MENULIS BUKU DAJJAL

MEMBONGKAR MISTERI DAJJALx 250

Pada penghujung April siaplah karya Misteri Dajjal yang saya tulis dan bermulalah kembara saya mencari penerbit yang sudi dan sesuai. Tidak mudah seperti yang dijangka, kerana manuskirp awal tidak seindah buku yang anda lihat sekarang; dengan tema Dajjal, misteri dan ada kandungan berunsur mitos pasti akan ada penerbit yang skeptik. Itulah dugaan dalam mencari penerbit yang sudi dan bersedia mencetak buku saya.

Pada masa itu saya nobody, tidak ada nama (sekarang pun bukannya popular). Turun naiklah saya mencari penerbit dari satu syarikat ke satu syarikat penerbitan- menghantarnya dan menunggu dengan penuh debar, menunggu jawapan yang tak pasti. Itu adalah mehnah baru setelah 5 tahun bergelut dengan dunia penulisan yang tak menentu. Rendah diri dan malu pun ada, dalam hati sanubari ini sering tergetus, “Ada ke orang nak terbit buku aku nih?”. Maka, sebab itu membawa manuskirp dari satu penerbit ke satu penerbit seumpama pengalaman si penganggur memohon kerja. Menunggu reaksi penerbit dan setia menunggu, “Halo, amcam tuan ada perkembangan baru ke?”. “Ok, saya dah tengok, tapi…”. “Aah, kantoi-lah jawabnya..” kata naluri ku cuma bersedia untuk next move.

Walaupun ‘senak’ menempuh saat sukar ini saya tetap optimis. Memang ada syarikat penerbitan yang bagus bertaraf 5 bintang bersedia menimbang manuskrip saya tapi masa adalah segala-galanya. Saya tidak boleh menunggu. Nak dijadikan cerita saya hadir pada saat yang kurang tepat, ketika ekonomi dunia dikatakan gawat (ketika dunia dilanda masalah ekonomi berpunca di Amerika dengan masalah sub-primanya), makanya manuskirp saya sering diperap dan di ‘Q’-kan. Namun jauh di sudut hati ada suara yang mengatakan ‘buku engkau ini boleh hit punya’, berbekalkan rasa itu saya tidak berhenti.

Cuma dengan Hijjaz Records Publishing (HRP) barangkali nak jodoh saya. Ketika puas merisik segala penerbit terpandang buku terbitan HRP dengan cover menarik serta promosi sering keluar dalam Harakah – “boleh tahan” kata saya. Maka saya make a phone call, “Halo, dengan siapa saya boleh cerita pasal penerbitan buku”. “Kena bercakap dengan Abai”. “Siapa pulak Abai nih”. Ketika melangkah masuk office Hijjaz yang front-look-nya lebih pada studio rakaman dari penerbitan saya musykil. “Betul ke nih, aku nak tulis buku bukan nak buat lagu..” “Boleh jumpa Abai?”. Rupanya Faizal salah seorang penasyid Hijjaz. Sebaya, segak dan bijak.

Salam saya disambut, senyum dia bak artis pastinya. Bila dia meneliti manuskrip ‘Membongkar Rahsia Dajjal’ (tajuk asal) reaksi pertama, “BUKU INILAH KITA CARI!!!”. Aku terkejut dan dia terkejut yang aku terkejut. Sama-sama terkejut. “Baca bagi habis dulu tuan Abai “. “Eh, sheikh ana lama nak cari penulis tentang Dajjal nih..”. “Oo macam tu, langkah kananlah saya”. “Kira jadik..” kata dia selamba. Dia menghulurkan salam persetujuan dan saya sambut tanda terima.

Selepas 6 bulan pertemuan dengan Mr. Abai aka Faizal, buku ‘Membongkar Misteri Dajjal’ habis dijual 3,000 naskah semuanya (tinggal nak collect payment jer). Kini sudah masuk cetakan ke-2. Harapan untuk cetakan ke-3 dan keseterusnya tetap ada, sebab promosi belum all out HRP masih baru dalam persada penerbitan tak sampai 3 tahun. Namun HRP sudah ada jenama, ketika Pesta Buku di PWTC buku Mardihah laku macam goreng pisang panas sekaligus melonjakkan nama HRP dalam dunia buku.

Setelah bergelar penulis. Ramai yang bertanya buku saya seterusnya : 2012. Saya tak mahu bercerita di sini saya sedang menghimupun ‘surprise’ untuk dimuatkan dalam entri saya akan datang.Tunggu…

Advertisements

BIDAAH DIHARI RAYA BALA DI JALAN RAYA

mautSedih bila membaca berita kemalangan menjelang hari raya. Takut pun ada. Setiap tahun pasti akan ada kemalangan ngeri yang meragut banyak nyawa – bukan seorang dua, bukan berbelas bahkan berpuluh yang menjadi mayat di Hari Raya (34 orang sehingga 23/9).  Semalam (ketika artikel ini mula ditulis) yang meninggal, mati dalam keadaan ngeri mayat 4 beranak rentung dimamah api-ketika saat ajal tiba mereka sempat melambai meminta tolong. Di lokasi lain mangsa mati tanpa kepala. Beginilah kita merayakan Eidulfitri kena ada kempen jalan raya ‘ops sikap’ yang dah bertukar menjadi ‘Flops Sikap’.

Apa lagi yang harus dilakukan, kempen sudah, henti minum kopi free dah buat, speed trap dah tak trap lagi, kajian demi kajian dibuat strategi baru dirangka strategi dulu dah buntu-yang mati tetap juga mati. Sedih dan pilu di Hari Raya – mana taknya menjadi piatu sekelip mata. Maka Hari Raya disambut sepi tanpa ibu & ayah, anak yang tersayang hilang tak pulang sukar untuk dibayangkan. Baju raya dah beli tapi empunya baju dah tiada. Tulisan ini seakan mahu menjawab persoalan dimana silapnya semua ini.

Pernah dalam satu siri kuliah Ramadhan di radio IKIM seorang ustaz mengutarakan isu ini; dan dihujung perbincangannya beliau membuat kesimpulan menarik. Hari Raya yang disambut oleh masyarakat Melayu sebenarnya sudah tersasar jauh – ia tidak lagi menurut landasan agama. Maka Allah hadirkan peringatan dalam bentuk bala’ kemalangan. Benarkah kemalangan di Hari Raya BALA’ dari Allah –  ayuh mari kita perhalusi.

Ketika itulah nurani saya terdetik dan ada dorongan kuat mengatakan khulasah Ustaz itu tepat. Memang sukar orang kita nak percaya hal takdir-bala’ sebagai penyebab. Orang kita selesa dengan hujah  logic dan rasional. Ya, itu perlu tidak dinafikan tetapi mengapa harus diketepikan saranan lain seperti ingatan dan hukuman dari Allah aka BALA’. Apakah hujah agama ini tidak ada asas, kolot dan diluar konteks. Kita orang beriman perlu melihat dari kacamata itu, harus sensitif dengan Allah.

 Bala’ adalah hukuman dari Allah dan juga bertindak sebagai peringatan buat mereka yang lupa. Dalam sejarah nubuat bala’ memang ada, dalam al Quran Allah menyebut yang maksudnya, “…berjalanlah kamu dimuka bumi dan perhatikan akibat orang yang mendustakan Allah..” Itulah dalilnya. Bala’ memang benar-benar ada. Ia bukan satu kebetulan ia dalam perkiraan Allah. Sifirnya begini ketika kita langgar hukum Allah, mengubah hukum Allah, mengabaikan perintah Allah, maka Allah selaku pemilik dan penjadi sesuatu berhak mencampuri urusanNya. Justeru dihadirkan peringatan buat yang lupa dalam masa yang sama hukuman buat mereka yang ingkar. Bala’ adalah bencana yang sukar dihindar, petaka yang diluar jangka.

Saya selongkar punca bala’ boleh diturunkan, menyingkap ibadah Ramadhan orang Melayu kita. Syariat agama yang sudah bertukar menjadi budaya. Puasa tapi tak solat. Puasa tapi tak tutup aurat. Berbuka ikut nafsu bukan ikut nabi berlebih-lebih dan membazir. Di hotel kita makan sekehendak perut awalny saj aikut sunnah nabi seterusnya ikut sunnah Yahudi lepas kuih bubur, lepas bubur pasembur, lepas pasembur sup, lepas sup satay, lepas satay nasi dengan lauk penuh pinggan air 3 jenis tak termasuk cendol semuanya tak habis. Maghrib entah kemana hotel yang kaya, hotel tak ambil peduli soal solat mereka yang berbuka. Anak Yatim dihimpun dan diarak dihibur dengan lagu dan joget artis yang katanya sopan tapi jadi teladan kurang sopan. Budak yang jernih hati jadi kelabu asap dengan lagu dan maksiat. Majlis berbuka tidak lagi jadi ibadah tapi sudah penuh dengan pesta nafsu yang melalaikan. Semakin jauh kita dari Allah.

Dipertengahan Ramadhan surau masjid dah mula lengang. Solat tarawikh dah tak dihirau sedang di zaman nabi sahabat mula mengejar pahala menambah rakaat, tekun dalam ibadat dari 8 menjadi 20. Semakin penghujung Ramadhan semakin malas beribadah seolah kita bergembira berakhirnya Ramadhan. Makin 10 akhir makin galak orang membeli belah tambah kuih dan baju raya. Jalan Tunku Abd Rahman penuh sesak bukan orang Cina bukan orang India tapi orang kita, anak-anak diheret sama tak mengenal lagi kehebatan 10 malam akhir. Hari Raya lebih utama dari lailatul Qadar yang istimewa. Puasa tak sehebat mana Hari Raya confirm masuk syurga.

Eidulfitri adalah urusan agama perintah dan anjuran dari Allah. Sepatunya dirai hanya sehari bukan sebulan (berdasarkan takbir Raya yang tamat setelah solat hari Raya). Hari Raya disebut nabi sebagai hari kemenangan dalam mujahadah nafsu bukan hari membesarkan nafsu. Lihat saja bidaah di Hari Raya nyanyian, joget, baju anak gadis remaja yang berkebaya ketat dan kadang-kadang polos, dengan gelak dan ketawa sedang mereka ini ada yang tak berpuasa-aurat jangan cerita tubuh mereka menjadi santapan lelaki jalang yang bermata keranjang. Bersalam-salam dengan bukan muhrim selamba tanpa rasa berdosa. Memang nabi ada membenarkan ziarahdan hiburan tapi sekadar sahaja itupun nyanyian budak suruhan yang membesarkan agama bukan lagu joget dan pop. Kita menambah dosa di Hari Raya. Kita melupakan Allah di Hari Raya.

Siaran TV langsung tidak membesarkan jiwa agama-pesta lagu Raya diulang-ulang sampai naik kematu telinga mendengarnya. Raya sakan Raya ‘giler’- dah lah lagu raya mula disiar dipertengahan puasa. Sungguh tak beradab dan mencemar hati orang yang tawaduk dengan Allah, orang kubur menangis Ramadhan pergi orang dunia bergembira Ramadhan berlalu. Tidak ada siapa yang peduli tentang puasa yang menepati hakikat agama tidak ada yang peduli Raya yang menepati hakikat agama-sejalan dengan kehendak Allah. Sungguh Hari Raya kita tidak diredhai Allah. Lebih banyak maksiat dari ibadat. Bidaah agama di Hari Raya maka Allah datang Bala’ di jalan Raya. Fikir-fikirkan…

SEHANGAT LILIN

BlogLilin dan aksi angguk-angguk, jadi bahan kecam orang politik. Isu orang hidup sama hangatnya macam isu orang mati. Yang mati tetap pergi, yang hidup berbalah tak henti-henti.

Inilah padah bila agamawan jadi politikus dan politikus jadi agamawan. Percayalah, rakyat jadi pecah dua keliru dan haru-biru. Boleh ke tak boleh? Adat ke upacara agama? di mana kita harus berdiri? Isu toleransi atau isu asasi? Ada rukhsah ke? Atau memang tak apa? Macam mana gaduh pun masyarakat perlukan jawapan tuntas, baik muslim atau non-muslim. Islam agama yang paling jelas tidak ada keraguan padanya.

Cakap-cakap lilin dan angguk ini dah masuk kedai kopitiam. Orang yang memang ‘Merah’ sifatnya pertikai Tok Guru, “…nak konar-konar pulak. Nak bela Islam ke nak bela parti”. “Mana sama lilin orang mati dengan lilin hari jadi”. Kedai kopitiam memang sunyi tak serupa macam kedai mamak. Maka cakap mamat selimpang keris tadi sampai ke meja hujung saya curi dengar.

211260oyj7maiacwHari tu, masa makan pisang sebelum solat Jumaat dua tiga orang kopiah cap hijau cakap perkara sama tapi isi berbeza. “Perkara kecil ini diperbesaqkan, hukum Islam konon; depa tu hukum haq yang besaq tak cara pun…”. ” Nuh! Hukum Allah pi langga’ tak rasa berdosa…”. Saya ambil pisang sebiji lagi, sambil angguk tanda sedap.

Lepas baca berita kembar Mawi ada gambar bogel vesi super-impose, saya baca berita sebelah menyebelah Tok Guru dipadan lawankan dengan Mufti Datuk Harsusani. Berita diadun dengan penuh sensasi, ini lawan pasti ‘haveywhieight’  punya. Rasanya tak patut ditembungkan kedua tokoh jernih ini, main api nanti terbakar nanti.

 

 

 Saya perhati gambar YB Nizar pegang lilin. Lilin yang dipegang tak menerangkan ruang pun pasal ia dinyala di siang hari, cuma simbol barangkali akan terus hidup. Dia berdiri depan meja bukan depan keranda ‘ma’. Terlihat gambar YB Anwar mampir dekat dengan mayat mendiang, tanda hormat dan simpati. Angguk! super impose kot?

nizargila1

 

Api lilin atas kek di home-parti harijadi anak ahli korporat urban metropolitan dihembus 17 batang kesemuanya, bersembur air liur atas kek ising coklat bertulis ‘sweet seventeen’; sambil disulam tepuk tangan dan lagu ‘Happy birthday to you’. Siap-siap kamu semua aksi tiup lilin akan difatwakan sedikit masa lagi.

 No matter what, isu lilin dan aksi angguk perlu diselesaikan segera sebelum ustaz despatch, mat Rempit , minah opis bincang dengan lebih detail lagi isu ini dalam forum terbuka disudut pantri, menambah keruh dan keliru. Hentikan cakap-cakap agama yang menimbulkan kekeliruan, tak kira dari sisi mana. Pelihara agama seperti pelihara maruah diri. Jangan aibkan jangan keruhkan perkara yang jernih, yang rugi kita umat Islam. Demi agama, put a full stop…[.]