FAKTOR ANWAR dibaca ANWAR FACTOR

Ketika entri ini ditulis pengundi di Permatang Pauh sedang membuang undi. Hari ini adalah hari penentu. Siapa yang menang, hanya Allah yang tahu. Esok bukan urusan kita. Akui saja, kita merancang Allah sudah sedia merancang, dan perancangan Allah-lah yang terbaik. Keputusan Permatang Pauh akan mengubah sejarah. Itu satu yang pasti. Sama ada menang atau tewas Anwar tetap menjadi faktor X dalam sejarah sosio-politik negara. Lanskap politik negara akan berubah. Kebangkitan Anwar dan kesinambungan perjuangannya direncatkan oleh faktor Y iaitu UMNO. UMNO yang sehingga kini masih belum menerima hakikat lebihnya orang kurangnya mereka. Tak mahu ditampung segala kurang, tak mahu diisi dari yang lebih. Sikap aku lebih, sikap kelompok menjahanamkan diri, ahli, bangsa dan negara.

Jadi inilah kisahnya, faktor X dan Y. Tulis saja formulanya, sepanjang mana yang anda mahu faktor X dan Y ini tetap jadi penentu. Jika anda bentangkan beberapa elemen kepada para penganalisis dan kita minta mereka mengarang sejarah politik tanahair maka faktor ini pasti diambilkira. Faktor X dan Y ditambah Dr. M dan PAS maka formula ini menjadi semakin galak. Lanskap politik bukan sekadar menjadi rencam bahkan semakin hangat. Terlepas soal adil zalimnya atau betul salahnya sejarah tetap sejarah, umpama kisah kegemilangan Melaka nama Hang Tuah, Hang Jebat, Sultan Mahmud, Sultan Alauddin (terlepas nonton teater Faisal Tehrani khabarnya Saasatul Ibaad akan menyegat) sejarah itu sudah tertulis dan dibaca orang. Setiap nama membawa versi dan konotasi berbeza. Setiap kali nama-nama ini disebut maka tergambar segala macam wajah yang melatarinya. Dan begitulah seterusnya sejarah politik Melayu. Dan kini kita diambang Anwar sebagai ‘the X factor’. Sayang, sejarah politik Melayu tidak pernah harum, indah khabar dari rupa. Dengki, khianat, komplot, fitnah, semuanya berbau tahi. Tapi orang kita dah biasa agaknya bergelumang dengan segala najis (shit). Maka demi sumpah laknat najis itu bagi mereka tetap berbau harum.

Setuju atau tidak faktor inilah yang mencorak warna sosio-politik negara. Mahu tidak mahu faktor Anwar yang paling dominan, ketika zaman mahasiswa Anwar mencetus gelombang kebangkitan, namanya disebut seentero Malaya hingga ke Ceruk Tokkun. Dia dikatakan juara memperjuangkan nasib orang tertindas seangkatan dengan Hisahmuddin Rais. Ada yang beranggapan Anwarlah yang mencetus fenomena. Namanya terpahat kukuh. Ketika dia berada dipersada dakwah dalam wadah ABIM namaya terjulang lagi, terus harum hingga diterima sebagai wakil WAMY. Hampir semua pertubuhan dakwah menyatu dibawah kepimpinannya, gambar Ust. Ashaari duduk dalam halaqah bersama pimpinan ABIM di Yayasan Anda masih terpampang di Pusat Latihan ABIM. Hampir semua bersetuju gelombang kebangkitan Islam ditandai dengan kehadiran Anwar. Ketika dia beralih angin masuk ke gelanggang politik a.k.a UMNO, wajah persada dakwah terpecah dua, yang ekstrimis dulunya bertindak masuk PAS sebagai tanda protes, ABIM mengalami krisis kepimpinan pada saat itu, mujur Syura jadi penyelamat; yang taat pada keputusan Syura kekal patuh dalam ABIM dan yang membelakanginya terus bungkam dan cemuh, maka tertubuh IRC sebagai satu protes senyap di luar negara. Teraju kebangkitan berpindah wadah, kini PAS menjadi semakin kuat, lantang dan diminati golongan muda. Islam di Malaysia pada ketika itu mempunyai dua wajah, wajah Tuan Guru Hj Hadi dan Anwar Ibrahim di pihak yang lain. Hampir saja terjadi debat UMNO-PAS mujur Majlis Raja-Raja membatalkannya. PAS terus maju membawa visi ala Revolusi.

UMNO menerima Anwar kerana Dr. Mahathir. dan begitulah sebaliknya. Tema Penerapan Nilai-nilai Islam, penubuhan Universiti Islam, Bank Islam, Takaful Malaysia dan agenda sosial baru menjadi teras kepimpinan Anwar. Malaysia mengalami anjakan pradigma yang nyata. Ekonomi makin pesat tim Wawasan mendapat julukan dalam UMNO. Tapi sayang senario itu tidak lama hanya setakuk saja lagi Anwar boleh menjadi Perdana Menteri, dia difitnah dengan sehina-hina fitnah. Oleh geng pendengki dan pengkhianat, bergabung dengan tim iri dan busuk hati maka terjadi komplot yang amat sempurna, komplot yang berbau tahi. Pada ketika itu politik Malaysia  riuh (huru-hara sebetulnya) dengan pekikan Reformasi, mencetus gelombang Tsunami yang tak terhalang oleh cota dan water-canon, hanya komando ala Gestapo mampu merungkai serabut ini. Dan cerita selanjutnya kita sedia maklum. 

Malang tidak semua melihat DS Anwar sebagai bintang cerah yang perlu dimanfaatkan, bukan semua. Dek kerana bercampur beberapa titik darah Tamil, Melayu Asli, Jawa dan Serani dari segala suku sakat sebuah pertubuhan yang ahlinya lebih ramai  ‘political animal’ maka ada yang lebih rela bergelap dari diterangi sinar bintang pagi. Kini sejarah akan terus tercatat, jika Anwar menang bermakna dia akan kembali. Saya pernah terdengar kata-kata ini “…jarang yang bernama Anwar itu akan berundur lagi”.

Published by kalamnurani

I am nobody, but not an ordinary man. Origin, far from beyond - from the Kingdom of Realm name after the purifying heart. Deep and crystal clean. Still hoping that the kingdom that I belong will be illuminated by His light that is the - an Nur. Sharing is my interest, subjects and topics that is remote from daily discussion yet significance. The more you give the more you will receive. The Age of Fitan is my central subject - the comings, the dangers, the prophecies, will be discussed openly without fear or favor. Only Allah is my best protection. I am strongly believed that the end of our journey is the beginning of our life. So seek the truth before it is too late. I always keep in my mind that the more you look the more you will see, the more you see the more we will understand. From that point I suggest, open your mind and crystal your heart, be prepared to listen to your NURANI. [Saya percaya terdapat beberapa kesalahan penggunaan istilah dan tatabahasa kerana saya masih mencuba mengguna bahasa kedua ini. Saya mengalu-alukan segala usaha pembetulan dengan nasihat ini; Sila semak Bahasa Melayu anda, sebelum sempat membetulkan Bahasa Inggeris saya. Bahasa Jiwa Bangsa. Terima kasih.]

Tinggalkan komen