MENJADI SEORANG PENULIS PROLIFIK: SAYA SUDAH SIAP

Tanpa menoleh ke belakang, saya maju. Ketika orang lain berhenti mempersoalkan benda yang tak pasti. Aku terus melangkah. Angin terasa menampar ke muka. Aku bagai menongkah angin deras. Namun aku tetap maju. Bermula Januari 2009 aku tekad dan sudah berserah bulat, dengan imijinasi – bagai Leo Tolstoy yang menulis ‘tales’ War and Peace atau seperti Thomas Hardy dengan kisah klasik misteri. Charles Dickens pernah menulis Tale of Two Cities aku berangan lagi, dan aku masih mencari penulis Islam seperti Iqbal yang menulis dengan bahasa tinggi atau seperti Ali Shariati yang mengubah histori alam pemikiran kontemporari. Dalam gambaran imej wajah mereka yang berbalam-balam aku membuat pengisytiharan aku sudah siap menjadi seorang penulis. Dan kini saya sudah berada tanggal 3 January 2009. Bermakna saya sudah bermula – kelmarin.

Disipiln menulis, belum ada. Lazimnya aku tidak tetap menaip atau mengarang cerita. Aku akan mencatat ‘pabila’ ilham datang. Dan menaipnya sejurus berada di depan lap-top. Aku senang begitu buat masa ini. Mungkin siang ilham itu datang, mungkin kesiangan tanpa ilham; barangkali malam ilham tiba dan malam itulah segalanya.

Pada asasnya aku menulis bukan menaip, memindahkan ilham-ilham itu ke dalam buku kecil yang termuat di kocek atas kaus kerjaku. Aku sangka ia lebih menepati citarasa seorang penulis daripada duduk mengadap lap top menanti ilham yang tak kunjung tiba. Menaip hanya bila berada di depan lap-top. Jika segera ilham tiba ketika aku berada di depan lap-top maka itu sudah lumayan.

Aku tidak boleh menunggu lagi. Masanya amat suntuk. Khalayak sedang menuggu-nunggu. Walau mereka tidak bersuara namun nurani ini tetap mendengarnya. Suara itu amat halus dan ada ketikanya mendayu. Suara hati yang bertanya bagaimana? di mana? Kenapa? apakah mungkin? Semua itu perlu dijawab segera. Seumpama menyedia hidangan di restoran kopitiam – tak boleh bertangguh nanti pelanggan marah-marah. Penulis ada ketikanya perlu menjadi pelayan yang santun; dengan tulisan ini moga dahaga itu hilang, selera penuh kembali, tubuh menjadi segar – kepuasan adalah segala-galanya. Barangkali itulah tanda kesempurnaan.

Hayat kita tidak lama, kita perlu mencari jawapan pada setiap persoalan. Atau barangkali kita perlu memberi jawapan pada sesetengah persoalan. Maka aku di sini dan anda di balik sana, aku menulis dan anda membacanya. Tidak kira apa tajuknya atau laras cerita, asal orang boleh dan akan baca; dan pastinya mesti akan ada orang baca. Aku menulis bukan ‘kerna’ nama. Aku menulis kerana obligasi menyampai walau sepotong ayat. Menghurai makna dan maksud. Maka jelajah ini sudah bermula.  Selamat membaca.

Advertisements

6 comments on “MENJADI SEORANG PENULIS PROLIFIK: SAYA SUDAH SIAP

  1. Syed Asriq berkata:

    Semoga encik berjaya menjadi penulis!

    Encik boleh izinkan saya buat ulasan buku karya encik, Membongkar Misteri Dajjal di blog saya:

    http://seleksibuku.blogspot.com/

    Jikalau encik mengizinkan, saya akan membuat sedikit ulasan buku itu. Jazakallah. Salam.

    • Nurani Maarif berkata:

      Terima kasih atas respon. Komen & cadangan amat dialu-alukan. Saya amat menghargainya. Apa lagi buku membongkar Misteri Dajjal adalah buku pertama saya. Banyak lagi yang perlu saya pelajari & dengar dari orang lain. Komen & cadangan sebegini menjadikan saya teruja untuk terus berkarya.

      Saya sedang berkira-kira untuk menulis novel – himpunan dari fakta misteri Dajjal, jejak konspirasi & seluruh pengalaman saya menghimpun maklumat selama 7 tahun diabadikan dalam satu novel degan tajuk yang masih dirahsiakan; seronok kalau ia menjadi masterpiece ala-ala Da Vinci Code. Itulah angan-angan seorang penulis baru seperti saya, terlalu menggunung.

      Atas komen dan ulasan buku saya dalam laman seleksibuku tuan izinkan saya memasukkan laman tuan dalam blogroll saya. Moga kita sama-sama suksess.

  2. nur berkata:

    Salam, saya dah habis baca buku pertama saudara tu, terfikir sesuatu.. rasa2nya Dajjal tu ada anak tak setiap kali muncul ke dunia? If ada.. dia orang tu possess tak special kuasa like their father?

  3. Syed Asriq berkata:

    Terima kasih kerana memberi keizinan saya mengulas buku pertama encik.
    Novel encik yg baru tu diharapkan dpt terbit bersiri2 mcm novel Harry Potter..pembaca pun teruja nak baca siri2 seterusny..

    selalunya novel yg best seller mesti bersiri2..contohnya Harry Potter dgn Da Vinci Code..mesti akan ada susulannya…

  4. Syed Asriq berkata:

    Encik boleh tengok ulasan saya di sini:

    http://seleksibuku.blogspot.com/2009/12/ulasan-buku-membongkar-misteri-dajjal.html

    Berikan pendapat encik. Trimas.

  5. nur berkata:

    Salam, perasan tak sekarang banyak filem kartun inggeris yang mempunyai watak bermata satu? watak ‘baik’. Seolah-olah ada usaha untuk mengajar/menunjukkan kepada anak-anak yang watak bermata satu ini adalah makhluk yang ‘baik’. Mungkin pada satu hari nanti bila dajjal bermata satu ini keluar, anak-anak yang membesar dengan hiburan kartun animasi /filem fiksyen ini dengan mudah terpengaruh menjadi pengikut dajjal. ‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya’ kan.. Wallahualam..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s