HERLAD-BULETIN-BIBLE : KALIMAH TUHAN KINI MENJADI ALLAH

Posted in Artikel, Tazkirah 9min dengan label , , , , , , on 04/01/2010 by kalamnurani

Akhirnya nama Tuhan dalam Bible sudah menjadi Allah; ya, baru semalam. Tak lama ketika kita baru menyambut tahun baru al Masih. Saya sudah menulis lama tentang isu asimilasi agama ini dan dakyah yang berjalan dengan rinci – atas nama liberal dan toleransi. Kelihatan yang perlu beralah sekai lagi kita, orang Islam demi menjaga keharmonian.

Dengan ada keputusan ini apakah kita sudah berkongsi Tuhan, itu bukan soalan saya; tetapi soalan anak saya dan anak-anak jiran saya. “Tuhan dia sama dengan Tuhan kitala Papa. Okay-lah papa, tahun depan kita boleh sambut Krismas sama-sama dan mereka boleh sembahyang raya dengan kita”. Papa yang kelabu asap terus kelam tak boleh menjawab.

Saya keliru tak pasti orang lain macam mana – Tuhan Kristian boleh jadi Tuhan kita? Sejak bila Allah ini digunapakai oleh peganut Kristian sedunia (bukan di Asia Tenggara saja!!!). Oh, barangkali ketika pejuang salibi (Crusader-Knight Templars) menyerang Jerusalem Baitul Maqdis, apakah mereka sedang mempertahankan Tuhan Allah juga? Saya keliru. Tak mungkin pejuang Salibi itu membunuh orang yang memiliki Tuhan yang sama – Allah. Oppss, nanti dulu; tak masuk akal saya tak pasti orang lain macam mana, tak ada rasional di sini. Saya cuba baca buku sejarah tak kan sejarah menipu saya lagi. Fakta sejarah ini yang salah atau mereka hari ini yang salah, pejuang Salibi membunuh mereka yang Tuhannya adalah Allah??? Saya tak pasti perkara ini dimana logiknya? Rasional memang saya tak jumpa, pada saya tak masuk akal langsung.

Jadi dia akan jadi begini – kalau di Israel kitab Bible orang Israel Kristian akan guna Yahweh (Tuhan orang Yahudi) bagi menggantikan perkataan Tuhan – eh, pasti kalau kat sini boleh pakai maka kat Israel pun sama, betul tak? (tak ada orang yang jawab…), itu mesti mereka buat dan laksanakan tak-kan kat Malaysia-Indoneisa saja Tuhan boleh ditukar-tukar. Mmm, saya rasa betul. Dan di India kitab Bible mereka pasti guna nama Brahmin sebagai ganti nama bagi Tuhan. Sayang saya tak sempat dan ada peluang baca kitab Bible dalam bahasa Tamil.

Fuhh, ini sudah kes berat. Saya sering juga berbahas bab logik dan rasional nie, tapi yang ini heavyweight– tapi kali ini bukan saja tak logic bahkan tak masuk akal langsung. Mmm, Tuhan boleh berubah ikut benua barangkali… Saya ‘menung’ panjang, apakah mungkin orang Kristian di Norway dan Denmark (yang galak lukis kartun menghina nabi orang Islam) menerima Allah sebagi tuhan mereka oh, saya pasti tidak. Nak sebut nama Allah pun mereka cemuh inikan pula nak terima sebagai Tuhan. Apakah mungkin orang Denmark akan protes sebab ‘God’ mereka sudah bertukar menjadi Allah. Patut kita kena tanya orang Denmark juga pasal nih, sebab dia pun orang Kristian juga. Atau macam mana? Ke saya yang silap?

Aduh pening nie… Saya tak boleh tidur semalam, sebab cuba nak figure-out sejak bila Tuhan orang Kristian itu bernama Allah, apakah masa zaman ‘Robin Hood’ atau zaman ‘Merlin’? Pagi ini saya terus pening walau sudah kena 2 cawan white coffee kat Bangikoptiam.

Saya masih pening. Bukan apa ‘pasal’ memikirkan apakah CIA-Pentagon-Amerika tahu akan hal ini. Apakah orang Amerika tahu bahawa Tuhan mereka itu adalah Allah. Sedangkan Tuhan Allah di Amerika adalah Tuhan bagi bagi para terrorist. Cuba lihat balik dalam filem Enemy of The State, ada babak dimana Brill, bekas CIA (lakonan Gene Hakcman) advise peguam teraniaya Robert Clayton (lakonan Will Smith) sebut “… awak sebut saja perkataan ini anda dan lokasi anda akan dapat dikesan, mana-mana individu yang menyebut perkataan Allah dalam perbualan mereka dalam telefon maka dia akan disyaki sebagai pengganas.” (diterjemah: kalau nak tahu cari DVD-nya http://www.imdb.com/title/tt0120660/fullcredits).

Aduh lagi-lah aku pening. Tak masuk akal langsung… Saya berada di Medan pada November tahun lalu, majoriti penduduknya orang Batak Karo yang beragama Kristian. Saya tinggal di hotel cantik 4 star barangkali, seperti biasa dalam laci ada kitab Bible dalam bahasa Indonesia ie Bahasa Melayu. Perkataan Allah disebut dalam kitab itu; saya janggal dan ada rasa terhiris – sedih melihat Allah disekutukan, tapi apa kan daya berada di negeri orang yang liberal sifatnya. Yang ‘okay’ saja dalam bab-bab agama “toleransi lah katakan” (kecuali Acheh). Dalam satu perenggan disebut Isa al Masih (disebut Yesus) itu adalah anak Tuhan kemudian baru diikuti dengan Allah; aneh, ironis dan segala macam rasa pelik datang – kenapa tidak langsung ditukar aje Yesus itu anak Allah. Yang akan berbunyi begini – Yesus itu anak Allah yang tunggal. Ya, bunyinya pelik bagi orang Melayu-Islam. Akan ada konflik. Maka untuk mengurangkan konflik disusun tatabahasanya. Semantik, semantik….

Allah mana boleh ada anak, tapi kalau disebut anak Tuhan macam ‘cool’ ajer bunyinya. Semantik yang mengelirukan. Oh, ya selepas ini jika kalah dalam rayuan saya agak pasti mereka akan minta Bible dalam bahasa Melayu pula. Itu rasanya boleh dijangka, yang tak boleh dijangka untuk apa dan untuk siapa…

Saya merenung wajah anak-anak, anak jiran yang berbasikal – yang baru semalam bertanya dengan saya; “…. ustaz Allah itu ada di mana?” Saya jawab dengan lelah dan dengan sedikit kepayahan, getus hati saya anak-anak kita masih tidak mengenal Tuhan.

Akhirnya saya terhimbau kata-kata yang saya dengar dalam perbualan setahun lalu, pepatah Cina ada mengatakan “tidak boleh ada 2 harimau diatas satu bukit” dan pepatah Melayu juga Inggeris ada menyebut “tidak boleh ada 2 nakhoada dalam satu kapal”. Kalau setakat bukit dan kapal pun tak boleh ada 2 apa lagi dalam agama, pemilik angkasaraya, bimasakti, cakrawala – tidak boleh ada 2 dan mana boleh ada 3. Itu logik. Sebutlah apa istilahnya Tuhan anak, anak Tuhan, Tuhan bapa atau bapa Tuhan atau tukar aje anak Allah, Allah bapa atau bapa Allah amat janggal bunyinya, di tanahair ku Tanah Islam-Melayu. Aduh terhiris rasanya bila nama Allah disekutukan sebegitu.

Cukuplah sampai di sini, tak sanggup saya nak menulis lagi. Malam ini saya akan bermunajjat mohon pada Rabbul Jalil, Allah hu Jalallah agar memberi hidayah, merahmati di atas bencana yang menimpa umat ini…

p.s: tanda kita yang bernama manusia itu lemah dan tidak boleh menjadi Tuhan, biarlah Tuhan yang menjadi Tuhan, dan jangan manusia mencampuri urusan Tuhan, dan kekallah Isa al Masih itu utusan Tuhan, simple dan mudah difaham [fullstop]

Saya sebagai seorang penulis boleh dilayari di www.kalamnurani.com

MENJADI SEORANG PENULIS PROLIFIK: SAYA SUDAH SIAP

Posted in Uncategorized dengan label , , , on 26/11/2009 by kalamnurani

Laman ini sudah berpindah : www.kalamnurani.com

Tanpa menoleh ke belakang, saya maju. Ketika orang lain berhenti mempersoalkan benda yang tak pasti. Aku terus melangkah. Angin terasa menampar ke muka. Aku bagai menongkah angin deras. Namun aku tetap maju. Bermula Januari 2009 aku tekad dan sudah berserah bulat, dengan imijinasi – bagai Leo Tolstoy yang menulis ‘tales’ War and Peace atau seperti Thomas Hardy dengan kisah klasik misteri. Charles Dickens pernah menulis Tale of Two Cities aku berangan lagi, dan aku masih mencari penulis Islam seperti Iqbal yang menulis dengan bahasa tinggi atau seperti Ali Shariati yang mengubah histori alam pemikiran kontemporari. Dalam gambaran imej wajah mereka yang berbalam-balam aku membuat pengisytiharan aku sudah siap menjadi seorang penulis. Dan kini saya sudah berada tanggal 3 January 2009. Bermakna saya sudah bermula – kelmarin.

Disipiln menulis, belum ada. Lazimnya aku tidak tetap menaip atau mengarang cerita. Aku akan mencatat ‘pabila’ ilham datang. Dan menaipnya sejurus berada di depan lap-top. Aku senang begitu buat masa ini. Mungkin siang ilham itu datang, mungkin kesiangan tanpa ilham; barangkali malam ilham tiba dan malam itulah segalanya.

Pada asasnya aku menulis bukan menaip, memindahkan ilham-ilham itu ke dalam buku kecil yang termuat di kocek atas kaus kerjaku. Aku sangka ia lebih menepati citarasa seorang penulis daripada duduk mengadap lap top menanti ilham yang tak kunjung tiba. Menaip hanya bila berada di depan lap-top. Jika segera ilham tiba ketika aku berada di depan lap-top maka itu sudah lumayan.

Aku tidak boleh menunggu lagi. Masanya amat suntuk. Khalayak sedang menuggu-nunggu. Walau mereka tidak bersuara namun nurani ini tetap mendengarnya. Suara itu amat halus dan ada ketikanya mendayu. Suara hati yang bertanya bagaimana? di mana? Kenapa? apakah mungkin? Semua itu perlu dijawab segera. Seumpama menyedia hidangan di restoran kopitiam – tak boleh bertangguh nanti pelanggan marah-marah. Penulis ada ketikanya perlu menjadi pelayan yang santun; dengan tulisan ini moga dahaga itu hilang, selera penuh kembali, tubuh menjadi segar – kepuasan adalah segala-galanya. Barangkali itulah tanda kesempurnaan.

Hayat kita tidak lama, kita perlu mencari jawapan pada setiap persoalan. Atau barangkali kita perlu memberi jawapan pada sesetengah persoalan. Maka aku di sini dan anda di balik sana, aku menulis dan anda membacanya. Tidak kira apa tajuknya atau laras cerita, asal orang boleh dan akan baca; dan pastinya mesti akan ada orang baca. Aku menulis bukan ‘kerna’ nama. Aku menulis kerana obligasi menyampai walau sepotong ayat. Menghurai makna dan maksud. Maka jelajah ini sudah bermula. Anda boleh ikuti bicara dan perkembangan dunia penulisan saya di http://www.kalamnurani.com . Selamat membaca.

BERITA DARI SEBERANG

Posted in Uncategorized dengan label , on 02/11/2009 by kalamnurani

danau-tobaMedan, 1 -11-2009. Saya di sini kelmarin, semalam, dan hari ini akan berlepas pulang ke Malaysia. Tujuan, menelurusi jejak Melayu di nusantara. Melayu Deli . Serasa berada balik di zaman Melayu Lama ketika naik ke istana Maimoon di kota Medan. Rekabentuknya persis istana Melayu Johor. Di Medan bangsa yang sering disebut dan dominan adalah Melayu dan Batak karo, selain bangsa Jawa dan yang lainnya. Melayu tetap sentral di sini, tidak boleh dipisah dan dihapuskan sepertimana tersergamnya istana Maimoon di tengah-tengah kota Medan.

Di tengah-tengah kota Medan yang lazim seperti bandar Jakarta dan Bandung – sesak dengan speda angkut dan kenderaan yang bersimpang siur. Kota Medan sesak dengan orang. Membeli baju dan kain telekung di Pasar Ikan, amat meletihkan. Hanya di Danau Toba, letih itu hilang, bersama dinginnya angin tasik yang katanya paling besar di Asia. Di kamar hotel Parapat kita tidak saja akan menghirup udara segar bahkan anginnya ‘dingin sekali’. Tubuh kita ibarat di caj kembali. Berada di tasik Toba dan singgah di pualu Samosir – Ambrosa adalah agenda wisata yang tidak bisa dilepaskan.

Istana-Maimun-penghuni-medan-874129_500_301Kata pemandu pelancong kami, di sini sebenarnya tanah dimana ramainya bangsa Melayu tapi orang Batak lebih dahulu deras mengambil peluang. Orang Batak yang dikatakan garang dan makan orang itu hanya mitos dan legenda pahlawan mereka, tidak lebih dari itu. Orang Batak kini lebih pandai ‘makan duit’ dari makan orang. Maka-nya, Melayu di tanah Medan hanya kekal di lingkungan istana Maimoon, yang lainnya tidak kelihatan. Pergi ke Medan bermakna untuk libur dan santai, orang Malaysia kerap ke sana katanya mencari dan melepas ‘angin’ dan ‘lelah’ mereka. Saya musykil. Ketika di Polonia airport kelihatan jejaka dan abang Malaysia yang ditemani cewek Medan – saya cemuh. Barangkali ini antara punca Melayu hilang di tanah Sumatera.

Membaca novel Andrea Hirata – Maryamah Karpov kerapkali saya menemukan kisah orang Melayu di Indonesia. Saya tertanya-tanya Melayu mana yang dimaksudkan oleh Andrea. Maka jawapan itu saya temui dalam wisata saya di kota Medan – di sini Melayu pernah ada; dan masih ada. Indonesia dan Malaysia itu ada bahagiannya – Melayu. Ada rumpun-rumpun yang sudah menjadi serumpun. Perbalahan yang baru ini adalah perbalahan adik beradik sebenarnya.

Syukur Malaysia maju, dan doa kita moga saudara kita Indonesia juga maju semacam Malaysia. Era SBY adalah era kemajuan hendaknya.

Isu panas Indonesia – Malaysia tidak sepanas isu Manohara, tarian Pendet dan Ambalat. Tapi, sejak berita Mantik Hani yang menjadi korban sang majikan India Malayisa isu itu kembali hangat. Berita jenazah Mantik kembali ke Jawa Timur, Indosesia mendapat liputan dan menjadi berita muka depan di koran-koran besar mereka- tanpa foto. Membaca halaman berita Muntik saya sedikit cemas, bimbang ada para yang membangkitkan rasa ketidakpuashatian dikalangan warga Indonesia. Cerita buluh runcing dan demo anti Malaysia masih menghantui tidur saya.

Di hotel lavish Garuda sempat saya melihat TV nasional Indonesia. Media Indonesia memang berada pada kelas yang tersendiri - cara pengolahan, sentiasa ‘up to date’, variasinya hebat, kreativitnya tinggi – mereka memang ke hadapan meninggalkan kita media Malaysia yang masih terkial-kial menayang iklan ala-ala Mat Sentol. Drama mereka usah dicerita, kisah Ultraman pun boleh dibikin barangkali. Tidak hairan drama-drama mereka sampai ke sini – Malaysia (cuma cerita kartun Upin-Ipin mendapat tempat di TV Indonesia). Saya tabik dengan industri ‘musik’ mereka yang sentiasa baru dan segar. Lirik dan melodi mereka menghiburkan. Kumpulan baru tumbuh dan langsung hit. Kita masih mencari bakat dalam siri tele-hiburan kita.

Indonesia seperti mahu menerima lagu-lagu dari Malaysia. Dalam satu siri temu bual hiburan ada tetamu Malaysia dijemput Pak Ngah, nampaknya lagu Siti Nurhaliza amat diminati di Indonesia ( ketika saya singgah sembahyang di Masjid Raya, Tok siak yang menyapu tangga menyebut nama “Shiti Nurhalijah” bila disapa ). Pak Ngah menampilkan penyanyi Indonesia menyanyikan lagu-lagu Siti Nurhaliza – Trio Bidadari. Namun ada yang tak baik disebut tentang indusrti muzik kita apabila kumpulan yang sedang meningkat naik D Wali mengatakan lagu mereka di ‘bajak’  ( ditiru barangkali) oleh penyanyi Malaysia. Isu semacam ini mengundang panas antara sesama.

IMG_2330Kita akan terus bergelut dengan isu kerana hubungan kita terlalu dekat – ibarat adik beradik. Namun saya percaya air dicincang tidak akan putus. Kita serumpn. Isu dan krisis akan tetap ada. Cuma saya percaya ada pihak ke-3 yang entah siapa yang mencari silap agar Malaysia-Indonesia tidak aman. Semacam ada orang ini, menanti isu untuk diperbesarkan. Semoga kita bijak menangani segala kemelut dan perbalahan – lebih memandang ke hadapan dengan bijak dan rasional bukan dengan emosi.           

rujuk Melayu Deli               http://melayuonline.com/ind/history/dig/367 

http://melayuonline.com/ind/news/read/2559/presiden-sby-ke-medan-bersilaturahmi-dengan-pembesar-kesultanan-dan-5000-masyarakat-melayu