MENJADI SEORANG PENULIS PROLIFIK: SAYA SUDAH SIAP

Tanpa menoleh ke belakang, saya maju. Ketika orang lain berhenti mempersoalkan benda yang tak pasti. Aku terus melangkah. Angin terasa menampar ke muka. Aku bagai menongkah angin deras. Namun aku tetap maju. Bermula Januari 2009 aku tekad dan sudah berserah bulat, dengan imijinasi – bagai Leo Tolstoy yang menulis ‘tales’ War and Peace atau seperti Thomas Hardy dengan kisah klasik misteri. Charles Dickens pernah menulis Tale of Two Cities aku berangan lagi, dan aku masih mencari penulis Islam seperti Iqbal yang menulis dengan bahasa tinggi atau seperti Ali Shariati yang mengubah histori alam pemikiran kontemporari. Dalam gambaran imej wajah mereka yang berbalam-balam aku membuat pengisytiharan aku sudah siap menjadi seorang penulis. Dan kini saya sudah berada tanggal 3 January 2009. Bermakna saya sudah bermula – kelmarin.

Disipiln menulis, belum ada. Lazimnya aku tidak tetap menaip atau mengarang cerita. Aku akan mencatat ‘pabila’ ilham datang. Dan menaipnya sejurus berada di depan lap-top. Aku senang begitu buat masa ini. Mungkin siang ilham itu datang, mungkin kesiangan tanpa ilham; barangkali malam ilham tiba dan malam itulah segalanya.

Pada asasnya aku menulis bukan menaip, memindahkan ilham-ilham itu ke dalam buku kecil yang termuat di kocek atas kaus kerjaku. Aku sangka ia lebih menepati citarasa seorang penulis daripada duduk mengadap lap top menanti ilham yang tak kunjung tiba. Menaip hanya bila berada di depan lap-top. Jika segera ilham tiba ketika aku berada di depan lap-top maka itu sudah lumayan.

Aku tidak boleh menunggu lagi. Masanya amat suntuk. Khalayak sedang menuggu-nunggu. Walau mereka tidak bersuara namun nurani ini tetap mendengarnya. Suara itu amat halus dan ada ketikanya mendayu. Suara hati yang bertanya bagaimana? di mana? Kenapa? apakah mungkin? Semua itu perlu dijawab segera. Seumpama menyedia hidangan di restoran kopitiam – tak boleh bertangguh nanti pelanggan marah-marah. Penulis ada ketikanya perlu menjadi pelayan yang santun; dengan tulisan ini moga dahaga itu hilang, selera penuh kembali, tubuh menjadi segar – kepuasan adalah segala-galanya. Barangkali itulah tanda kesempurnaan.

Hayat kita tidak lama, kita perlu mencari jawapan pada setiap persoalan. Atau barangkali kita perlu memberi jawapan pada sesetengah persoalan. Maka aku di sini dan anda di balik sana, aku menulis dan anda membacanya. Tidak kira apa tajuknya atau laras cerita, asal orang boleh dan akan baca; dan pastinya mesti akan ada orang baca. Aku menulis bukan ‘kerna’ nama. Aku menulis kerana obligasi menyampai walau sepotong ayat. Menghurai makna dan maksud. Maka jelajah ini sudah bermula.  Selamat membaca.

Advertisements

BERITA DARI SEBERANG

danau-tobaMedan, 1 -11-2009. Saya di sini kelmarin, semalam, dan hari ini akan berlepas pulang ke Malaysia. Tujuan, menelurusi jejak Melayu di nusantara. Melayu Deli . Serasa berada balik di zaman Melayu Lama ketika naik ke istana Maimoon di kota Medan. Rekabentuknya persis istana Melayu Johor. Di Medan bangsa yang sering disebut dan dominan adalah Melayu dan Batak karo, selain bangsa Jawa dan yang lainnya. Melayu tetap sentral di sini, tidak boleh dipisah dan dihapuskan sepertimana tersergamnya istana Maimoon di tengah-tengah kota Medan.

Di tengah-tengah kota Medan yang lazim seperti bandar Jakarta dan Bandung – sesak dengan speda angkut dan kenderaan yang bersimpang siur. Kota Medan sesak dengan orang. Membeli baju dan kain telekung di Pasar Ikan, amat meletihkan. Hanya di Danau Toba, letih itu hilang, bersama dinginnya angin tasik yang katanya paling besar di Asia. Di kamar hotel Parapat kita tidak saja akan menghirup udara segar bahkan anginnya ‘dingin sekali’. Tubuh kita ibarat di caj kembali. Berada di tasik Toba dan singgah di pualu Samosir – Ambrosa adalah agenda wisata yang tidak bisa dilepaskan.

Istana-Maimun-penghuni-medan-874129_500_301Kata pemandu pelancong kami, di sini sebenarnya tanah dimana ramainya bangsa Melayu tapi orang Batak lebih dahulu deras mengambil peluang. Orang Batak yang dikatakan garang dan makan orang itu hanya mitos dan legenda pahlawan mereka, tidak lebih dari itu. Orang Batak kini lebih pandai ‘makan duit’ dari makan orang. Maka-nya, Melayu di tanah Medan hanya kekal di lingkungan istana Maimoon, yang lainnya tidak kelihatan. Pergi ke Medan bermakna untuk libur dan santai, orang Malaysia kerap ke sana katanya mencari dan melepas ‘angin’ dan ‘lelah’ mereka. Saya musykil. Ketika di Polonia airport kelihatan jejaka dan abang Malaysia yang ditemani cewek Medan – saya cemuh. Barangkali ini antara punca Melayu hilang di tanah Sumatera.

Membaca novel Andrea Hirata – Maryamah Karpov kerapkali saya menemukan kisah orang Melayu di Indonesia. Saya tertanya-tanya Melayu mana yang dimaksudkan oleh Andrea. Maka jawapan itu saya temui dalam wisata saya di kota Medan – di sini Melayu pernah ada; dan masih ada. Indonesia dan Malaysia itu ada bahagiannya – Melayu. Ada rumpun-rumpun yang sudah menjadi serumpun. Perbalahan yang baru ini adalah perbalahan adik beradik sebenarnya.

Syukur Malaysia maju, dan doa kita moga saudara kita Indonesia juga maju semacam Malaysia. Era SBY adalah era kemajuan hendaknya.

Isu panas Indonesia – Malaysia tidak sepanas isu Manohara, tarian Pendet dan Ambalat. Tapi, sejak berita Mantik Hani yang menjadi korban sang majikan India Malayisa isu itu kembali hangat. Berita jenazah Mantik kembali ke Jawa Timur, Indosesia mendapat liputan dan menjadi berita muka depan di koran-koran besar mereka- tanpa foto. Membaca halaman berita Muntik saya sedikit cemas, bimbang ada para yang membangkitkan rasa ketidakpuashatian dikalangan warga Indonesia. Cerita buluh runcing dan demo anti Malaysia masih menghantui tidur saya.

Di hotel lavish Garuda sempat saya melihat TV nasional Indonesia. Media Indonesia memang berada pada kelas yang tersendiri – cara pengolahan, sentiasa ‘up to date’, variasinya hebat, kreativitnya tinggi – mereka memang ke hadapan meninggalkan kita media Malaysia yang masih terkial-kial menayang iklan ala-ala Mat Sentol. Drama mereka usah dicerita, kisah Ultraman pun boleh dibikin barangkali. Tidak hairan drama-drama mereka sampai ke sini – Malaysia (cuma cerita kartun Upin-Ipin mendapat tempat di TV Indonesia). Saya tabik dengan industri ‘musik’ mereka yang sentiasa baru dan segar. Lirik dan melodi mereka menghiburkan. Kumpulan baru tumbuh dan langsung hit. Kita masih mencari bakat dalam siri tele-hiburan kita.

Indonesia seperti mahu menerima lagu-lagu dari Malaysia. Dalam satu siri temu bual hiburan ada tetamu Malaysia dijemput Pak Ngah, nampaknya lagu Siti Nurhaliza amat diminati di Indonesia ( ketika saya singgah sembahyang di Masjid Raya, Tok siak yang menyapu tangga menyebut nama “Shiti Nurhalijah” bila disapa ). Pak Ngah menampilkan penyanyi Indonesia menyanyikan lagu-lagu Siti Nurhaliza – Trio Bidadari. Namun ada yang tak baik disebut tentang indusrti muzik kita apabila kumpulan yang sedang meningkat naik D Wali mengatakan lagu mereka di ‘bajak’  ( ditiru barangkali) oleh penyanyi Malaysia. Isu semacam ini mengundang panas antara sesama.

IMG_2330Kita akan terus bergelut dengan isu kerana hubungan kita terlalu dekat – ibarat adik beradik. Namun saya percaya air dicincang tidak akan putus. Kita serumpn. Isu dan krisis akan tetap ada. Cuma saya percaya ada pihak ke-3 yang entah siapa yang mencari silap agar Malaysia-Indonesia tidak aman. Semacam ada orang ini, menanti isu untuk diperbesarkan. Semoga kita bijak menangani segala kemelut dan perbalahan – lebih memandang ke hadapan dengan bijak dan rasional bukan dengan emosi.           

rujuk Melayu Deli               http://melayuonline.com/ind/history/dig/367 

http://melayuonline.com/ind/news/read/2559/presiden-sby-ke-medan-bersilaturahmi-dengan-pembesar-kesultanan-dan-5000-masyarakat-melayu

MUSIM PARTI BERBALAH

tok_guru_nik_aziz

Kalau boleh saya tidak mahu lagi menulis hal-hal politik. Saya kena fokus dengan tema tulisan saya. Namun didesak kawan yang asyik duduk berbincang benda yang sama berulang-ulang. Ubah topik pun ‘landing’ ke topik yang sama – Tuan Guru Nik Aziz (TG) & EGM-nya.

Antara buah kata yang lazim ketika membahas isu ini, “Tak patut TG Nik Aziz keluar statetment macam tu – tambah pecah ada – Dah mula orang hilang respect dengan TG – Dah sampai masa TG Nik Aziz berundur – Ada orang cucuk TG – TG Nik Aziz menyebelahi geng liberal – PAS yang kuat dan jadi lemah” dan seterusnya. Saya faham kenapa begitu sekali concern orang kita dengan PAS, PAS parti Melayu ke-2 terbesar dan barang diingat PAS adalah parti Islam TERBESAR di Malaysia. Itu pasti. Maka, pecah 2 bukan solusi terbaik. Moga tidak jadi sperti PLO – pecah dua jadi HAMAS dan Fatah.

Malas rasanya nak buat ulasan, nak memandai-mandai (tapi dah terlajak borak). Ini musim parti besar berbalah – itu aje komen saya bila ditanya. UMNO pun pecah juga ribut-ribut cuma sekarang dah reda – esok lusa belum tentu, MIC sampai sekarang tak reda-reda, MCA macam dah ok tapi masih ada kata nista di belakang. Cuma MCA menunjukkan kematangan dalam politik. PKR baru tadi nampak pecah bermula di Sabah. Bottom line, krisis memang ada dalam politik semua disebabkan kuasa ( cuma dalam UMNO ada satu lagi faktor fulus yang banyak ).

Bagi yang matang menilai ini perkara biasa dan boleh jadi luarbiasa, bergantung sisi mana yang kita lihat – ia amat bergantung pada persepsi. Ini adalah cabaran. Cabaran menerajui parti Melayu-Islam. Rencam dan renyah. Ia menguji kredibiliti kepimpinan bagaimana mereka harus tangani. Barangkali benar ini satu proses pemutihan atau pembersihan, atau proses muhasabah prinsip perjuangan. Mana yang perlu didahulukan parti, kawan atau prinsip perjuangan. PAS tetap saya sokong kerana tanpa ragu tetap teguh pegang perjuangkan al Quran dan Sunnah, mengangkat martabat ulama ‘at par’  dengan  umara’ bahkan lebih tinggi. Jika itu dikesampingkan atau jatuh no.2 maka, jangankan saya orang lain akan turut cemuh dan tawar hati. Kekuatan PAS pada prinsip perjuangan – menjunjung tinggi Islam.

Taktikal dan strategi jatuh no. 2 dan 3. Sebab kemenangan adalah milik Allah. Ia hanya ‘asbab’ bagi sebuah kemenangan. Allah boleh bagi kemenangan dengan pelbagai cara – tidak semestinya pandai strategi, kawan dengan orang hi-profile, kawan dengan orang banyak duit. ‘Politik jaga hati’ adalah politik murahan yang berbahaya. Politik hanyalah front page sebuah perjuangan inner page adalah prinsip. Front page boleh berubah boleh datang dan pergi. Jangan takut hilang kawan dalam perjuangan, jangan takut hilang jawatan – bukankah nabi pernah menghadapi krisis demi krisis, dalaman dan luaran antaranya; bila ditawarkan semua habuan dan jawapan nabi jika matahari diletakkan di sebelah kanan ku dan bulan diletakkan di sebelah kiri ku, nabi tidak akan mengubah prinsip perjuangan – tidak ada kompromi dengan prinsip. 

Barangkali analogi itu tidak menyangkut soal isu perbalahan ini.

Siapa musuh, siapa kawan. Inilah isu di balik tribulasi Pakatan. PAS berada dalam dilemma ini. TG Nik Aziz melihat UMNO adalah musuh, maka tim yang dikatakan pro Perpaduan melihat lebih jauh dari itu. Maka hadis orang mukmin tidak akan dipatuk ular dalam lubang yang sama diguna untuk UMNO sementara tim yang satu lagi guna untuk musuh yang lebih besar – barangkali, itulah telahan saya. Musuh Islam banyak yang jelas disebut dalam al Quran Yahudi dan Nasrani, kerana mereka tidak akan duduk diam sehingga kita menurut jejak langkah mereka. UMNO masuk kategori mana? Yang harus diperangi UMNO bukan ‘batang tubuh’ UMNO tetapi fahamannya. Budaya UMNO menyebabkan ia menganut faham material melampau. Obses dengan politik wang dan kuasa. Tetapi bagi entiti yang dibayangi Yahudi dan Nasrani yang sukar dicerakinkan DNA-nya, sukar nak ditelah bahayanya – maka lebih baik berwaspada dari menyerah segala. Golongan ulama, pendakwah dan pejuang kena faham. Melihat isu ini dari semua sisi. Ini bukan soal memerintah sebuah negara dan negeri tetapi melangsungkan kesinambungan sebuah perjuangan, wallahu’alam [full stop]

2012 ‘IS COMING’… SUDAHKAH ANDA BERSEDIA? (versi terkini)

2012-movie-poster

BAGAIMANA AGAKNYA KERAJAAN DUNIA MENYIAPKAN 6 BILLION PENDUDUK BUMI MENGHADAPI KEHANCURAHN DUNIA…?

MEREKA TIDAK MELAKUKAN APA-APA…!

JIKA ANDA MENCARI JAWAPANNYA,

TEMUI DALAM KARYA = 2012: DI AMBANG AMARGEDDON

arahan

M Nurani Maarif  [ penulis & ‘pengarah’ genre underground yang prolifik ]

2012 bukan sekadar angka tetapi dipercaya sebagai tahun petaka bagi sesetengah komuniti Barat. Igauan ini mahu dikongsi bersama dengan penduduk dunia. Tidak kecuali kita umat Islam. Dunia tanpa sempadan ini telah membenarkan idea pelik semacam ini menerjah masuk tanpa dipelawa. Kita yang sekolah tinggi, universiti, empat thanawi atau paling tidak kenal ‘alif ‘, ‘ba’, ‘ta’ ‘A’, ‘B’, ‘C”- pun termanggu bila dikemukakan hujah sains dan fakta asing , apabila disuakan dengan rajah kosmik dan astronomi yang menjelas fenomena jajaran galaktik. Inikan pula anak kita yang masih hijau, generasi muda yang sibuk dengan ‘pacaran’, pasti mereka terkinja melihat sedutan wayang dan youtube 2012 yang mengujakan. Hentaman meteor, balikan tsunami mega, super storm – it’s cool kata mereka. But wait that is not the issue, it is your believe your son. Pada siapa akan engaku pertaruhkan harapan ….

Barangkali generasi anak remaja kita belum cukup bersedia dengan propaganda Holywood bersama hidden agenda-nya. Disebalik mengaut keuntungan dari ‘marketing ploy’  tanpa locus standi ini, mereka meracuni pemikiran dengan idea aneh dan pelik. Menyuntik elemen seram dan panik. Berselindung di balik fakta misteri. Mahu tidak mahu fenomena ini sedang menjengah masuk dalam lingkungan kita. Menghalang bukan solusi dan tidak akan jadi penyelesaian terbaik. Nah, justeru SIAPKAN BENTENG AQIDAH untuk anda dan keluarga anda. Itlah saranan dibalik penulisan 2012: Di Ambang Amargeddon. Tambahkan ilmu dan kefahaman, perkuatkan iman dan tingkatkan amalan. Kita sedang berada di Ambang Amargeddon – fitnah terbesar akhir zaman. Itu telahaan saya. Anda bebas untuk tidak mempercayainya. It is free world anyway, your choice is your destiny!

Di sana, di Barat sudah ada wacana dan diskusi melibatkan para sarjana, tokoh ilmuan dan doktor Phd, membincangkan fenomena 2012 secara serius. Apakah ia benar-benar nyata – hakikat atau igauan semata-mata? Apakah ada fakta dan hujah sains yang mendokong fenomena ini? Bagaimana pula dengan hujah agama bersumber dari al Quran dan Sunnah? Jika diberi pilihan antara hujah sains dan agama anak remaja kita akan memilih yang mana agaknya? Maka itu ‘concern’ saya – kerana itu saya teruja untuk menulis, menimbal balik hujah-hujah yang kelihatan decent.

Apakah sikap kita selaku muslim-mukmin. Apakah kita akan percaya dalam senyap seperti mempercayai mitos dan khurafat yang lain (jenglot dan keliwon). Belum cukupkah segala kepercayaan khurafat dan tahyul masyarakat Melayu ini, apakah kita mahu mengimport kerpercayaan versi baru. Bersediakah kita dan keluarga serta seluruh ahli masyarakat menahan mehnah baru yang menggetirkan? Jika benar kerajaan dan kuasa dunia tidak melakukan apa-apa (seperti yang diungkap dalam tag-line trailer) maka apa harapan kita?

Bagaimana seharusnya kita menagani isu dan fenomena 2012?

Jika ia benar bagaimana?

Apa yang mereka ramalkan? ->>> hentaman Meteor sehingga mencetus ledakan nuklear+++ kemunculan planet X-Nibiru sehingga mengubah atmosfera bumi+++ tsunamiMega sehingga menjungkar balik sebahagian daratan +++ super storm melanda dan memusnah+++jajaran galaktik=Amargeddon…

SIAPA THE SHINING ONE…???

klik di sini >>> http://www.diagnosis2012.co.uk/1.htm  info hampir lengkap tentang 2012  jangan tunggu just klik ..kembara anda bermula

  Nantikan KARYA BLOKBUSTER 2012 : DI AMBANG AMARGEDDON ARAHAN & IDEA Muhammad Nurani Maarif.. akan datang – somewhere in Disember before 2012.

 2012-b

 

USTAZ ASRI (RABBANI) : PERGI TAK KEMBALI …

]Jalan Ketaqawaan 250

“Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku…”

Inilah petikan kata arwah Ustaz Asri dalam laman bolg rasminya, dan gambar ini diambil ketika dia sedang melangkah pergi ke satu destinasi yang dia sendiri tidak ketahui ….. http://asrirabbani.blogspot.com/DSC_7715

Ku kirimkan al Fatihah ini dahulu moga fatihah ini mendahului dari kalam-kalam lain yang akan ku susun. Moga fatihah ini lebih nyaman dari pancur air mawar yang akan disiram nanti, moga fatihah ini lebih harum dari bunga rampai yang akan ditabur dipusaranya – tempat jasadnya diam bersemadi. Dia seorang penggiat seni, aktivis dakwah seni, tokoh nasyid sepanjang zaman dengan suara lunak germesik merdu. Dia pergi pagi tadi (Khamis, 13 Ogos) jam 10.30. Kembali menghadap Ilahi. Allah memanggilnya kembali, dan perginya tidak akan kembali. Pasti.

Berita ini disahkan oleh teman saya saudara Faizal Osman dari kumpulan Hijjaz. Tersentak dan diam saya di pinggir tangga Ampang Point ketika selesai berkunjung ke kedai buku Popular. Lalu saya singgah dirumah maklumkan pada ibu, nyata ibu ku terkedu sejurus itu menitiskan airmata; entah kenapa… barangkali Ustaz Asri memberi makna dalam hidupnya. Ya, marhaban, qasidah, berzanji dan zikir munajatnya yang syhadu yang pernah didengarnya…

Setakat ini yang mampu ku katakan. Ketika teman ku Hj Ilias berada dilokasi rumah arwah Ust. asri di Bukti Lancong Shah Alam. Semua berhimpun disana katanya, sedang menunggu van jenazah (jam 4.12 ptg). Bagaimana terkejut semua kehilangan orang yang sentiasa ceria, tawaduk dan manis kata-kata. Moga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya, ditempatkan bersama orang-orang soleh dan beriman sementara menanti hari pengadilan….

al fatihah…

hayatai lagu perpisahan terakhir Ustaz Asri http://www.youtube.com/watch?v=EgQAMbOa3eA&feature=related

SYA’BAN: PERMULAAN BAGI SEGALA PERUBAHAAN

360_MEKKE-MescidiHaramArtikel ini ditulis ketika kita sedang mengintai masuk ke nisfu Sya’ban. Kata arwah ayah yang juga Imam di Masjid Polis Depot satu ketika dulu, ketika aku masih suka berada di padang dari ke masjid. Nisfu Sya’ban anakku adalah permulaan bagi segala perubahaan. Ayahku memang tersohor di Pulapol tak kira Sarjan, Koperal mahupun Komandan akan angkat tangan tanda hormat; “.. Salam Tuan Imam”. Ayahku tak banyak berbicara namun kalamnya amat terjkesan di hati.

Permulaan bagi segala perubahaan. Aku tak mengerti, dalam seusia begitu bahkan tak mengendahkannya pun. Ramadhan aku tahu bulan menahan nafsu. Bulan lapar dan dahaga, bulan tarawih dan moreh. Bulan lailatul Qadar. Tapi Sya’ban bagi ku tak memberi apa-apa makna. Namun, kata-kata ayahku itu terngiang kembali di cuping telinga ini. Permulaan bagi segala perubahaan. Ketika kalam itu dilafaz aku dan ibu ada bersama, dalam solat hajat malam dihujung Rejab. Dia akan mengumpulkan kami sekeluarga jika tidak ada anak-anaknya yang lain (kerana bersekolah asrama) maka kami bertiga. Aku hanya duduk menemani ibu yang patuh dan taat pada sang suami.

Kini sudah, 4 tahun ayahku pergi; dan 30 tahun kalam itu dituturkan. Baru aku mengerti sendiri-makna dan erti disebalik kalam tadi. Di bulan Sya’ban bukan hanya ada nisfu Sya’ban tapi lebih dari itu adalah pertukaran kiblat umat Islam dari Baitul Maqdis ke Makkah. Jarang kisah ini dikhabarkan, namun aku mengerti ini barangkali inti kalam arwah ayah. Bulan kita memaling dari yang lama kepada yang baru. Memadamkan segala kehinaan diri menuju kewibawaan yang murni. Dari kehinaan kaum Yahudi kepada kemegahan kaum Muslimin. Satu kemenangan rohani. Tanda dan isyrat kemenangan bermula di sini. Nabi saw dikatakan berdoa selama 11 bulan (satu riwayat dalam riwayat yang lain 6 buan) baginda bermohon agar cercaan kaum Yahudi ini dijawab dengan tuntas. Nabi saw tidak ada jawaban mengapa dia dan kaum muslimin harus berpaksi pada qiblat kaum Yahudi.

Mengapa mereka harus berkongsi arah pengibadatan. Seolah-olah umat Islam tidak punya wibawa barangkali (kata orang jahil dan munafik). Nabi tetap saja akur dengan perintah, tegar dalam perlaksanaan dan tabah dalam cercaan kaum Yahudi; yang sengaja mahu menjatuhkan maruah diri kaum muslimin. Bukan nabi saw yang harus bertahan, nabi sudah gagah rohaninya tetapi pengikut yang patuh seperti sahabat dan para ibu tua, anak muda yang panas hatinya; semuanya harus nabi bendung dengan penuh kasihan. Apakah mereka akan tahan seperti baginda nabi? Penghinaan ini tidak akan berhenti selagi tidak ada jawapan tuntas; orang Yahudi diperkirakan orang yang dahulu mengetahui agama Samawi, mereka rasa senior dalam beragama berbanding Muhammad yang ummi itu.

Dalam doa yang tak henti-henti, ketika duduk dan berdiri; akhirnya doa nabi dijawab Allah. Dalam solat asar (riwayat yang lain zolat zuhur) turun ayat … mengarahkan nabi saw berpaling kiblat dari masjidil Aqsa ke masjidil Haram Makkah. Nabi tidak bertangguh baginda langsung mengubah posisi badannya mengadap ke arah kaabah BaitulLah. Satu kelegaan satu jawaban satu tamparan pada kaum Yahudi. Sejak dari itu hilang dan lenyap segala hina dan cercaan.

Kini aku mula faham; inilah noktahnya. Titik yang membawa aku kepada satu persimpangan bahawa perubahan sudah bermula. Teman lihat sahaja berapa banyak seruan, ajakan dan panggilan mengajak kita menuju Allah. Bila lagi kita mahu menyahutnya. apakah masih kita berlengah lagi? Menunggu satu perubahan dari yang kabu rkepada yang pasti…

“Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman untuk khusyuk (taat) hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran (suruhan dan larangan) Allah serta (taat) mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberi kitab sebelum mereka (Yahudi dan Nasrani), setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut (jauh dari zaman nabi mereka) maka hati mereka menjadi keras
(dari mengikuti perintah/ajaran nabi mereka) dan banyak di antaranya orang-orang fasik. (surah Al-Hadid ayat 16)

Berapa banyak kuliah dan ceramah, tazkirah dan tausiyah, azan dan iqamah, dimasjid dan mussola; semuanya mengajak kita menuju Allah. Ayuh, mari kita mulakan perubahan ini. Arwah ayah pasti tersenyum akhirnya si anak tadi mengerti bahawa Sya’ban itu permulaan bagi segala perubahaan…

REST IN PEACE : al Fatihah…

Malaysia Obit Yasmin

 

Sudah saya katakan hidup ini hanya sementara. Tidak kekal lama, sampai waktu pergi jua. Hidup adalah satu perjalanan sampai masa kita akan berhenti menjadi manusia.

” Maha Suci (Allah) yang ditanganNya segala kerajaan. dan Dia terhadap sesuatu adalah al Qadir (Berkuasa). Yang menciptakan mati dan hidup, agar menguji kamu siapa diantara kamu yang baik amalannya…” [al Mulk: 1-2]. Kita punya misi dalam hidup, iaitu berbuat yang TERBAIK diantara dua sempadan hidup-mati. Pasti yang diantara itu akan diperhitungkan.

51 tahun itulah angka umur Allahyarham Yasmin Ahmad. Satu tempoh yang sudah diperkirakan. Kita semua ada baki umur sendiri- modal kehidupan. Tidak ada yang bisa menangguh dan mempercepatkan walau sesaat melainkan Dia empunya umur manusia. Ada yang kata terlalu awal bagi arwah untuk Yasmin pergi, terasa kehilangan; ada yang kata dia belum sedia untuk mati namun itu kata kita. Moment sebenar hidup dan mati adalah urusanNya. Lama atau sekejap relatif sifatnya, jika banyak jasa, amal dan bakti yang ditabur maka pasti akan dikenang. Dia pasti akan terus hidup di hati sanubari. Akan disebut kebaikannya, akan harum sentiasa. Arwah Yasmin punya kelas tersendiri, dia tetap dihitung sebagai orang yang baik budi.

Namanya sudah selebriti, pasti tidak akan sunyi dari kata mahupun nista. Sama ada dibalik cuping atau di khalayak dia tetap akan diperkata. Itulah harga yang perlu dibayar oleh seorang selebriti. Ia sudah menjadi rahsia umum. Semua ada sisi gelap sama ada yang menulis artikel ini mahupun yang membaca, hanya Dia, kamu dan segala makhluk yang ditugas untuk mencatat dan memerhati – maka sisi gelap kita akan diperhitungkan. Disatu hari dimana keadilan itu akan ditegak, dan kaki itu tidak akan berganjak. Justeru, semua bicara nista perlu dihentikan. Jangan kita menambah dosa. Menabur hina. Segala curiga wajar dikebumikan bersama jasad arwah Yasmin.  Ia bukan untuk dijaja, dibongkar mahupun dititip orang, ia adalah kenangan silam yang kelam. Akan terhapus dengan taubat, sesal dan tangisan. Berhenti disatu noktah yang bertepi.

Sudah ramai bintang yang datang dan seramai itu jugalah yang pergi; dan ada bintang yang terbit pagi, belum sempat ia bersinar terang gemerlapannya hilang.  Bak bintang kejora, yang hadirnya hanya sementara. Allahyarham adalah diantara bintang yang hilang dalam persada dunia seni. Jika anda berada di posisi ini- dialam seni maka anda akan merasainya. Dunia kita dan mereka tidak pernah sama. Tidak akan bertemu dan tidak akan difahami. Umpama alam ikan dan burung. Berkelip bintang seni, dari apa  kau jadi, jauh tinggi di awan, tak tercapai jangkauan tangan. Kata seorang insan tua yang sering menyanyikan lagu P Ramlee, barangkali boleh nama Yasmin ini ditekan dalam simen batu  ‘walk of fame’ Malaywood. 

Saya melihat kerja Yasmin dalam Rabun persis karya Terrance Malick dalam New World. Hening dan sunyi, namun tetap ada makna. Arwah Yasmin sering mahukan  kelainan. Mesej yang tegar dan segar. Menongkah arus. Menjadi pertikaian akademik dan ilmuan shariah. Bicara, debat, marah  dan kecewa itulah nada semua yang prihatin dengan agama – ironisnya arwah Yasmin juga katanya membela agama. Ketika orang menghambur kata keras dia tetap dia disitu tidak mahu mengubah malah menambah. Identitinya menjadi bicara namun biarlah berahsia, biarkan dia pergi di alam sana kekal mencari damai yang dicari – rest in peace…

p/s: Tulisan ini juga diabadikan untuk teman seperjuangan, kakak dan mother Theresa in the making – aktivis ABIM- Kakak Bibi Hafila kembali ke rahmatulLah pada 30 Julai 2009. 2.45 am. al Fatihah…