. UMNO masuk kategori mana? Yang harus diperangi UMNO bukan ‘batang tubuh’ UMNO tetapi fahamannya. Budaya UMNO menyebabkan ia menganut faham material melampau. Obses dengan politik wang dan kuasa. Tetapi bagi entiti yang dibayangi Yahudi dan Nasrani yang sukar dicerakinkan DNA-nya, sukar nak ditelah bahayanya – maka lebih baik berwaspada dari menyerah segala. Golongan ulama, pendakwah dan pejuang kena faham. Melihat isu ini dari semua sisi. Ini bukan soal memerintah sebuah negara dan negeri tetapi melangsungkan kesinambungan sebuah perjuangan, wallahu’alam [full stop]

Advertisements

2 comments on “MUSIM PARTI BERBALAH

  1. Puan Arina Abbas berkata:

    Setuju dengan pendapat tuan, kita sepatutnya perangi fahaman. Pada pendapat saya, untuk berubah, kita seharusnya mengubah cara fikir. Kenali paradigma dan seterusnya menukar program minda yang lama dan bina yang baru agar pemikiran kita lebih terbuka dan maju, insyaAllah.

    wallahu’alam

  2. abuuwais berkata:

    Salam Bro,,,
    Ana setuju dgn apa yg enta katakan but bg ana org2 Melayu UMNO kena sedar yg perjuangan mereka bukan berlandaskan ISLAM.Mereka perlu meletakkan ISLAM lebih tinggi dari MELAYUnya.Mcm apa yg diperjuangkan oleh PAS.Kalau itu boleh dilakukan oleh UMNO ana jg akan bersama UMNO untuk mempertahankan ISLAM,namun apakan daya UMNO adalah parti tinggalan PENJAJAH di Mesia ini.So mau tak mau PAS perlu berjuang menentang UMNO yg jelas SEKULARnya.Kalah menang bukan persoalan yg penting AQIDAH diperbetulkan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s