MENJADI SEORANG PENULIS PROLIFIK: SAYA SUDAH SIAP

Tanpa menoleh ke belakang, saya maju. Ketika orang lain berhenti mempersoalkan benda yang tak pasti. Aku terus melangkah. Angin terasa menampar ke muka. Aku bagai menongkah angin deras. Namun aku tetap maju. Bermula Januari 2009 aku tekad dan sudah berserah bulat, dengan imijinasi – bagai Leo Tolstoy yang menulis ‘tales’ War and Peace atau seperti Thomas Hardy dengan kisah klasik misteri. Charles Dickens pernah menulis Tale of Two Cities aku berangan lagi, dan aku masih mencari penulis Islam seperti Iqbal yang menulis dengan bahasa tinggi atau seperti Ali Shariati yang mengubah histori alam pemikiran kontemporari. Dalam gambaran imej wajah mereka yang berbalam-balam aku membuat pengisytiharan aku sudah siap menjadi seorang penulis. Dan kini saya sudah berada tanggal 3 January 2009. Bermakna saya sudah bermula – kelmarin.

Disipiln menulis, belum ada. Lazimnya aku tidak tetap menaip atau mengarang cerita. Aku akan mencatat ‘pabila’ ilham datang. Dan menaipnya sejurus berada di depan lap-top. Aku senang begitu buat masa ini. Mungkin siang ilham itu datang, mungkin kesiangan tanpa ilham; barangkali malam ilham tiba dan malam itulah segalanya.

Pada asasnya aku menulis bukan menaip, memindahkan ilham-ilham itu ke dalam buku kecil yang termuat di kocek atas kaus kerjaku. Aku sangka ia lebih menepati citarasa seorang penulis daripada duduk mengadap lap top menanti ilham yang tak kunjung tiba. Menaip hanya bila berada di depan lap-top. Jika segera ilham tiba ketika aku berada di depan lap-top maka itu sudah lumayan.

Aku tidak boleh menunggu lagi. Masanya amat suntuk. Khalayak sedang menuggu-nunggu. Walau mereka tidak bersuara namun nurani ini tetap mendengarnya. Suara itu amat halus dan ada ketikanya mendayu. Suara hati yang bertanya bagaimana? di mana? Kenapa? apakah mungkin? Semua itu perlu dijawab segera. Seumpama menyedia hidangan di restoran kopitiam – tak boleh bertangguh nanti pelanggan marah-marah. Penulis ada ketikanya perlu menjadi pelayan yang santun; dengan tulisan ini moga dahaga itu hilang, selera penuh kembali, tubuh menjadi segar – kepuasan adalah segala-galanya. Barangkali itulah tanda kesempurnaan.

Hayat kita tidak lama, kita perlu mencari jawapan pada setiap persoalan. Atau barangkali kita perlu memberi jawapan pada sesetengah persoalan. Maka aku di sini dan anda di balik sana, aku menulis dan anda membacanya. Tidak kira apa tajuknya atau laras cerita, asal orang boleh dan akan baca; dan pastinya mesti akan ada orang baca. Aku menulis bukan ‘kerna’ nama. Aku menulis kerana obligasi menyampai walau sepotong ayat. Menghurai makna dan maksud. Maka jelajah ini sudah bermula.  Selamat membaca.

BERITA DARI SEBERANG

danau-tobaMedan, 1 -11-2009. Saya di sini kelmarin, semalam, dan hari ini akan berlepas pulang ke Malaysia. Tujuan, menelurusi jejak Melayu di nusantara. Melayu Deli . Serasa berada balik di zaman Melayu Lama ketika naik ke istana Maimoon di kota Medan. Rekabentuknya persis istana Melayu Johor. Di Medan bangsa yang sering disebut dan dominan adalah Melayu dan Batak karo, selain bangsa Jawa dan yang lainnya. Melayu tetap sentral di sini, tidak boleh dipisah dan dihapuskan sepertimana tersergamnya istana Maimoon di tengah-tengah kota Medan.

Di tengah-tengah kota Medan yang lazim seperti bandar Jakarta dan Bandung – sesak dengan speda angkut dan kenderaan yang bersimpang siur. Kota Medan sesak dengan orang. Membeli baju dan kain telekung di Pasar Ikan, amat meletihkan. Hanya di Danau Toba, letih itu hilang, bersama dinginnya angin tasik yang katanya paling besar di Asia. Di kamar hotel Parapat kita tidak saja akan menghirup udara segar bahkan anginnya ‘dingin sekali’. Tubuh kita ibarat di caj kembali. Berada di tasik Toba dan singgah di pualu Samosir – Ambrosa adalah agenda wisata yang tidak bisa dilepaskan.

Istana-Maimun-penghuni-medan-874129_500_301Kata pemandu pelancong kami, di sini sebenarnya tanah dimana ramainya bangsa Melayu tapi orang Batak lebih dahulu deras mengambil peluang. Orang Batak yang dikatakan garang dan makan orang itu hanya mitos dan legenda pahlawan mereka, tidak lebih dari itu. Orang Batak kini lebih pandai ‘makan duit’ dari makan orang. Maka-nya, Melayu di tanah Medan hanya kekal di lingkungan istana Maimoon, yang lainnya tidak kelihatan. Pergi ke Medan bermakna untuk libur dan santai, orang Malaysia kerap ke sana katanya mencari dan melepas ‘angin’ dan ‘lelah’ mereka. Saya musykil. Ketika di Polonia airport kelihatan jejaka dan abang Malaysia yang ditemani cewek Medan – saya cemuh. Barangkali ini antara punca Melayu hilang di tanah Sumatera.

Membaca novel Andrea Hirata – Maryamah Karpov kerapkali saya menemukan kisah orang Melayu di Indonesia. Saya tertanya-tanya Melayu mana yang dimaksudkan oleh Andrea. Maka jawapan itu saya temui dalam wisata saya di kota Medan – di sini Melayu pernah ada; dan masih ada. Indonesia dan Malaysia itu ada bahagiannya – Melayu. Ada rumpun-rumpun yang sudah menjadi serumpun. Perbalahan yang baru ini adalah perbalahan adik beradik sebenarnya.

Syukur Malaysia maju, dan doa kita moga saudara kita Indonesia juga maju semacam Malaysia. Era SBY adalah era kemajuan hendaknya.

Isu panas Indonesia – Malaysia tidak sepanas isu Manohara, tarian Pendet dan Ambalat. Tapi, sejak berita Mantik Hani yang menjadi korban sang majikan India Malayisa isu itu kembali hangat. Berita jenazah Mantik kembali ke Jawa Timur, Indosesia mendapat liputan dan menjadi berita muka depan di koran-koran besar mereka- tanpa foto. Membaca halaman berita Muntik saya sedikit cemas, bimbang ada para yang membangkitkan rasa ketidakpuashatian dikalangan warga Indonesia. Cerita buluh runcing dan demo anti Malaysia masih menghantui tidur saya.

Di hotel lavish Garuda sempat saya melihat TV nasional Indonesia. Media Indonesia memang berada pada kelas yang tersendiri – cara pengolahan, sentiasa ‘up to date’, variasinya hebat, kreativitnya tinggi – mereka memang ke hadapan meninggalkan kita media Malaysia yang masih terkial-kial menayang iklan ala-ala Mat Sentol. Drama mereka usah dicerita, kisah Ultraman pun boleh dibikin barangkali. Tidak hairan drama-drama mereka sampai ke sini – Malaysia (cuma cerita kartun Upin-Ipin mendapat tempat di TV Indonesia). Saya tabik dengan industri ‘musik’ mereka yang sentiasa baru dan segar. Lirik dan melodi mereka menghiburkan. Kumpulan baru tumbuh dan langsung hit. Kita masih mencari bakat dalam siri tele-hiburan kita.

Indonesia seperti mahu menerima lagu-lagu dari Malaysia. Dalam satu siri temu bual hiburan ada tetamu Malaysia dijemput Pak Ngah, nampaknya lagu Siti Nurhaliza amat diminati di Indonesia ( ketika saya singgah sembahyang di Masjid Raya, Tok siak yang menyapu tangga menyebut nama “Shiti Nurhalijah” bila disapa ). Pak Ngah menampilkan penyanyi Indonesia menyanyikan lagu-lagu Siti Nurhaliza – Trio Bidadari. Namun ada yang tak baik disebut tentang indusrti muzik kita apabila kumpulan yang sedang meningkat naik D Wali mengatakan lagu mereka di ‘bajak’  ( ditiru barangkali) oleh penyanyi Malaysia. Isu semacam ini mengundang panas antara sesama.

IMG_2330Kita akan terus bergelut dengan isu kerana hubungan kita terlalu dekat – ibarat adik beradik. Namun saya percaya air dicincang tidak akan putus. Kita serumpn. Isu dan krisis akan tetap ada. Cuma saya percaya ada pihak ke-3 yang entah siapa yang mencari silap agar Malaysia-Indonesia tidak aman. Semacam ada orang ini, menanti isu untuk diperbesarkan. Semoga kita bijak menangani segala kemelut dan perbalahan – lebih memandang ke hadapan dengan bijak dan rasional bukan dengan emosi.           

rujuk Melayu Deli               http://melayuonline.com/ind/history/dig/367 

http://melayuonline.com/ind/news/read/2559/presiden-sby-ke-medan-bersilaturahmi-dengan-pembesar-kesultanan-dan-5000-masyarakat-melayu