STAY FOCUS

Dunia hari ini tidaklah semudah yang kita fikirkan. Sebut saja dari pelbagai lapangan baik ekonomi, politik mahupun sosial semuanya rencam – kabut, serabut dan bercelaru; jangan terperanjat kalau saya katakan ia memang dibikin begitu. Hanya pada kita, sudut pandang kita; ia bercelaru, serabut dan ribut tetapi pada ahli dan pakar pencaturnya ia cuma-cuma saja. Kenapa? Mungkin agar yang dungu terus dungu dan yang bingung kekal begitu serta ironisnya yang cerdik agar buku dan idenya  terus laku, yang kaya boleh menitip pada si miskin, yang berkuasa terus bertakhta. Agar yang senang itu terus disana dipuncak awana yang harum. 

Pada ketika yang lain, apabila semakin dihujung penyelesaian maka ‘tercipta’ masalah baru yang lebih rumit dan kompleks; dan ia hasil buah tangan manusia. Dicipta dengan segala hukum permainannya [rule of the game] – satu pakej kata orang. Oleh kerana itu belum sempat si pemandu teksi dan si penarik beca menarik nafas lega ketika selesai hujan ribut, tanpa diduga ‘mendung’ baru berarak tiba. Dunia kembali gelap dan suram. Mungkin begitu tamsilannya.  Maka makin kuat kayuhannya makin deras dengup jantung si penarik beca. Ketika si kaya memandang segala diluar jendela sambil menghembus cerut Cuba-nya. Terdetik di hati ini apakah mungkin segala keruh ini akan berakhir.

Masalah yang sengaja dicipta-cipta kemudian dipersalahkan hukum alam, ketentuan pasaran, suara rakyat dan hak demokrasi atau apa-apa lagi. Dan dikeluh sebagai hukum Tuhan dan satu kebetulan, tapi hakikatnya adalah bekas tangan-tangan kita, dan yang lebih parah ia adalah rantaian kerja manusia berdosa (dan gila) yang mahu mengheret semua ke neraka dunia ciptaannya.

Mudahnya begini Jika tidak ada masalah maka akan ada yang tidak boleh cari makan. Perang melariskan senjata, konflik melariskan ‘think-tank’ (pakar pemusnah) dan segala ‘con-sultant’. Mungkin itu senarionya. Di Malaysia apa kurangnya. Perang di Iraq menguntungkan kilang senjata “Tony Stark’ dan Stark membina senjata pemusnah persis Ironman kemudian memusnahkan kilang penapis minyak Iraq dan akhirnya Amerika merugi trillon dollar. Kerugian itu harus ditanggung dunia itulah harga yang perlu dibayar barangkali =US138. Diluar sana ini hanyalah satu permainan waima hidup dan mati itupun boleh dipermainkan.

Justeru kamu orang mukmin harus cerdas mindanya, cerah nuraninya jangan bingkas bangkit tak menentu. Dek kerana dipalu hari-hari diasak dengan slogan dan provokasi maka kita rasa kita pahlawan. Kita sengaja mahu meledakkan kekuatan bukan pada masanya. Satu kerja orang dungu dan naif. Ketahuilah pencatur dunia akan terus bertarung sesama mereka dengan kita sebagai bidak caturnya. Biar kita yang ber’nizam’ dan tanzim bukan mereka. Kita lapar dengan slogan dan retorik mereka kenyang dengan sahutan buta kita. 

Ayuh! mari kita melihat dengan mata helang bukan dengan mata belalang. Siapa dalang sebenarnya, siapa tok dalang bagi segala dalang. Siapa yang mengaut untung dan siapa yang merugi. Justeru itu Stay Focus, Stay Alive and Stay Tune.

SAYANG SEMUANYA SUDAH TERLIWAT: POLITIK ITU MENJELEKKAN

 

Belum sempat reda krisis harga, keruh lain pula melanda. Kes liwat, belum sempat diulas cerita liwat timbul pula kisah akuan PI Bala dalam kes Altantuya, ini semuanya hangat, kerana melibatkan kes ‘hi-profile’ . Cepatnya satu eposid itu berlaih arah menimbulkan tanda tanya. Ketika menatap entri blog saya, saya mengeluh; dah basi cerita aku ni. Sayang semuanya sudah terl(i)ewat.

Saya cuba memamahi disebalik semua episod ini. Rupanya bukan saya saja, bahkan hampir semua, tertanya-tanya – dikedai kopi, kedai teh tarik mamak bahkan ketika mengisi pam di stesen minyak bicara kes liwat dan Altantuya sama hebat. Ceritanya ‘naik’ secepat naiknya harga minyak dunia. Ketika singgah membeli akhbar STAR di perkarangan warung mamak, dua orang yang agak berusia bertanya sesama mereka, ” Apa cerita sebenar Anwar ni?” Namun jawapan itu sengaja tidak mahu saya dengar, bimbang mempengaruhi jalan fikir saya. Maklum khabar angin sedang bertiup kencang, kita tidak boleh ambil berita secara fasik dan dari orang fasik (tanpa menuduh orang yang berbicara tadi fasik).

Akhbar STAR membawa mesej yang menarik, sudah 2-3 hari saya meneliti cara dan gaya tulisannya, baik editor mahupun kolumunisnya. Saya faham STAR membawa mesej yang jika difahami dengan jelas ditujukan untuk ‘pembaca STAR’ itu sendiri. Jadi kepala tajuk akhbarnya mengajak kita untuk merenung sejenak. Semalam Headline-nya berbunyi; ‘High Drama’; hari ini ‘Head -on’ [Head [anwar] to Head [najib]’. Pemberita sering membawa berita, pemberita yang hebat adalah penulis yang prolifik; pemberita yang bagus membawa berita disebalik berita.  Bunyinya macam khabar angin, tetapi masakan pokok bergoyong kalau tidak ada angin. Maka patutlah semuanya berangin. Boleh jadi ada semacam ‘High Drama’ boleh jadi semuanya betul, dan semuanya boleh terjadi. Jadi apa nak jadi akan terjadi. Aduh! pening kepala.

Buat masa ini tunggu dan lihat. Walauapa pun negara akan sedikit tercemar dimata orang luar.  Kes liwat yang dulu hingga mencetuskan reformasi masih pahit dirasa, betul lanskap sosio-politik berubah, tapi apakah itu harga yang seharusnya dibayar untuk sekian kalinya. Musim ini ramai saudara kita dari Timur Tengah akan berkunjung ke sini dari Arab Saudi, Kuwait, Dubai dan yang sewaktu dengannya; tentu cerita pertama yang akan mereka dengar DS Anwar meliwat lagi. Aduh Saliha! Apa nasib kita, angkara siapa agaknya yang seberani begini membuka episod baru yang penuh jijik dan jelek.

Saya abadikan untuk para politikus kita, satu penghargaan yang tidak tersisa. Sungguh ditangan mereka wajah negara dicorakkan, renungkan bagaimana beraninya mereka mencorak, bukan kain batik atau tenunan sulaman tetapi seolah-olah warna kehitaman sebuah negara bangsa; kerana ‘kuasa dan takhta’. But for now, sit tight; enjoy and watch what will be next?

Anda akan makin pening dan seram kalau baca entri ini http://aminiskandar.wordpress.com/2008/07/03/najib-pernah-meniduri-dan-main-bontot-altantuya/

HARGA NAIK: MASA UNTUK BERUBAH

Ketika kemuncak pilihanraya baru lalu kita dilaungkan dengan slogan ‘Masa Untuk Berubah’. Janji ‘perubahan’ yang dilaungkan sungguh mempesonakan. Persoalannya apakah kita terperangkap dengan mentaliti perubahan yang ‘grand desgin‘ sifatnya hanya disaat Pilihanraya sahaja? Apakah kita sedar bahawa perubahan semacam itu berlaku lima tahun sekali? Dan tidakkah kita perasaan bahawa penentuan perubahan itu terletak ditangan kita – suara majoriti rakyat? Mari kita berubah. Seorang muslim mukmin harus berubah disetiap saat pada ketika dia bermuhasabah dan bertaubat. Itulah moment perubahan yang benar. Nah! jika kaedah ini digunakan pakai untuk muslim seluruhnya maka kita tidak perlu menunggu untuk lima tahun lagi-kita berubah sekarang.

Krisis memberi tanda sebetulnya bahawa ada yang tidak kena. Selaku muslim mukmin yang diberi mata hati wajar ‘membaca’ apa yang tidak kena. Ada 2 tanda yang jelas; Pertama, inilah bahana sistem kapitalis yang kita dokong. Sistem kapitalis bukan dari Islam, justeru terasa selasa dengannya juga satu tanda ‘fasik’. Hari ini kita immune dengan kesan berganda sistem kapitals bahkan tak mengerti susur galur sistem ekonomi yang kita dokong (kerana sibuk tumpu politk Islam – jahil ekonomi Islam pun perlu diperjuangkan massa). Islam tidak hanya memerangi riba, judi, maisir dan gharar ; bahkan yang utama adalah ketidakadilan. Nah, inilah yang berlaku dengan jelas keuntungan dikaut semaksima mungkin oleh kaum pemodal. Sudahlah dalam senang mereka sedia kaya dalam saat kesusahan inipun keuntungan tetap memihak kepada mereka. Sikap mereka yang menekan langsung tidak diambil peduli. Kerajaan terus membuntut gerak mereka. Kalau beras disorok merayulah kita, kalau stok tepung disimpan putih matalah kita. Betapa biadapnya mereka kaum pemodal yang tak berhati perut ini. Kenapa?  kerana sistem ini membenarkan, inilah ‘rule of the game’ – nya. Kerajaan Hadhari patut bangkit membenteras dari sudut gerakerja ekonomi, bukan sekadar bina masjid atau buat pesta kampungan sahaja. Ada agenda lebih besar iaitu mengubah lanskap ekonomi negara ke arah yang lebih Islamik. 

Tanda kedua, ekonomi negara tidak dikuasai oleh muslim mukmin. Umum mengetahui sektor ekonomi dikuasai oleh bukan Melayu, statsistiknya ada – boleh dicari. Ketika saatul usra (saat kesukaran) terasa sangat perlunya para ekonomis seperti Uthman bin Affan dan Abdul Rahman bin Auf. Tidak ada yang terpanggil mahu menjadi jaguh jutawan muslim seperti mereka, yang mahu tampil membetulkan keadaan. Bukan setakat berteori dan berseminar. Kita perlukan jaguh yang bersedia menginfaqkan hartanya ke jalan Allah dengan melabur pada kaum tertindas yang miskin dan tertekan dengan kenaikan harga barang. Jika mereka ada disaat ini sudah pasti mereka lebih rindukan pahala yang dijanjikan Allah dari menyimpan di ‘index’ selamat atau di ‘fixed deposit’ di seberang laut.

Sistem ekonomi Islam tidaklah serumit yang kita jangka, teori dan kertas kerja ini hanya untuk landsan ilmu. Asasnya terletak bagaimana kita menguruskan harta baitulmal, wang zakat dan yang akhir bagaimana mengoiptimumkan gerak kerja jihad ekonomi dari kalangan jutawan muslim. Teringatlah kita bagaimana Saidina Umar ketika menjadi Khalifah, diadakan rondaan sendiri untuk mencari penerima harta baitulmal ketika saat orang lain sudah tidur. Juga kisah bagaimana saidina Abdul Rahman bin Auf mengambil alih dominasi kaum pemodal yahudi ketika tiba di pasar Madinah.