1 Disebalik Nurani

Ada ketika yang kita lihat dan baca tidak memberi maksud sebenar, seringkali hati nurani kita berbicara sendiri; ” Apakah mungkin ada maksud tersirat disebalik yang tersurat?”. Justeru inilah wacana suara hati yang saya rangkum dalam kata nurani. Ia mungkin saja suara hati kita maka izinkan saya tampilkan di sini buat tatapan semua. Jika benar maka sungguh ia ilham dari Allah jika salah ia hanyalah telahan dan mainan fikiran, maka abaikan saja. Anggap ia sebagai santapan nurani.

One comment on “1 Disebalik Nurani

  1. shahrulpeshawar berkata:

    Hati Nurani selalu membisik – “aku akan mati satu hari nanti, akan kutinggalkan segala dunia dan isi nya”

    Hati Batin menentang – “esok kan masih ada, lagipun baru tadi kau bersedekah dan solat malam”

    Hati Nurani kembali membisik – “ada teman-teman seusia kita yang baru semalam kita temui – hari ini sudah dikuburan, tiada sempat berbuat apa nanti”

    Hati Batin merenyeh lagi – “ALlah tahu kau tu seorang yang baik, ikhlas, anak yang soleh, tak ambil rasuah… mesti kau masuk syurga nanti”

    Hati Nurani kembali menyedar – “Sakaratul maut itu satu detik yang penuh pedih dan sakit. Rasulullah SAW sendiri berkerut-kerut menahan kesakitannya”

    Hati Batin memberi dalih – “Kalau nak fikir sedalam tu nanti, semua kerja tak boleh buat… asyik terfikir nak mati je”

    Hati Nurani berbisik – “Entahkan ada esok… entahkan ada kejap lagi…”

    Hati Batin mengetuk – “Dahlah tu pegi buat keja lain”

    Hati Nurani tersentak – “Ya ALlah, lupalak nak solat…”

    bersambung…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s